24.3.09

Daya juang

Dah lama gua tak memegang raket. Dah lama juga gua tak berlari-lari gila babi sampai keluar air peluh masin dari rongga-rongga kulit yang terbuka. Dah lama juga gua tak mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Maka, dah lama juga sistem perkumuhan badan gua tak stabil. Dan kondensasi anggota kacau-bilau. Dah lama gua tak mengamalkan cara hidup sihat. Uikks.., dah lama.

Bermain bulu tangkis perseorangan memang gua pancit. Gua akui.. Tapi bukan gua takde kote! Gua tahu keupayaan gua sendiri. Lalu, gua mengisi tempat untuk bermain secara beregu. Gua yakin, kategori ni gua boleh pergi jauh. Masalahnya, nak cari beregu yang hensem macam gua pulak timbul. Bukan senang nak buat uji bakat cari pemain berkaliber lagi hensem. Lebih-lebih lagi kalau duduk di timur Semenanjung Malaysia.

Bermain atas dasar rela menjadi pilihan gua. Tanpa desakan dari mana-mana pulak tu. Tiada siapa yang paksa gua. Bukan senang mahu terima jemputan bermain sebegini rupa. Masalah mencari beregu pulak akhirnya bukan masalah besar bagi gua. Itu cuma masalah kecil bagi gua. Tengah gua makan-makan bersama teman-teman gua, gua open soalan. Siapa nak main beregu dengan gua? Main dengan gua Tok, mamat ni jawab. Lu biar betul nak main dengan gua? nak main siang ke malam? Haha! Ok, sila angkat tangan. Gua suruh mamat ni angkat tangan. Dia pun angkat tangan. Jadi, masalah mencari beregu dah selesai. Kan gua dah kata itu hanya masalah kecil.

Kemudian. Masalah lain pulak timbul. Kami tak pernah main beregu bersama sebelum ini. Err, maksud gua main badminton. Kami tak pernah merancang strategi nak patahkan pihak lawan. Kami juga tak pernah berbincang di kedai kopi mengenai taktik yang kami nak gunakan nanti. Kami baru jumpa. Hati budi pun belum kenal dengan mendalam lagi. Dalam masa empat belas hari kami tak pernah berlatih walau sejam sekalipun. Maklumlah, gua dan dia sibuk urusan bermain bola lisut. Kekadang, sibuk dengan urusan membangun tanah orang. Nak harap orang tempatan. Huh! Sampai ke sudah tak membangun.

Pendek cerita. Tiba pada hari perlawanan. Saat yang dramatik pun tiba. Gua jangka perlawanan pusingan pertama ni menjadi perlawanan pilihan penonton. Sebab gua dengar mereka bersorak dan bertepuk sakan. Bayangkan, betapa gigilnya kepala lutut gua. Nasib baik gua dah sapu krim angin perasa pudina. Untuk menutup kegigilan gua, gua buat-buita lompat dan longgar-longgarkan sendi. Bijak juga gua ni. Servis dah bermula. Sempat gua bisikkan pada telinga regu gua. Kalau boleh kita main jangan bagi peluang pada pihak lawan. Serang je... Elakkan pukul bola keluar. Lagi satu, kita bagi bola pada budak gemuk tu je... Main guna kepala otak, jangan guna kepala lutut. Dia angguk tanda setuju.

Perlawanan sengit berlaku. Balas-membalas. Rally yang panjang. Empat mata kami kutip. Masuk mata yang kelima. Gua tunjuk bulu tangkis pada lawan. Tanda isyarat mintak tukar bulu tangkis. Gua bagi pengadil. Bulu tangkis baru gua dapat. Nak kena budak ni, gua syak pengadil kata gitu. Nampak sangat muka pengadil tak puas hati. Gua peduli apa. Gua dah bayar yuran pertandingan. Maka, gua meneruskan servis. Bulu tangkis tak lepas di jaring. Tangan gua gigil tadi. Lagipun, gua ada simtom tapak tangan berpeluh. Hormon tak stabil barangkali.

Dua puluh mata akhir tujuh belas. Set pertama gua dan regu kecundang. Setelah berhempas pulas. Keringat mula membasahi muka dan seluruh anggota. Ketiak pula rasa tak selesa. Celahan kelangkang semacam entah kenapa. Rasa licin pun ada. Aduyai.. Set kedua regu kami tewas lagi. Kami dah melawan. Cuma tak tertawan. Kami dah cuba bangkit. Cuma kami pukul bola keluar berjangkit

Mana boleh menang bai, berlatih pun tak pernah. Nak harap menang... Sebenarnya, gua bukan mencari kemenangan. Gua cari semangat. Gua cari ikatan silaturrahim. Regu kami kalah bermaruah bai. Kalah, tapi memberi saingan yang getir pada lawan. Bayangkan, pasukan mereka tercungap-cungap sampai terbatuk-batuk hampir-hampir nak termuntah darah. Itu kami tak berlatih. Kalau kami berlatih sungguh-sungguh, entah apa jadi pasukan tu. Gua tak tahu. Mesti kena tibai... Hak hak hak. Kepada regu gua, terima kasih kerana sanggup jadi regu yang kalah bermaruah. Hahaha!

Dah lama gua tak memegang raket. Tempat pemegang grip raket pun dah naik reput. Habis melekat kat tangan gua kaler dia. Emosi gua tak stabil. Itu alasan kuat kekalahan bermaruah gua. Serius beb!



.

1 comment:

lanterajiwa said...

salam... tuan tulis... tumpang promote tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html