21.1.09

Prototaip

Suatu hari Apai melalui satu lorong yang kecil semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macamana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yang masih hangat. Tapi dia masih bingung sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi.

Oleh sebab kemusykilan yang teramat sangat tu, Apai ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Apai tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam tahi..."

Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam tahi."

Dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tu, "Bau macam tahi." Oleh kerana Apai ni masih ragu-ragu dengan tahi tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


.

3 comments:

addyaholix said...

apai yang "bijak" !

SE_StudZ said...

cerdik sungguh si Apai ni.. mesti pekse asik dapat no 1 dari belakang.. kekeke..

Jeopardize Kaiser said...

eee geli plak hahaha :D