25.8.09

Istana Hungga Machester (Part I)

Dalam Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester. Macam selalu-selalu. Satu musyawarah ringkas berlaku. Telah genap musyawarah ke enam puluh untuk abad ini.

"Hadirin sekalian." Dato' Bentara Luar mula bicara.
"Sahaya ingin mencadangkan di sini supaya kelulusan lukisan pelan reban-reban sebijik-sebijik hanya perlu melibatkan kelulusan pentadbiran sahaja. Tanpa perlu dibincangkan secara terperinci dan hangat di Musyawarah Peringkat Dewa"

Melongo semua para hadirin. Termasuk Kepala Ketua Mafia Tuan Haji Zakaria Sempodia al-Buruqi. Sejurus mendengar saja akan usul itu. Seolah-olah beliau rasa kehilangan kuasa dan taringnya. Sedangkan kertas kerja yang molek hasilnya sudah diedar. Para perwakilan membelek-belek helaian itu. Entah faham. Entahkan tidak.

"Baik. Begini..." Dato’ Bentara Luar memulakan bicara kali kedua.

"Sahaya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini bertujuan dengan harapan bahawa ia berupaya untuk mempercepatkan norma masa kelulusan lukisan pelan reban sebijik-sebijik. Daripada antara empat belas hingga dua puluh hari kepada tiga hari saja. Cepatkan?"

Tiada sebarang jawapan daripada hadirin musyawarah.

Dato’ Bentara Luar menyambung, "Dalam masa sehari pun boleh sekiranya Dato’ Bandar tidak mengalami sebarang alahan atau muntah berdarah & cirit-birit yang serius. Seperti amalan kita sebelum ini"

Nampak dari riak wajah perwakilan ada yang tidak puas hati. Lebih-lebih lagi Ketua Mafia sendiri yang punya agenda tersebunyi sendiri.

Usul disambung. "Tambahan pula, lukisan pelan sesimple reban seunit yang tiada masalah ini sepatutnya. Sahaya ulang suara, sepatutnya lebih cepat. Sengaja perkataan sepatutnya ditekankan suara. Lebih cepat kelulusannya berbanding projek reban ala-ala ladang.

Lagi pula, apabila kelulusan pentadbiran diperolehi ia hanya dimaklumkan dan hanya perlu pengesahan dalam Musyawarah Tertinggi Peringkat Dewa. Serta di’endorse’ dalam Musyawarah Tertinggi Peringkat Kayangan. Sahaya dah tinjau beberapa Pihak Tanpa Kuasa Di Dunia yang lain. Sebegitu jua diamalkannya. Pihak Berkuasa Di Akhirat Wallahu a’lam… Err, yang saya maksudkan Red Land Devil, Too Tereh Hill, New City dan Too Pack Township L.A.

Maka, jika tidak menjadi keberatan dan tiada ketegahan kita akan mengikut langkah yang sama. Model best practice bagi yang lain ke serata alam.

Ketua Mafia mencelah, "Ana ado sini cumo nok maklum. Kito ado Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Setakak ni takdok kije jawankuasa tu. Entah berfungsi sebagai gapo Ana sendiri kurey pasti. Jadi, Ana nak cadey. Hok pley rebey tadi bawa ke musyawarah ini. Untuk dibincey. Hah, lagu tu.." Ketua Mafia ghoyak yang slanganya ada sedikit Arab kacuk Pantai Timur.



.

1 comment:

duwenk said...

hahaha.. ok slmt berpuasa... lame tak singah...