12.2.09

Fana

Dalam hidup yang bagaikan roda. Kau tak sedar, kedangkala kau ada terambil atau mengambil sesuatu yang bukan menjadi hak kau. Meletakkan sesuatu di tempat yang hak itu adil namanya. Kemudian. Kau salahkan takdir. Itulah inilah semuanya serba-serbi kau kata tak cukup. Padahal kronologi sejarah yang kau alami adalah kau sendiri tidak berlaku adil pada diri sendiri. Simple kan. Life it simple. Kau tak adil. Itu saja. Maka ketidakadilan itu dibalas bukan di kala itu. Barangkali sepuluh tahun mendatang. Dua puluh tahun mendatang. Jadi, jika kau mula menghela nafas dan merungut sesuatu ketidakadilan berlaku kepada kau pada hari ini. Barangkali lima, enam, sepuluh atau dua puluh tahun lampau kau ada pernah buat tak adil.

Okeylah, kau masih tak faham dengan kenyataan ini. Tentunya ada kebengapan yang merasuk dalam hati dan minda kau. Begini, dalam al-Quran sendiri jelas menyebut bahawa ketentuan rezeki itu adalah ketentuan Tuhan. Dan Takdir dari Allah yang Maha Kuasa. Jika hari ni kau ditakdirkan untuk lima puluh not Ringgit Malaysia pendapatan kau. Maka, itulah rezekinya. Kalau segantang. Segantanglah ia. Kalau secupak. Secupaklah ia. Tapi, kau tak perlu pasrahlah! Pernah, pakcik gua sendiri balik dari kenduri mengepau anak saudaranya sendiri amaun yang disebutkan di atas. Dengan alasan yang tidak jujur diberinya. Pulang dari kenduri. Menunggang motosikal. Tup tup kena tahan polis. Tak pasal-pasal kena saman. Sebab musabab yang lojik. Lihat, malam itu dia tamak mahu membawa pulang RM50 sudahnya kena saman lebih RM50. Kalau dah bukan rezeki kita, apa cara sekalipun ia tetap bukan milik kita. Kalau dah nama rezeki kita, masuk mulut harimau pun boleh keluar semula.

Siapa sangka dengan RM500 boleh makan berbulan-bulan lamanya untuk seisi keluarga. Sebab ada keberkatan di situ. Sebaliknya dengan RM500 barangkali kita akan kerugian RM5,000 pada masa mendatang. Disebabkan keilapan kita dan tiada keberkatan di situ. Jadi, kita jangan sekali-sekali salahkan takdir. Cermin dulu diri kita. Gua cakap pada penjual MPV yang hangat diperkatakan sekarang ni begini, "Bang, saya rasa kalau saya angkat tak mampu saya nak bayar bulan-bulan." Kemudian. Dia jawab, "rezeki ada di mana-mana brader. Kalau dah kau milikinya nanti adalah rezeki dan bahagian untuk ini nanti."
"Bang, saya mahukan cuma kejujuran dari abang. Sebenarnya berapa rebet yang saya terima apabila membeli ini."
"Kejujuran?"
"Ya, kejujuran bang. Lima ratus, lima ribu atau sepuluh ribu rebet!"


.

3 comments:

Masy said...

da tlepas beberapa entry.

takziah utk kepergian ayahanda tercinta - alfatihah.

tahniah atas kedatangan jumlah umur yg baru. heh.

oh ya. berapa rebatenye? lima ringgit? lima posen?

kamar hati said...

takziah atas kehilangan ayahanda tersayang...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
AL-FATIHAH....

tasikmerah said...

tak ada rebet tu aku syak. he he.


.