28.4.09

Labok

Seperti selalu-selalu. Tiap-tiap malam, untuk melepaskan kerinduan kepada puteri-puteri tersayang, aku menelefon mereka untuk berbual di talian. Kerinduan pada puteri-puteri adalah simbol kerinduan pada permaisuri juga. Bercakap dengan Fiqa (5 tahun). Atau Fifa (2 tahun) walaupun sekejap rasa terubat di hati. Mereka tinggal di bandaraya besar, macam-macam hypermarket ada. Sedang aku, di sini nak cari minimarket pun payah. Yang ada Econjaya baru nak masuk setelah berbindang setahun, ada apa sesiapa kisah?

Fifa : Hello ayah..
Aku : Hello, Fifa dah mamam?
Fifa : Dah, mamam bubur...
Aku : Fifa buat pe tu?
Fifa : Tengok Tele.. Teletubbies.
Aku : Hehe.. Teletubbies..
Fifa : Tengok Tele.. Teletubbies.

DIAM.

Fifa : Ayah, ayah. Bila ayah nak balik?
Aku : Minggu depan ayah balik la..
Fifa : Ya Allah...

HENPON BERTUKAR TANGAN.

Fiqa : Helo ayah..
Aku : Assalamualaikum.
Fiqa : Ermm.. Waalaikumsalam.
Aku : Kakak gi sekolah tadi?
Fiqa : Besh, kakak sekolah.. Belajar a,b,c
Aku : Kakak tolong ibu tak?
Fiqa : Eeeesyy, ayah ni. Kakak kan dah besar.
Aku : Kakak rindu ayah tak?
Fiqa : Ermmm.. Rindu-rindu.. Ayah kat mana ni?
Aku : Ayah kat Labok, Scotland.
Fiqa : Oooo. Bye ayah.
Aku : Bye. Assalamualaikum.
Fiqa : Waalaikumsalam...


Ada sesiapa kisah aku kat Scotland?


.

3 comments:

antusabun said...

dia tak tau lagi scotland kat mana tu. sok dia tau siap la rupiah beli hadiah

AiE bAhRi said...

Dah mearata gak ye ronda kat kelate tu..labok tu kan salah satu pekan di scotland..

ha8..

majulah pekan labok untuk daerah machang!

tasikmerah said...

jgn lupa beli kopok lekor scotland ye.