16.3.09

Rindu semalam

Aku mula bersiap-siap. Mahu kembali menjalankan tugas di pantai timur. Atas tujuan keselamatan, nama tempat terpaksa dirahsiakan. nanti diketahui pihak musuh. Setelah beberapa hari menghabiskan masa bercuti bersama awek tercinta dan puteri-puteri kesayangan. Aku sangat berpuas hati. Sekalipun tempoh dua puluh empat jam tidak cukup bagi aku. Seperti yang dijanjikan, sepatutnya kereta rakan aku akan tiba sejurus selepas Maghrib. Untuk menjemput aku. Hal ini kerana bas aku akan tiba jam 8.30 malam.

Seusai solat Maghrib, aku terus bersiap sedia. Ada masa yang terluang aku memanggil puteri-puteriku lalu mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Jangan nakal-nakal. Lalu, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka. Mengucup pipi dan dahi mereka. Dengan penuh kasih sayang seorang ayah. Aku cium awek aku. Mmmmuaaakks! Beberapa adegan lanjut tak boleh diceritkan di sini. Rahsia kami berdua. Puteri sulung tak berapa kisah aku meninggalkannya. Sebaliknya, puteri bongsu mahu mengikut jejak aku pergi. Seperti kebiasaannya aku menyiapkan diri dengan wangi-wangian dan pakaian yang secocok. Puteri kecil dapat menghidu kelibat aku mahu meniggalkannya untuk sementara. Barangkali, dia berfikir, mengapa ayahnya mahu meninggalkannya. Lalu, dia melalak mahu meminta untuk didukung dan membawanya keluar dari rumah.

Takkan aku mahu membawanya bersama untuk menjalankan tugas. Selian tugas yang dipikul nanti. Puteri kecil pulak menambah pikulanku. Lalu, aku mengambil keputusan. Meninggalkan puteri kecil dengan tangisan yang sebak. Linangan air mata dari dalam. Aku menunggu rakanku di luar rumah. Dengan rembesan air peluh. Dan rembesan air liur disampaikan melalui telefon bimbit. Jam sudah menunjukkan 7.50 minit malam. Rakanku tak kunjung tiba. Sepatutnya waktu-waktu begini, aku sudah bertolak ke terminal bas. Puteri kecil masih kedengaran merengek dari kejauhan di dalam rumah. Alahai... Aku tak sanggup mendengar tangisannya, lalu aku mengambil keputusan untuk menjarakkan pendengaranku. Aku berjalan ke hadapan di jalan masuk taman perumahan. Jam sudah menunjukkan jam 8.05 minit malam.

Ada juga ditinggalkan bas nanti. Bisik hati kecilku sendirian. Fikiran masih melayang-layang teringatkan awek tercinta. Susah sungguh mahu diluputkan. Hati merindui puteri-puteri kecil di rumah kediaman. Gurauan senda mereka tak boleh dihapus begitu saja dalam ingatan. Sesampai rakanku dengan keretanya, tanpa banyak bicara aku terus mengarahkannya memandu dengan laju selajunya. Takut ketinggalan. Kereta yang kami naiki melompat lebih tinggi dari kebiasaan. Memotong segala kenderaan di jalanan. Aku peduli apa kerana hati dah panas, fikiran dah tak karuan. Dua garisan pun kami cantas.

Jam sudah menunjukkan jam 8.34 minit malam. Tiba di terminal bas. Biasanya bas di sini amat menepati waktu. Dari kejauhan aku melihat bas itu sudah sampai. Aku mengarahkan rakanku supaya menurunkan aku di tepi pagar, biar saja aku berlari-lari anak mengejarnya. macam orang bodoh jika dilihat sekali pandang. Tapi, mereka tidak tahu hal yang sebenar. Sebab kalau ke pintu utama memang dah tak sempat. Aku terus berlari bapak pula mendapatkan bas. Kemudian. Dalam larian aku menuju ke sana, bas itu sudah mula bergerak. Mujurlah aku sempat melambai-lambaikan tangan. Dengan tujuan supaya bas itu berhenti. Bas itu berhenti. Pintu bas dibuka. Aku masuk. Tiket diserah. Aku dimarah. Ah, bukan aku yang salah. Serik bertemujanji dengan kawan aku sudah. Elok kalau aku tambah dua jam sebelum bas bertolak pun lagi bagus.

Dalam bas, aku buang jauh-jauh kemarahan pemandu. Aku menenangkan debaranku dengan menyandarkan badan di kerusi yang paling belakang. Cis! Sangat terhimpit bila mana, penumpang depan menyandarkan kerusinya ke belakang semaksima mungkin. Aku sabar. Aku terus menghantar SMS pada awek tercinta. Sayang, abang selamat mengejar bas. Mujur tak terbabas. Duduk sejuk di dalam bas. Tak sama duduk berdua di dalam bilik. Hati sebak meninggalkan insan tersayang. Fikiran melayang-layang umpama belon gas. Terbayang pada wajah kalian semua. Bye.

Sesungguhnya terbuku kerinduan yang jitu di situ. Kau sendiri lihat kan.. Alahai... Rindu itu sukar mahu disukat. Mengapa ada insan yang tergamak memutuskan kerinduan kami setiap minggu. Mengapa ada yang cuba berusaha memadamkannya. Tapi, aku tak akan padam ini semua sampai bila-bila. Sekalipun ditelan kegelapan di dalam dan di luar bas. Hai sang bayu, sampaikan rinduku ini pada burung Cenderasari untuk diutuskan pada orang berkenaan. Semoga hati perutnya tidak sekeras batu kerikil.



.

2 comments:

AiE bAhRi said...

Berjauham itu ada hikmahnya...baru terasa bagaimana nikmatnya rindu dengan orang tersayang...

pak chu juga merindui puteri2 pak chu di shah alam..bila nk balik kg jb lg??

jokeous said...

bro..dulu lu hari2 tgk muka lu punya awex,
sekarang hari2 lu tak nampak dia punya muka,

standart la tu bro.."hidup mcm sport rim keta jugak"
sayangkan awex tinggal-tinggalkan :)