19.11.15

Warkah untuk awak

Sayang,


Sedang aku menulis entri ini. Saat di mana jua aku mencarimu. Mencari seseorang untuk dicintai lagi. Tanpa senghaja. Tanpa aku dan kau sedari. Atau aku sendiri yang menempuhinya. Dirangkul dalam kehangatan cinta maya. Aku seolah tidak percaya. Kau hadir dalam hidupku. Takkanku usir jauh-jauh. Malah semakin disingkir semakin mendekat. Terlalu banyak hal yang kompleks bercinta denganmu. Melekat meninggalkan kesan. Benarkah kita sedang asyik bercinta?

Mulanya aku tak  percaya bisikan ini. Ibarat lena diulit mimpi. Kucubit-cubit pipiku. Khuatir aku dipukau oleh kelembutan kata-katamu. Aku anggap biasa-biasa saja di kala kau memulakan bicara. Kemudian, kita mula berkongsi. Kongsi minat dan kesukaan. Kongsi kedukaan dan kerinduan. Berkongsi seadanya. Akhirnya, hanya dengan bait-bait permainan teks yang menari segalanya berubah. Ah, mustahil! Aku cuba menepis. 



Sekarang aku merasa sangat serba tak kena. Tak mungkin semua ini harus berlaku. Aku tak mengerti apa yang aku cari. Namun ia datang sendiri. Di manakah penghujungnya semua ini. Aku melihat hubungan rahsia kita entah sampai ke mana. Barangkali hanya di alam maya. Sekatan dan halangan-halangan yang besar perlu ditempuhi. Bukan aku berputus asa. Tapi sifat kau membuatku tergoda. Walhal kita tak pernah semuka. Kita hanya berimaginasi dan berfantasi. Kehadiranmu bukan menggantikan yang tidak sempurna. Aku pun tidak pasti adakah ini pancaroba godaan yang sedang diuji. Oh, apakah semua ini... 

Sayang,

Aku merasakan kesendirian bila tanpa kehadiranmu. Aku tak pasti adakah kau punya perasaan yang serupa atau senghaja direka-reka. Tak dapat aku gambarkan. Aku hanya bisa menyangkal lemah bahawa aku memerlukan seseorang. Kerja dan prestasi tak dapat memuaskan kekosongan. Kekosongan apa? Aku pasti mencarimu demi mengisi kekosongan itu. Adakah kau jua mencariku? Kau jawablah di dalam hatimu yang telah dipaut. Ku rasa tak menentu sejak mengenali dirimu.  


Aku masih tidak mengetahui apa yang kau lihat dalam dariku. Aku bukannya insan istimewa dan hebat. Aku terfikir mengapa kau meminatiku. Atau aku yang perasan tak sudah-sudah! Aku langsung tak faham! Sungguh, aku tak faham. Dapat kurasakan aku perlukan kau. Aku memerlukanmu sepanjang hidupku. Kau melengkapi hidupku dan mengisi kekosongan hatiku. Aku pun jadi hairan. Atau ada elemn ketiga antara kita. Oh, tidak mungkin!


Aku senang dengan kehadiranmu setiap hari, sekarang dan selamanya. Namun, aku sedari cintaku bukan untukmu. Cintamu jua bukan untukku. Oh, tidaakkk!


Yang Menulis,
AA