17.8.12

Kalau itu bukan jodoh kita (Bhgn I)


Hujan turun dengan lebat malam ini. Diiringi dengan sahutan kilat sabung menyabung. Guruh berdentum di langit. Kedengaran sesekali deru angin memukul daun pintu yang engselnya sebelah atas sudah rosak. Keadaan di luar benar-benar gelap. Sungguh gelap! Di bahagian dapur, lantai telah dilimpahi air hujan yang sedari tadi turun.
"Saya tak boleh hadirla, jadual padat." SMS masuk.
"????" SMS dibalas.
"Esok kan ada Trening Silat. SMS dibalas kembali.
"Silat?"
"Jangan berguraula awak.."
"Awak salah nombor ni?"
"Eh, ye ke? Sorry"
"Ok."

SMS tidak mati dan terhenti di situ.
Aku berbalas SMS dengan orang di sana. Sah, ini tersilap hantar SMS, detik hati kecilku.
Tanpa aku mengenali namanya. Tanpa aku mengetahui jantinanya.
SMS yang dihantar dibalas dengan pantas. Telefon tak lepas di tangan.
Sehingga akhirnya dapat mengenal nama dan di mana si dia tinggal.

Isi rumah telah lama melelapkan mata. Mak, ayah dan adik-adik lena dibuai mimpi. Lebih-lebih lagi pagi yang dingin begini. Tarik selimut. Rasa hangat badan. Namun, aku masih teruja berinteraksi dengan Harlina bermula dari SMSnya tersasar masuk ke nombor telefonku. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Kuat betul mata dia. Tak mengantuk lagi. Eh, jadi seronok pula berSMS dengannya.