26.8.11

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tahun ini, giliran pulang ke Johor Bahru, Johor. Maklumlah, awek gua orang Lanchang City, Poland. Tak mungkin dapat beraya kedua-dua tempat dalam satu masa. Maka terpaksalah bergilir. Semoga gua bersikap adil.

Tak berapa banyak persiapan untuk tahun ini berbanding tahun sebelum. Tahun ini, lebih kepada keperluan anak-anak yang sudah berderet rupanya. Tanpa gua sedari. Alahai.. Sebagai seorang bapa yang mithali, gua lebih utamakan mereka kerana pada Hari Raya, kanak-kanak yang lebih gembira dan harus bergembira. Bukan orang dewasa macam gua.

Bagi menggembirakan awek gua pula, gua belikan sedikit kuih-muih yang datang terus dari kilang dan keperluan harian dia yang sedehana saja. Jangan biasakan dengan kemewahan. Tak bagus. Tapi, disebabkan awek gua ni rajin. Dia tetap buat kuih kerana memasak adalah hobi beliau selain menjahit dan membaca buku. Jadi, baju beliau dan laskar-laskar cinta gua beliau jahit. Begitu juga dengan langsir. Dapatlah jimat sikit. Gua tinggal bayar upah jahit je. Setakat ini, gua belum bayar. Gua ingat malam Hari Raya Kedua baru nak bayar. Haha! Gua tinggal beli baju gua sendiri je la. Jadi, gua nak ucapkan terima kasih kepada awek gua yang baik hati. Semoga dia terus baik hati dan melayan gua tiga kali seminggu.

Dah lama gua tak jumap mak gua di kampung. Apa khabar dia? Macamana persiapan hari raya beliau tahun ini. Tak apa, nanti gua sampai, gua akan tolong masak lontong dan ketupat untuk mak gua. Ketibaan gua nanti, harapanya dinanti dengan hati yang terbuka oleh mak gua. Mak, tahun ini kita raya bersama. Cucu-cucu mak akan menggembirakan mak di Hari Raya. Mak tidak akan kesunyian.

Kepada semua yang mengenali diri ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Segala salah dan silap harap dimaafi. Halakan makan minum dan hutang-piutang gua. Untuk info, saya akan berada di Johor Bahru sehingga 5 Spetember 2011. Wassalam.


.


2 comments:

Azman al-Takhtithul Madani al-Shah Alami said...

Sdr Ahtok, tentang yg lain tu tak apa (layanzz je la). Tapi tak payahlah beritahu yg tiga kali seminggu itu kalau sebenarnya yang berlaku memang sangat kurang dari itu.. Di sebabkan mulut lancang saya tu dan juga kesilapan sebelumnya, saya mohon maaf sempena hari raya ini. Seperti Mantan kita juga, saya dah maafkan semua kesalahan Sdr, termasuk cakap-cakap di belakang. Oh, termasuk juga yang belum lagi diumpatkan tentang diri saya yang sememangnya daif dan banyak kekurangan ini. Hati2 di jalan raya dan selamat kembali bertugas selepas raya..

ah tok said...

Terma kasih HAT