5.3.09

Kekuatan agung

Aku menyampaikan khabar mengenai kerjaya aku yang perlu melakukan pengorbanan cinta yang agung. Kepada seorang kawan yang boleh diajak ketawa.

Kemudian dia jawab, takpo, ado hikmah tu. Suh mu pi ngaji ngan tuan guru. Takpo be, mu gi sana mu jadi boh. Mace-mace bendo mu jumpo nanti. Tu kawe malas gi jabate. Lagipun kita dok kawase belake-belake buke apo tok. Allah suruh kaji diri nak rhoyat. Mu jadi boh tok dok di sane.

Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini. Aku kata dalam hati.

Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams, ayat 9-10)


Bagaimana mereka yang bekerja sebagai tentera, pramugari, pramugara, P.A kepada Dato', Bonzer Dato', Doktor kecemasan, Polis, Guru di kawasan pedalaman. Arghhh! Banyakla kalau nak sebut sini. Lebih-lebih lagi kerja pakar sakit jiwa.


.

2 comments:

duwenk said...

soalan bagaimana tak relevan la tok..
soalan macamana pun tak ok gak..

persoalkan pasal org lain cam sia-sia jeh tuh.. biar jehh..

persoalkan diri sendiri tu penting..

"Gi la jupo tok guru sano nuh tok. Mu jadi boh ko jadi gapo ko.. janji mu baik nga manusio. Buke manusio sajo, hubunge antaro makhluk"

silent paranorm said...

perlu pemahaman mendalam tentang tanggungjawab yang dipertanggunjawabkan.. salah pemahaman rosak la iman dan kepercayaan...

jangan menilai ketawa seseorang melalui lawaknya.. kadangkala lawak bagi penutup kecewa dan duka..