8.5.09

Kau nampak halangan berpanjangan itu bertukar menjadi peluang bertimbunan. Baru cakap tak guna!

Gua bukan tak ada pasang niat nak jadi pekerja yang berhemah. Bersih, cekap dan amanah (BCA). Semenjak gua menceburkan diri dalam dunia pekerjaan, memang gua dah set dalam minda kepala hotak gua, bahawa gua akan melakukan yang terbaik. Sebab itu kalau tengok hasil kerja gua sangat boombastic. Serius! Bukan gua masuk bakul. Tapi gua tengah berdiri depan cermin ni.

Oleh itu, sejak gua dihantar bertugas di Scotland ni, niat dan cita-cita gua nak jadi pegawai yang berintegriti mempunyai banyak halangannya. Kau bukan tak tahu jarak Scotland dengan Malaya itu jauh nak mampos! Highway pun bukan ada sangat. Lebih-lebih Scotland mengamalkan dasar Liberal. Banyak halangan yang gua kena tempuhi. Kena kalau musim sejuk, lagi la.. Kabur halangan pandangan mata. Bukit sana, bukit sini. Busut sana. Busut sini. Kalau boleh gua nak tolong organisasi gua melonjak dari dua bintang menjadi tiga setidak-tidaknya. paling kodi, dua setengah. Macamana nak capai, pelan strategik pun takde. Lagu mana...

Bukan kau tak tahu, gua suka karipap sardin. Kat Scotland susah bai nak cari karipap sardin. Nasi berlauk, nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak dan sup belut ada la... Kalau nak pun karipap tu kena buat sendiri. Itu yang utama. Nak cari jus epal susu pun payah. Teh O Beng banyak la. Haha!

Dua. Gua belum boleh menerima kejutan budaya di Scotland. Walaupun gua pernah melawat Lakum City, Poland untuk jangka waktu yang lama. Tapi, masa di Poland gua tak mati kutu bai. Di Scotland gua jadi mati kutu. Tak tahu kenapa. Pagi gua pergi kerja. Petang gua balik kerja. Seolah-olah kosong. Takdelah gua nak kerja lebih masa. Di pejabat pun bukan ada kerja yang melambak-lambak. Sign, cop, mesyuarat, kursus, bersukan. Buat apa kalau gua datang melangok dan tidur di pejabat. Itu pekerja tak guna namanya! Jadi, untuk mengelakkan ketakgunaan gua supaya tidak dipanggil 'tak guna!'. Apa yang gua buat tak payahlah nak high expectation terhadap kerja yang gua buat. Nanti gua sendiri yang tertekan. Buat mengikut rentak dan acuannya sekarang je. Gua dah bilang dengan Tukang Jaga Tanah, mesyuarat kena buat dua kali dalam sebulan. Masalahnya, beliau terlalu sibuk urusan duniawi. Dan taikh mesyuarat akan dimaklumkan oleh beliau sendiri sekiranya beliau tiada kelas mengaji dan kelas fardhu ain. Lagi satu, urusan saman menyaman pemilik tanah atau premis bukan tugas gua.

Tiga. Memanglah orang boleh cakap kau lakukan perkhidmatan yang cemerlang. Tapi, bila sekeliling kita biasa-biasa aje. Maka, kita pun jadi biasa la. Sebab tu kalau kita nak pandai berniaga kena kawan orang yang otaknya bisnes. Kena jenis gua pulak memamg gua layang. Kalau tipu kiri gua ke kirilah. Kalau kita kawan dengan orang yang kaki bola. Lama-lama kita juga akan mengikut minat yang sama. Tapi, gua kawan dengan mat-mat rempit. Gua tak pakai motor pun. Pokok pangkalnya hati. Jadi macam ikan di laut. Sekelilingnya masin, tapi dia tak masin pun. Point gua kat sini, fikiran gua di Scotland bai. Hati gua di Malaya. Tak berapa nak fokus.

Empat. Bercakap soal hati. Hati gua sekarang untuk keluarga gua. Jiwa jadi kacau bai bila awek tak duduk sekali dengan kita. Lebih-lebih lagi awek ada isi. Tak lama lagi nak meletup. Bukan gua tak mau angkut diorang pindah. Tapi, kau pun tahu kan. Nanti anak-anak gua yang bersekolah jadi trauma beb. Kejutan bagi dia dari segala segi. Masuk sekolah baru dan persekitaran baru. Di Scotland bukan ada apa pun. Lagipun keluarga gua belum bersedia membina hidup di Scotland. Nak cari Hypermarket pun payah. Haha!

Lima. Gua ikut spek dan stended organisasi gua di sini. Kalau oragnisasi kau dua butir star. Dan kategori empat. Unit dalaman pun porak-peranda. Kau nak harapkan pegawai yang mantap menjaganya. Tak payahlah. Tak macam pinang dibelah dua beb! Gua jadi downgrade dan sedikit demoralize sebab duduk di organisasi yang disebutkan seperti ciri di atas. Bukan gua fikir gua bagus. Cuma, minda yang hebat akan membentuk tindakan yang hebat. Ada Menteri Besar duduk rumah kayu je, boleh pun. Itu ada faktor lain pulak. Kita tak boleh mengandaikan faktor lain tidak berubah (ceteris peribus). Sebab itu doktor pakar tulang tak duduk kat farmasi kodi cap kaki tiga. Selaras dengan kepakarannya lah. Jadi, ada siapa kisah benda ni! KP pun tak kisah hal ini. Gua pun buat-buat tak kisahlah. Gua peduli apa, gua kan bos! Hahaha!

P/s : Kepada T.A dan P.T gua. Terima kasih kerana memahami situasi. Bereh! Roh gua ada di opis. Gua buat kerja di pondok buruk yang ada jalur lebat yang mantap.



.

4 comments:

ezzati said...

ko d scotland??bestnyaaa..

terrarosa said...

salam kenal,
rilek bro...
"ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya"

saya pun dah tak kisah dengan bintang2 yang ada , sebab kadang2 hasilkerja 3 bintang saya , mereka dan 'gu' mereka bagi markah 5 bintang.
dan kalau dah dapat markah 5 bintang pula, tak semestinya dapat anugerah pekerja cemerlang...
susah juga nak masuk dengan penduduk bumi ini .

-kakak superman.

atiyah_kecik nyer said...

"Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain"...
"Pandu dengan berhemah,ingat orang yang tersayang"...
"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya"...buaya tembaga pun mungkin boleh jumpa.ahaks..rilek la bro...sama-sama la kita meningkatkan kecemerlangan diri di kem induksi..yeeha!!

jokeous said...

tomok kata dia susah masa dulu2,
nak kesana-kemari naik bas,
dia merintih nasib diuji sebegitu,
sekarang dia dah jadi jutawan,
siapa yang tau? siapa yang sangka?
siapa yang kisah?