29.4.09

Pemanok


Kau bukan kisah pun. Dari Labok, Scotland gua merantau ke Pemanok, Bulgaria. Apa kau kisah?! Tapi, bila di Pemanok, ada orang kisah. Gua bukan kisah sangat pun... Pasal hubungan pemilik tanah dan pemohon tanah. Mereka adik-beradik ke, pasangan baru bertunang ke, pasangan sudah bertunang ke, pasangan kelamin ke, pasangan bahagia ke, pasangan bakal bercerai ke, pasangan yang kurang kasih sayang ke. Gua tak kisah tu semua! Ada kau kisah!

Tugas gua di sini hanya untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan yang menuruti kehendak-kehendak keperluan agensi teknikal. Ikut senarai semak, straight forward kan. Berbalik kepada maudhuk asal. Hey hey hey, takkanlah pulak gua nak mintak sesalinan sijil nikah daripada mereka. hanya untuk membuktikan mereka ini mempunyai hubungan dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Tak ke gua dah overule tugas Pejabat Qadi kawasan Pemanok, Bulgaria. Kalau mereka lantik gua jadi sub-Qadi takpe la.

Tapi sini lain bai, Pejabat Qadi tak ambil kisah pun. Sebab bos besar Pejabat Tanah boleh merangkap jadi Qadi. Sebab, gua dengar dia alim dan kuat sembahyang punya orang. Manakan tidak, di atas dahinya ada dua tompok kehitaman. Ok, gua bagi contoh permasalahan tadi. Kalau orang tempatan nak membangunkan rumah kediaman satu tingkat misalnya. Dan didapati nama pemohon tidak sama dengan nama pemilik tanah. Atau menggunakan nama yang lain. Power of Attorney (P.A) sini tak laku bai. Apa barang pakai P.A tanpa certified copy. Sama taraf dengan kertas kajang taruk bedak bagi kat awek bai. La ni, kena pakai sijil nikah, surat beranak atau surat yang mengesahkan hubungan mereka. Nampak mudah tapi melucukan. Kau patut ketawa bai. Itu pulak yang dikisah! Habis hubungan mereka di dalam organisasi tak pulak dikisahkan. Sama ada retak ke, intim ke, lagu mana ke. Iyala, kadang-kadang kita pecah kepala memikir masalah orang. Tapi sebenarnya, cerminan dari masalah itu kita tangkis dari pemikiran kita.

Katalah, kau pemilik tanah. Dan kau berjawatan Dato' atau ada memegang portfolio Jaksa Pendamai (J.P). Kemudian, kau kerah orang lain atau syarikat bertindak sebagai pemohon pemajuan tanah. Apa yang berlaku, J.P (iaitu kau sendiri) mengeluarkan satu surat mengesahkan untuk diri kau sendiri. Dengan kepala surat J.P, lalu memberi kebenaran ke atas pemohon untuk membangunkan tanah kau. Hoi! Undang-undang mana kau ikut. Di Pekan Panyit, Sri Lanka pun tak pakai undang-undang begini. Aduyai... Ini bolehlah kalau nak kisah. Tapi gua bukan kisah pun.

Dalam urusan-urusan yang melibatkan hierarki yang ketiga dalam sebuah kerajaan. Gua lebih suka mengikut timbangrasa dan budi bicara. Pendek kata ada rundingcara. Undang-undang dan peraturan sebagai panduan kita sahaja. Pertimbangan akhir sudahnya di tangan kita. Dan membuat keputusan dengan kebijaksanaan akal yang waras itulah yang utama. Kebolehlenturan ini lebih menjamin berbanding kerigidan mengikut buku. Apa kau nak kisah, setelah kau keluarkan lesen perniagaan. Peniaga perlu berniaga tepung dengan harga sekian-sekian. Beras Siam dimestikan cap naga. Pisang goreng mesti terbaik dari ladang. Mampos! Sedang tugas hakiki kau hanya untuk mengeluarkan lesen.

Kemudian, mana-mana pemaju kau syaratkan pula untuk meminta lesen pemaju darinya. Jika tidak, kelulusan tidak diberi. Tak semestinya mereka hantar permohonan mereka buat esok pemajuan itu. Ya, betul kau lihat individu itu ada potensi menjadi pemaju. Kau boleh baca tren pemajuannya yang berdikit-dikit. Tapi, meminta lesen pemaju bukan task kau. Serahkan pada pemantauan di bahagian atasan. Biar mereka turun padang buat semakan. Kemudian, kau buat kenyataan pulak kenapa kebanyakan kumpulan nasyid tanahair suka benar menggunapakai ejaan Bahasa Inggeris. Nampak sangat keinggerisan. Kau bagi contoh Nowseeheart, D'hearty, Far East, In Team, U.N.I.C, Brothers dan sebagainya. Mampos! Alamat tak berkembang dunia nasyid global. Tapi, ada kau kisah penyanyi rock dikatakan penyanyi yang masuk syurga? Sebab ketulusan dan keluhuran hatinya. Ok, ok, ok... Ada kau kisah, hubungan suami-isteri, ayah-anak dihalang oleh ketinggian Genting Highlands? Kau bukan kisah pun. Gua nak main bola.



.

2 comments:

deOughtred said...

salam bro, blog gua sudah pindah ke http://lapanhariseminggu.blogspot.com. tq.

abuyusof said...

yup.. gua pun tak kisah