13.7.09

Keluar perut gergasi masuk mulut buaya

Satu hari. Gua turun belanja dapur di 'GERGASI'. Keluar dari perut 'GERGASI' awek gua ditahan oleh beberapa orang pemuda. Mempromosikan produk jenama arezzo (lihat sini). Gua pun layan sekali duduk bersama laskar-laskar cinta. Mereka memberi penerangan dan memberitahu ada kupon khusus pada hari ini. Sempena promosi dan pembukaan kedai. Harga set dapur elektrik tu lebih kurang RM3k. Dua orang pemuda tu kata, kupon diberi diskaun di antara RM100-RM300. Sambil menunjukkan kad kupon pelanggan-pelanggan yang terdahulu.

Kemudian, gua siat kad kupon tersebut. Gua bagitau kalau dapat RM1k camne? Dia jawab paling tinggi RM300 bang. Nah! Gua dapat RM1k potongan. Terkejut berok mereka. Mereka tidak percaya. Kaunter jadi kecoh. Mereka kata ini silap cetak. Semua staf bertugas datang berkumpul. Mati-mati mengatakan kesilapan cetak berlaku. Mereka jadi panik! Aku biasa saja. Mereka tak senang duduk. Aku biasa saja.

Lantas, pemuda yang satu lagi menelefon manager. Menanyakan akan hal itu. Manager menjawab melalui talian bahawa hal itu adalah benar. Gua dan awek gua antara pelanggan terpilih katanya. Alahai. Girangnya hati kami di kala itu. Tiada siapa yang tahu. Kemudian, mereka memberi 'juice mixer' pula sebagai hadiah percuma. Dua pemuda tadi takut gajinya dipotong. Sehingga kalut begitu. Menurut manager, kad kupon yang bernilai RM1k hanya ada lima keping. Aku dan awek aku antara tiga yang pertama. Oleh sebab tiga yang pertama. Kemudian, mereka menawarkan periuk khas untuk set dapur elektrik itu, buatan German. Dengan syarat menambah wang RM1k & pilih mana-mana produk arezzo sebagai hadiah. Pergh! Wow!

Malam itu, kami habis RM3k dengan membawa pulang 3 barangan bernilai lebih dari RM9k. Hai, entahlah, samada kami diperdaya oleh sindiket jualan atau mata kami menjadi kabur malam itu atau kami terkena dek pukau tak nampak harga. Haha! Anggaplah itu hadiah untuk awek tercinta sudah. Malam itu, MPV kami penuh dengan tiga barangan tersebut. Kepada mereka yang ingin mencuba nasib, silalah ke perut 'GERGASI' Shah Alam untuk produk ini. Sebelum Ultraman datang menyerang.


.

9 comments:

Sis-Lin said...

ermm selalu di tahan cmni,tp bt x tau jek..hehehehe

Ibu Aunis said...

ku rasekan ku pernah terkena. Menjadi pelanggan yg sgt2 bertuah bukan impian pun dalam hal sebegini. Aku pun pernah terkna RM3K utk 3 barangan jenama ape pun dh tak ingt skang(kawamichi kot)-ade store kat plaza angsana.

Tapi seb baik ku berpuashati dengan kualiti brg tersebut. Tak pasal keta kecik ku menimbun dengan hadiah bertuah kononnya (kite byr dah sbnarnya) pressure cooker(mmg best masak-kualiti),microwave healthy nye (tu yg di stresskan..akupun tak paham bezanya) and vaccum cleaner guna air tu (lupe dah la semua..almaklumler dah hampir 2 tahun tinggalan umah). Bertuahkan aku..???sampai skag..tak tahu ye ke tak walalupun brg2 tersebut digunakan se max mungkin..

Paling bertuah bil adapat free kot atuk..kan?

Lynn Saleh said...

ini macam sindiket gores dan menang ni..jgn le percaya lenkali tok...membohong jek sume tu..kalo ye pun berkualiti, harga bg ketiga2 barang tu aku berani jamin tak sampai 3k pun sebenarnya...ramai dah terkena tapi masih ramai yg terpedaya. lepas2 ni jgn mudah terpedaya dgn tawaran2 yg tak masuk akal mcm ni. nampak sangat menipunya...

CINTAMANISZ Lite said...

Kalo rasa ter'kena'..sila laa pi Tribunal Pengguna yg terdekat utk wat aduan, isi borang dan tunggu tindakan selanjutnya. Tak lama pun prosesnya..dlm 2-3 bulan..syarikat akan pulangkan duit semula. Diorang jenis tak kisah nak pulangkan duit2 org ni pasal 1/100 dari pelanggan aje yg akan wat cenggini ke Tribunal Pengguna tu. Apa laa diorang nak heran...

Kenshin said...

selalu baca dlm paper jek...rupenye kwn sendiri pun kena..kira hari tu balik ngan hati berbunga2 ke ngan hati yg bengkak??

Anonymous said...

http://arezzo-products.blogspot.com/

PEMBARIS_PATAH said...

Tuan blog ni dah terkena ngan orang arezzo...kalau dah guna tak boleh nak cakap ape lah..tapi kalau blom guna ..dok simpan je bwah katil tu..hmmm..masih bleh gi tribunal pengguna...even setahun pun..jnji ade resit...sape2 yang terkena tolonglah gi tribunal pengguna..mmg akan dapat balik duit sbb diorang akan call nak bagi duit balik...xnak naik court pengguna..kawan saya dah berjaya dapat pulang dan dpt duit balik dari org arezzo..dan kawan saya dan saya buat blog ni untuk tolong sape2 yang terkena..FOC..contact us..ape2 hal leh layan blog ni..geram btol...
http://arezzo-products.blogspot.com/

Anonymous said...

Alhamdulillah...saya dah dapat duit sy 3k sel epas ke tribunal...syukur sgt2.

nizam said...

steady la lu bro..tp gua kena kete memg penuh, hati gua pun penoh jugak dengan dendam bila tau brg2 tu semua baru ratus2 je bro..