3.10.10

Murjina

"Abg...tlg dtg umah segera, urgent". Hakim baca SMS sepantas kilat.

Terus call balik phone Murjina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Murjina hantar SMS macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih kesayangannya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Murjina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Murjina. Dari kecil mereka bermain bersama. Kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Murjina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Murjina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Murjina main askar-askar tapi Murjina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Murjina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Murjina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depa pun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Murjina kayuh basikal sorang-sorang. Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Murjina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit dia pun tulis surat kepada Murjina "Pen merah pen biru, U baca I love U" bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Murjina.

Gara-gara surat dia itulah jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Murjina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan SMS Murjina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Murjina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Murjina tinggal seorang diri. Rakan serumah Murjina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Murjina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Murjina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini.

Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Murjina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Murjina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Murjina tidak diapa-apakan.

Dia berdoa sungguh-sungguh. Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Murjina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Murjina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Murjina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Murjina. Dia dengar esakan Murjina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Murjina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Murjina, teresak-esak atas katil. Rambutnya kusut masai, Menekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu.

"hu...hu..."

"Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Murjina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulutnya. Hakim menggoncang bahunya.

"Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. Ina berhenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."



.

2 comments:

K.A.M.I..... said...

Bagus bro, ko mngingatkan aku tentang kesabaran....perggg... napa ina tk kata.."Bang, Ina lapar gula2 hacks"...

mamakmuda said...

Salam bro!! Lorr..kisah yg agak suspen!! Ini prnh brlaku pd gua lorr! Awek gua rupanya ajk p mkn McD daaa!!!