30.1.09

Lapang

Puas saya memikirkan sama ada mahu membeli kereta Produa Kancil atau Naza Suria atau Proton Saga BLM atau Honda Jazz untuk awek yang saya cintai. Yang pasti semuanya perlu pemanduan automatik. Akhirnya, sehingga perkara ini terbawa-bawa sebelum saya melelapkan mata saya.

Katalah, saya dipaksa untuk bertugas di Terengganu. Perkataan paksa di sini digunakan. Alamatnya masaklah saya kerana sekarang saya cuma ada Kelisa Gino kaler Gold. Lebih-lebih lagi kalau anak saya dah mencecah seramai lima orang sebagaimana yang saya hajatkan. Eh, saya hajatkan enam!

"Guane nih.., penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!" Awek saya bekata dengan slanga pantai timurla kononnya.

"Betul jugok. Guane nok muak nih? Susoh nok sumbak." Saya menjawab dan mencuba adaptasikan dan asimilisasikan dengan slanga yang sama. Walaupun bunyinya macam pelik. Saya teruskan juga.

"Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete Kelisa Gino nih. Kecik do'oh." Awek saya balas. Makin menjadi-jadi slanganya.

Puas satu keluarga memerah otak memikirkan hok macam mana nak menyelesaikan masalah tersebuk. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak saya yang paling kecil berkata, katalah namanya Umar Ariff.

"Abah, mok... Umar tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!! Hihihik"

Agagagagaga! Ekekeke! Ketawa mereka memecah kesunyian.



"Oit bang. Bang bangun. Tu lah tidur tak cuci kaki."

"Beli Naza Suria je la..." saya kata sambil menggaru-garu kepala.

"Kalau abang nak beli. Tempahkan nombor plet 5638."

"Ceh! Tak lawa langsung nombor tu.."



.

5 comments:

jokeous said...

Malaysia telah membeli kapal selam pertama jenis Scorpene yang diluncurkan di Prancis

Aishah Jamal said...

ha..ha..ha...lawak yang sama pernah saya dengar dari orang pantai timur.. tambah se jadi Lapang..

paiseh said...

cilakak..! bahasa ibunda gua di lawak2kan rupanya.. hampess..

addyaholix said...

umar ariff kacak?

Indrasakty said...

Ha ha, bahasa ibunda gua juga. Glamer rupanya.

Protong Saga pun ok. Member gua pernah tekan sampai satu lapang.