11.9.09

Istana Hungga Machester (Part IV)

”Sahaya rasa Datuk, tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah lebih kepada usaha-usaha pemantauan pembangunan di kawasan Machester bukan untuk kuasa bersidang atau melulus lukisan pelan reban ayam mahupun reban itik-angsa. Selain memantau kemungkinan ia juga merekod bentuk-bentuk pembangunan yang harus digalakkan di Machester. La ni dah ada Musyawarah Peringkat Dewa, maka dengan sendirinya kerja itu bertukar tangan” Dato’ Bentara Luar mendapat ide untuk berhujah.

”Kalu lagu tu, Musyawarah Peringkat Dewa perlu diadakan dua puluh kali dalam sepurnama. Maka, cepatlah kelulusan diberi. Jadi, sekiranya Datuk Dato’ Bandar punya keuzuran atau muntah dengan sengaja atau keluar mani dengan sengaja. Kuasa boleh diperturunkan kepada Dato’ Bandar yang duduk di sebelah saya berkopiah putih polos ni. Maka selesai masalah.” Cadang Datuk kepada Dato’ Bandar.

”Kalau gitu, sahaya akan drafkan tarikh musyawarah untuk dua belas purnama agar ia menjadi panduan kepada semua dan juga pada klien-klien kita. Tapi, ingat! tarikh musyawarah perlu dipatuhi. Sebab Datuk Dato’ Bandar yang dulu tidak pernah menurunkan kuasa ini kepada timbalannnya. Dia memang tamak haloba mahu mempengerusikan musyawarah. Disebabkan ketamakannya, mengikut amalan ajaran kitabnya. Musyawarah hanya berjalan seratus dua puluh kali atau kurang dalam seabad.”

Semua perwakilan diam saja. Ada juga perwakilan yang berborak sesama mereka membincangkan hal-hal ejakulasi dan masturbasi. Tidak kurang pula, ada yang mengata belakang mengenai Dato’ Bentara Luar.

Dato’ Bentara Luar menyambung. ”Maka dengan sendirinya cadangan lukisan pelan reban sebijik-sebijik dibawa kepada kelulusan pentadbiran dan di bawa ke Mesyuarat Mangku Bumi terbatal dengan sendirinya. Hah ha ha ha..,” sambil ketawa besar.

Termagu-magu Ketua Mafia. Semua perwakilan melongo.

”Jelas semuanya? Provok dan psiko Datuk Dato’ Bandar.

”Baik, agenda seterusnya adalah membentangkan lukisan pelan reban mega.


.