30.5.08

Kita : apa yang kita makan (episod ii)


Saya bukan tak makan KFC. Saya makan. Ya, saya makan yang original. Saya sangat tak makan kalau bos yang belanja. Kemudian bos hanya menitip wang untuk membelinya. Sedangkan bos tiada di sisi untuk raikan bersama. Ia seperti tiada maknanya. Kosong.

Tambahan pula, tidak semua orang ada di pejabat. Bukan. Bukan saya boikot atau sabotaj. Tidak. Saya tidak sabotaj pun. Saya cuma pegang pada prinsip saya. Tidak mahu makan jamuan itu di hadapan dia. Tidak mahu dia sangka meraikan kejayaan dia. Walaupun itu bos yang belanja. Bukan saya cemburu dia mahu blah dari pejabat ini. Kerana memperolehi kejayaan. Sumpah saya tiada hasad. Saya cuma sedikit tak suka dan bengang dengan cara dia. Saya ulang. Bengang! Cara dia menyiapkan tugasan yang saya beri tak memberi apa-apa kejayaan sekalipun. Wujudnya dia, hanya memberi signifikan yang secebis cuma.

Walaupun dia berjaya saya cuma doakan agar sikap dia tak dibawa ke sana. Jika tidak, nahas dia! Dia tidak akan mencapai keberhasilan dalam kerjayanya. Saya ulang, tolonglah ubah sikap dan cara. Ingat! Walaupun orang itu score dalam studynya. Namun alam pekerjaan, ia bukan satu tiket yang sangat selesa. Untuk orang itu boleh diharap, dipercaya dan diyakini bukan pointernya. Tapi sikap dan komitednya terhadap tugas yang diberi.

Tapi, jika KFC itu berlebih-lebih saya rela membawanya pulang. Makan bersama anak-anak. Bukan menjamu kejayaan di hadapan dia. Saya ulang. makan bersama anak-anak di rumah. Lagi sedap rasanya! Makan kan satu proses.

Huh! Tak boleh harap langsung!
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap!

29.5.08

Kita : apa yang kita makan (episod i)

Bos yang saaaaangat sabaaaaar dalam dunia ni, saya rasa bos saya. Kewl je... Muka suci. Tak pernah marah-marah pun kalau staff datang lambat atau tak datang langsung! Satu hari, bos datang jumpa saya. Saya pula jarang jumpa bos. Kerana esok hari dia perlu menghadiri mesyuarat di selatan tanah air yang tercinta.

"Boleh pi makan hari ni? Kita wat makan-makan sikit. Ni hah, mamat ni nak berhenti dah..."

"Bos. Saya tak boleh hari ni. Tak tahulah kalau budak-budak lain."

"Boleh? Boleh... Kita makan hari ni. Hari lain tak sempat dah."

Bos keluar dari bilik saya. Terus menelefon restoran yang selalu bos tempah kalau ada staff mau berhenti kerja. Atau diberhentikan kerja. Atau memang bos suka makan kat situ.

"Hello tauke. Saya mahu book untuk sepuluh orang makan. Ada lagi ka?"

Kemudian. Bos masuk balik bilik saya. Kular-kalir.

"Boleh tak wak?" Bos memang memanggil saya gelaran itu.

"Saya tak boleh bos. Saya kena balik rumah tengahari ni. Atap rumah bocor. Ada orang nak datang repair. Yang lain ada kan?"

"Mereka ada yang balik. Ada yang makan luar. Ada yang makan bersama suami. Ada yang dah bawak bekal."

"Dah tu bos, sape yang ada?"

"Hello. Saya mahu cancel itu tempahan. Bos saya takda la. Ya, bos saya sibuk. Bos saya takdak. Hah, dia tak boleh hadir."

Hampir empat kali bos saya ulang perkataan ni. Bos saya takdak. Padahal dia bos. Bos saya menipu tauke restoran itu.

Saya juga menipu bos sendiri ketika itu. Bukan apa. Saya dah pegang pada prinsip saya. Saya tak akan join kalau ada majlis makan perpisahan begini. Kalau bos nak buat jamuan jugak. Saya keluar AMENO.

"Takpun aku kasi duit. Ko bawakla diorang pi makan. Boleh?"

"Abis bos? Bos takde tak sedap arr..."

Ekekeke... Saya ketawa dalam hati. Kawan sepejabat yang lain senyum macam kambing terberak. Hahaha!

28.5.08

JS474 (beli mahal jual murah)

Mesin merentas masa.

"Ji, berapa kau nak tolak kereta ni?"

"Betul ka nak?"

Diam.

"Berapa?"

"Amikla. Aku jual dua ribu dah la."

"Betul ni.."

"Betul!"

"Tak menyesal?"

"Apa nak nyesal. Lagi suka ada."

"Ok. Esok aku bayar cash."

Esoknya...
Urusniaga berjalan. Mata wang bertukar tangan. Kereta Mitsubishi Lancer merah JS 474 bertukar milik. Al-maklumlah Haji Alias kan pomen. So, takde masalah la bagi dia kalau kereta tu rosak tengah jalan ke. Ekzos tercabut ke. Keluas asap berkepul-kepul ke. Timing belt putus ke.

Bapak aku pulak, haji yang tak berapa pandai pomen. Pandai pakai je. Haha! Lepas ni, tak dapatlah aku lenjan lagi kereta cabuk tu.

Lama jugak Haji Lias pakai kereta tu. Al-maklumlah Haji Alias kan pomen. So, takde masalah la bagi dia kalau kereta tu rosak tengah jalan ke. Ekzos tercabut ke. Keluas asap berkepul-kepul ke.

27.5.08

JS 474 (tanda aras)

"Bagus-baguslah anak kau Ji... Semuanya menjadi kan. Sulung, sekolah pondok. Nombor dua, masuk U. Nombor tiga masuk U. Nombor empat. Masuk U. Nombor lima, masuk U. Hah, ni nanti nombor enam aku rasa masuk U jugak. Baguslah Ji. Semua jadi orang kan. Hai... Anak aku entahlah...Entah jadi orang. Entah maling..."

"Setakat ni jadi orang kan?"

Begitulah Hj. Lias. Tak habis-habis memuji anank-anak Hj. Kur. Tiap menjelang Hari Raya Puasa mereka berkunjung-kunjungan. Cerita pasal anak-anak mereka.

Alahai... Hj. Lias rupa-rupanya jadikan rakannya itu benchmark dalam segala tindak-tanduknya.

"Semalam aku mimpi kereta JS 474 eksiden. Langgar van Pak Deris JBV 2746. Nombor plet patah. Keluar nombor 4746. Sekali tengok keputusan 4D. First Prize 4746, rugi betul la tak tikam."

"Ji selalu ke mimpi nombor sport TOTO?"

"Ermm....Tak jugak. Kan dosa."

26.5.08

BERSAMAku





Kau biasa tengok BERSAMAmu TV3. Hah, ni gwa nak cerita sama lu. Mirip BERSAMAmu jugak la. Patutnya kena masuk program BERSAMAmu. Tapi gwa tukar jadi BERSAMAku. Kan kamu dan aku berbeza. Kalau BERSAMAmu guna logo hati. BERSAMAku guna logo hati yang panas. Apa kes?! Jom, gwa bawakan, episod pertama BERSAMAku.

Gwa sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari membawa ke petang. Pada 25 Mei 2008. Hujan yang sangat lebat turun di bumi bertuah, tempat gwa tinggal. Sampailah pada satu masa. Kebocoran yang melanda di rumah gwa sangat serius berlaku. Air menitis-nitis tanpa henti dengan lajunya dari celahan atap bumbung rumah yang sedia merekah lalu meleleh liar menuruni dinding membentuk garis-garis yang terguris di dalam hati. Mengalir terus ke lantai. Ada yang meneroboh atap tidak pula melalui dinding. Habis, lantai rumah gwa yang kering jadi basah. Di ruang tamu dari atas siling rumah. Nasib baik gwa sedar. Kalau gwa tak sedar diri, alamatlah rumah gwa boleh banjir beb!

Lantas, gwa dengan cergas menelefon syarikat Cing Cong Ceng (sebenarnya nama syarikat dia SENG HUAT tahi kucing!) Gwa rahsiakan ni. Korang jangan bagi tahu sesiapa. Inilah syrikat besar yang berkaliber yang bikin bumbung rumah gwa. Ini apek tu cakap. Kalau dia bohong. Aku kena tipulah! Dalam keadaan hujan turun dengan lebatnya. Maka, gwa kena cakap kuat-kuat untuk bagi orang yang angkat telefon itu dengar betul-betul. Bukan gwa sengaja mau cakap kuat. Gwa takde niat langsung! Tapi kalau hati gwa dah panas. maka suara kena kuat. Sudahla dia cakap perlahan nak mampos! Sampai gwa cakap. "Oit! Cakap kuat sikit boleh tak?! Sini hujan lebat la! Takde dengar ma!!!"

Ini bukan dokumen perjanjian asal perebutan Pulau Batu Puteh.


Air dah menitis-nitis membasahi lantai rumah gwa. Dalam hati gwa dah meluap-luap perasaan yang sangat membara. Sangat marah! Sangat panas. Dalam dada macam ada bara beb! Walau hujan di luar dan angin yang bertiup sejuk namun ia tak dapat meredakan gwa. Walaupun sekelumit cuma. Hati gua panas lagi tercalar. Tercalar lagi panas. Tapi gwa memang tak boleh tahan dah. Bukan gwa tak tahan sebab pundi kencing penuh. Gwa tak tahan nak ketuk kepala orang yang bikin termasuk mandurnya sekali.

Dia kata, tak bocor tak bocor tak bocor tempohari. Kentut masamlah tak bocor! Ni hah, bukan makin elok. Makin teruk dan boleh bawa kereputan atap siling yang kritikal dalam rumah gwa. Silap haribulan siling rumah jatuh menghempap keluarga gwa. Ini tak mendatangkan marah?! Tak boleh tahan beb. Sambil gwa menadah air yang menitis dengan baldi. Gwa menelefon syarikat Cing Cong Ceng (sebenarnya nama syarikat dia SENG HUAT tahi kucing!) yang bikin bumbung rumah gwa (sebenarnya rumah sewa gwa). Walaupun rumah sewa gwa, persoalannya gwa yang duduk situ. Bukan tuan rumah. Gwa yang suruh dia bikin. Apa ada hal dengan tuan rumah..

"Oi oi oi.. Apa macam U punya pekerja bikin ini bumbung? Rumah gwa sudah banjir tau. Air sudah masuk. Lagi teruk lorr!"

"Hello.. (entah apa dia cakap gwa tak dengar sangat.)"

"Oit, ini rumah gwa bikin 13 Mei punya. Ada masalah. Bocor makin teruk. Bukan makin baik punya.. Lu dengar tak?!"

"Dengar. Dengar encik. Ini peltama kali komen ke?"

"Tak dengarla lu cakap..."

"Ini peltama kali komen ke?"

"Lu nak berapa kali wa komen? Wa bukan komen. Wa nak report. Tolong catat. Takkan lu nak dua tiga kali komen baru ambil tindakan. Haiye... Sekarang hujan lebat. Rumah gwa dah basah. Bocor makin teruk ma. Boleh sakit jantung gwa ni. Lu ingat gua spesis hidup dalam air ke?! Barang dalam rumah gwa habis basah tau tak?!"

"Ok ok. Saya bagitau bos."

"Lu jangan bagitau bos je. Gwa nak itu orang datang repair ma.."

"Encik duduk mana?"

"Ok sekarang U bagitau bos. Bila mau datang hantar orang? kalau boleh datang harini jugak. Sini hujan lebat tau. Jangan main-main. Haiye..."

"Iye-iye. Apa nomor sili?"

"Apa?!"

"Reference number encik.."

"Wo! Ok. Jap hah, wa amik itu dokumen. Ok. A37."

"Ada nombor telefon?"

"Berapa kali mau bagi nombor telefon. Tengok rekod la.. Takkan gwa bikin sama ini kompeni takde rekod. Kata kompeni besar. Lu mesti ada rekod ma... Wa mau bersihkan ini air. Sudah banyak wo!"

"Encik.., bagi sajala."

Gua malas nak cakap banyak. Lu tengokla sendiri video ni. Tapi gwa nak cakap kat sini oi syarakit Cing Cong Ceng (sebenarnya nama syarikat dia SENG HUAT tahi kucing!), air yang masuk dalam rumah gwa. Gwa dapat sukat 6 liter. 3 botol kordial F&N Ros. Lu tengok itu gambar. Itu gwa tak campur kadar kehilangan air yang gwa tak sempat nak tadah. Yang melimpah-limpah di lantai. Yang meresap di lap kaki dan pengemop lantai. Katalah 10% gwa amik minimu. Jadi, keseluruhan air yang keruh tu 6.6 liter. Apa jadi kalau gwa simbah kat ruang tamu rumah lu! Dan gwa jirus kasi mandi serupa mandi mayat. Gwa tak mau fikir. Lu fikir la sendiri!

video



video

Pencuri s**l punya pasal aku kena pasang jeriji besi kat tingkap rumah (part II)

Biasa kau dengar. Kalau pencuri tu dah rompak satu premis atau kediaman. Beliau tak akan datang lagi. (Kata ganti nama diri beliau sengaja digunakan menggambarkan beliau juga boleh jadi pencuri). Maka, aku mengambil langkah keselamatan yang seterusnya. Lalu menelefon orang yang pakar dalam hal tukang menukang ni..


“Berapa semua ni?”

“Buat bumbung saja 650 wo!”

“Oi oi, apsal mahal sangat! Wa selalu dengar, bikin 80 je.”

“Bolehla U bikin 80. Lepas tu, rumah U bocor sana. Bocor sini...”

“Nantilah wa telefon owner dulu...”

“Haiye... Cakapla ini rumah sewa. Boleh adjust harga punya...”

“Ok. Kasi bikin...”

“Ini grill pintu. Sama tingkap dengan itu bumbung. Wa kasi 650”
“Ok. Boleh bikin...”

Cing cong cing cong...

“Okey. Nanti ada orang latang. Kasi bikin.”

“Oit oit.. Macamana wa mahu tahu itu orang. Kasi nombol telefon la...”

“Okey. Lu jangan risau la...”


SELEPAS ITU.


“Bang, apa mau bikin?”

“Lorr. Bos lu tak bagi tau ka. Wa mau bikin ini, ini, ini dan itu...”

“Uiks.. Dia tala cakap mau bikin grill tingkap wo!”

“Aik. Tadi sudah ukur ma.. Apsal tak bikin plak. Dia ada cakap itu semua bukin. Lu jangan ini macam la.”

“Ini harga mana boleh dapat bang. Kalau mau bikin ini grill tambah lagi 450 wo.. Besi manyak mahal ni jam.”

"Babi betul! Apsal tadi dia ada cakap. Lu telefon dia. Wa mau cakap dengan dia."

“Oit.. Apabenda ni! Babi! Brengset la lu! Tadi cakap lain. Ini cakap lain! WTF la U... Wa marah ni”

"Bang. Ini harga buat bumbung. Pasang pateri besi kasi tempat kunci mangga baru. Itu aje."


TIDAK LAMA KEMUDIAN.


“Okey bang, sudah siap.”

“Okey.. Kalau ni bocor apa macam? Ada warranty ka?”

“Saya sudah manyak buat rumah orang ma...”

“Mana tau. Kalau bocor I call U.”


Jeng jeng jeng... Kita tunggu selepas ini.

24.5.08

Pertama


Dari mulutnya sendiri. "Mama, nak belajar Bahasa Inggeris..." Afiqah Afarah cakap.

"Suh, ayah ajar. Ayah pandai sangat bahasa Inggeris.." Mama ranggi cakap.

"Ok. Ok. Kita mula. What the hell are you doing?" Ayah pakai celana balas.

"Ape ke hel nye yop!... Ekekeke" Afiqah Afarah.

"Pagi yang gelap.., kini sudah terang.." Tivi.

"Pagi yang cerah.., kini sudah gelap.. Wo wo wo!" Afiqah Afarah menyanyi.

23.5.08

Melentur buluh

"Tadikan kan kan kan, Kak Wan kejar kawan dia.. Kan pastu kan kan.." Kata Afiqah Afarah yang semakin kurus. Tak mau makan nasi. Kini gemar pula memakan biskut TIGER.

"A'ah... Kak Wan ada ke tadi?" Kata awek aku yang kelihatan semakin gebu. Macam di pam-pam. Minum ais selalu. Samalah dengan aku. Barangkali dia tiru aku.

"Ha'ah dia kan kan kejar kawan dia. Errmm... Bawak beg." Kata Afiqah Afarah yang semakin kurus. Tak mau makan nasi. Kini gemar pula memakan biskut TIGER.

"Kawan dia lari rumah ke?" Kata awek aku yang kelihatan semakin gebu. Macam di pam-pam. Minum ais selalu. Samalah dengan aku. Sehati sejiwa katakan.

"Tak. Jalan je." Kata Afiqah Afarah yang semakin kurus. Tak mau makan nasi. Kini gemar pula memakan biskut TIGER.

"Aha ha ha..." Aku dan awek aku ketawa.

"Kakak. Pembelajaran malam ni ialah maksud lari. Lari tu kan sebenarnya ada dua maksud..." Aku mula mencelah bicara.

"Iyeelaaah..." Kata Afiqah Afarah yang semakin kurus. Tak mau makan nasi. Kini gemar pula memakan biskut TIGER (sambil menjeling manja).

"Tinggi sangatkah pelajaran malam ni...?" getus hati aku. Mengukir senyum. Ermmm.

Jangan salahkan bapa kita kerana kita kurang di ajar. Kekurang hajaran kita sebenarnya, ilmu disampaikan samada berkat atau tidak.

:::::

"Nak katak. Nak katak. Nak ni.." Afiqah Afarah berdiri tegak. Selepas keluar dari bilik air. Sambil memegang span direkabentuk umpama katak. Yang dah basah. Ibunya yang guna. Untuk menyental dan menggosok daki-daki badan yang liat mahu tanggal.

"Hah nanti kita beli yang satu lagi. Tu basah. Gantung dulu. Bagi kering ye." Pujuk ibunya dengan suara yang paling lembut dan senyuman yang paling menikam. Ditambah pula dengan tahi lalat hidup yang kontra.

"Ermm.. nak ermmm.. nak...Nak.." Afiqah Afarah membalas tersangkut-sangkut. Dan bola matanya melilau-lilau memikirkan sesuatu.

Ala..la la... Comelnya dia. Tanpa disedari anak hasil senggama kita dapat menghiburkan kita juga. Tapi belum tentu, kita sebagai anak dapat menghiburkan hati ibu nan satu. Selamat Hari Ibu (belated).

22.5.08

Pencuri s**l punya pasal aku kena pasang jeriji besi kat tingkap rumah

"Sini ada bikin grill besi rumah ka?" Aku.

"Hah?!" Ahsow.

"Grill besi tingkap rumah punya." Aku.

"Tada. Tada." Ahsow.

"Ait hait... Kalau ikut tauke kedai runcit tu. Inilah kedainya. Ada susun penyapu kat depan." getus hati aku.

Aku masuk semula. Kedai itu. Seakan tak percaya jawapan diberi.

"Tada bikin arr window grill?" Aku.

"Wa cakap takda. Takdalah! Haiye...!" Ahsow menengking aku.

21.5.08

Bank tema kuning dan bank tema merah pulasan tak sama!

"Saya punya buku bank hilang. Nak buat yang baru." Aku.

"Encik buka di mana?" Perempuan di kaunter yang punya lesung pipit di pipi. Tak sempat aku mahu melihat dadanya. Bukan buahnya. Tanda namanya.

"JB." Aku. Ringkas.

"Sila isi borang. Kami fakskan ke cawangan sana. Esok cik datang semula." Perempuan di kaunter yang punya lesung pipit di pipi.

"Ok terima kasih." Aku. Senyum.

***
"Saya punya buku bank hilang. Saya nak buat buku baru la." Aku.

"Woh. Buka akaun di mana dulu ye?" Perempuan di kaunter satu setelah lama aku menunggu. Tiada sekuntum senyum diberi.

"Tak silap saya di JB." Aku. Melihat dia mundar-mandir melayan pelanggan yang satu lagi. Sempat aku melihat tag nama di bawah dadanya. Muhaini.

"Wo oh. Kena buat di home branch tu." Perempuan itu. Masih sempat bersembang-sembang dengan rakannya yang satu lagi.

"Takleh urusan di sini ke. Atau bantu saya secara online. Kan Bank ni canggih". Aku

"Takleh cik." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

"Ishk.. Apsal takleh. Bank satu lagi boleh je." Aku.

"Kena ke sana juga encik." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

Hak ptui... Aku ludah. Nantilah di luar bank. Nak mampos ludah kat dalam. Ada guard tengok aku.

"Hah, akaun ni boleh. Sebeb buat di sini. Yang ni kena caj RM20 ya." Perempuan itu. Namanya Muhaini.

Hak hak ptui… Aku ludah. Nantilah di luar bank. Nak mampos ludah kat dalam. Ada pelanggan lain kiri dan kanan aku.

20.5.08

Keluar PATI

Dulu, Wak Marang Kerapu memang mati-mati tak ada orang suka. Seumur hidup Wak dalam PATI.

Sekarang, Wak bersyukur. Keluar dari PATI. Wak dipelawa masuk PADI.

"Wak akan masuk PATI semula lorr. Itupun kalau PADI melambung-lambung harganya. BERNAS tak idea Wak? Berapa peratus beras hancur, bukan Wak tau apa-apa sih.."

Nota :
PATI - Pendatang Asing Tanpa Izin
PADI - Pendatang Asing Dengan Izin
BERNAS - Lu fikir la sendiri...

.

Rentetan dari kecurian di rumah saya, maka saya googlekan 'tips menghalang kecurian'

Tips Menghalang Kecurian

Jangan biarkan anak-anak kita tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ. Haha!

Sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah. Haha!

Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). Alternatif lain. Buka paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius. Ehik!

Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. Alamat tak tidur ler..

Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) Simpan barang kemas di luar rumah. Whoh!

Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert). Kalau alarm Proton tu jangan hairan kalau kekdang alarm tu tak berbunyi. Huhu!

Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! ... dan marah anda.

Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala) Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita.

Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri.

Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu.., pastikan jugak kredit ada (untuk prepaid user sahaja).

Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. OK ni.

Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. Timer...

Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dalam mail box. Mail box yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. Jiran pun boleh jadi pencuri per..

Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda. Kalau dah area tu kerap ada kecurian.. apa kata kita pindah jer...

Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). Jom lambatkan pencuri...

Kalau ada anak2 perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti

Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. Ok.. ok..

Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. Nak lagi confident.. tukar grill dan pagar baru! Alahai...

19.5.08

Mengantuk dan terus mengantuk (part II)

Mentari sedang memancarkan sinarnya yang terik itu. Penghawa dingin dalam kereta adalah pada tahap maksimum. Namun bahangnya masih terasa. Kesejukan adalah terlalu minimal menyentuh ke tubuh. Baru beberapa kilometer melepasi tol. Mata yang segar-bugar kembali layu. Aduh! Mengantuk datang lagi. Inilah penangan tak tidur semalaman. Nak membalasnya bukan boleh semalaman. mahu bermalam-malam. Allah menciptakan malam dan siang itu ada hikmahnya kan? Dalam kereta, bukan aku seorang. Malah awek aku duduk di belakang bersama dua anak kecil riuh-rendah di belakang. Pun boleh mengantuk juga. Kalau tak setan! Diri sendiri tak boleh tahan! Siapa suruh tak tidur. Dalam hati kecil aku.

Guna pelan A mengantuk. Aku tukar pelan B memandu laju-laju dengan membeliakkan mata. Pun mengantuk juga. Jadi, aku tukar pelan C, ikut jalan dalam. Maka, kami EXIT Tapah ikut jalan dalam. Mula-mula okey. Tengok pemandangan kedesaan dan kehijauan panorama di luar. Tak membosankan. Ingat lamalah boleh bertahan. Akhirnya, mengantuk juga. Aku tertewas dek kengantukan yang amat sangat. Aku terus menuju ke Teluk Intan, mencari rumah penginapan. Memakir kereta. Aku perlukan rehat seketika. kami bermalam di Teluk Intan.

[Bos, esok saya tak masuk opis. Ada kecemasan. Maklum.] Aku melalui SMS.

[Ok.] Bos jawab melalui SMS.

Dalam hati ada percikan bunga api yang tersangat memancar-mancar.
Dalam kepala ada bayangan bantal kerana kengantukan yang tidak tertahan.
Dalam perut ada bunyi keroncongan yang keriuk-keriuk. Yeay! kami makan malam di KFC cawangan Teluk Intan.

16.5.08

Suspek yang saya syak. Bukan saya tuduh. Sebab tak ada bukti

.

Sebelum ini, saya menyajikan entri berkenaan kes pecah rumah saya yang sangat terancang dilakukan geng penjenayah (saya gunakan istilah Geng X). Dan dirasakan geng ini memang biasa melakukan kerja-kerja sebegini. Sungguh ligat dan liat! Geng mereka sudah membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum melakukannya. Pastinya. Mereka sudah memerhati segala aspek dan segala sudut. Tentunya. Jadi, entri kali ini akan membuat kupasan dan penyiasatan ke atas wajah-wajah suspek (orang asing) yang terlintas di fikiran dan firasat saya. Perhatikan, perkataan suspek digunakan di sini untuk sesi kawad cam. Orang asing yang saya maksudkan di sini adalah orang yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini dan tidak mengenalinya. Bukan rakan, saudara atau jiran yang saya kenali. Suspek ini muncul semasa saya melakukan solat dan terbayang dalam mimpi saya. Sekalipun polis telah menemui kesan cap jari penuh. Kebarangkaliannya tersangaaaaatlah rendah. Sekalipun buat ujian DNA pakar luar negara. Tersangaaaaaaatlah rendah. Alahai...

Sebelum itu, saya ingin menerangkan kedudukan rumah saya terlebih dahulu. Rumah jenis town house (hakmilik strata). Atas pemilik lain, bawah pemilik lain. Ada parking kereta masing-masing dan pintu masuk masing-masing. Rumah saya di bahagian atas. Terletak di bahagian tengah deretan town house. Bukan lot tepi atau lot hujung (end lot). Menghadap taman permainan kanak-kanak, gelanggang badminton dan surau.

Persoalannya di sini. Adakah Geng X memilih secara rawak dan mengena rumah saya? Atau mereka berjalan-jalan sambil bersiul-siulan lalu berkenan rumah saya. Atau memang nasib saya nak kena? Adakah takdir dah ditentukan begitu? Ya. Itu tak dapat disangkal lagi. Tapi cuba kalian fikir, apa yang membuatkan Geng X berminat untuk memasuki rumah saya? Tidak pula memecah masuk rumah yang sederet berada di situ yang lebih longgar ciri keselamatannya. Bukan saya pertikaikan. Tapi untuk mengajak kalian berfikir. Sedangkan kalau ditinjau dengan teliti, terdapat rumah di deretan yang sama tidak mempunyai pagar keselamatan langsung. Pintu pagar pula ternganga luas. Lagi senang Geng X mahu masuk. Lagi pula, apabila saya tinjau, di rumah yang lain dalam taman yang sama. Lagi mudah untuk dimasuki kerana tiada ciri keselamatan yang kuat. Anjing garang misalnya, pintu pagar kebal, sistem penggera keselamatan, mangga Solex yang besar dan sebagainya.

Ini bermakna, Geng X memang sudah merancang kegiatannya. Untuk memasuki rumah saya. Dan sudah tahu pula selok-belok dalam perut isi rumah saya. Berapa ramai yang tinggal. barang apa yang ada. Sistem keselamatan bagaimana. Situasi keadaan sekeling. Saya tak nak fikir. Mari kita fikirkan sama-sama.

Geng X yang saya suspek dan maksudkan adalah seperti berikut :

Kategori 1
Orang asing yang pernah masuk rumah saya. Dan biasa dengan kerja-kerja pecah masuk rumah.
Geng buruh Indon. Menetap di Malaya Malaysia. Pernah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah jiran saya di bawah selama tiga minggu. Semasa membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anak kunci rumah yang tertinggal di pagar depan hilang apabila ditinggal sekejap. Pernah memanjat naik ke bumbung untuk mengecat dinding rumah bahagian atas. Juga pernah meninjau masuk ke dalam rumah sehingga masuk ke dalam tandas yang berada di bilik utama untuk meninjau dan membincangkan kebocoran lantai tandas mengakibatkan lelehan di rumah bawah. Kita letaklah label dia sebagai Geng Intip Bajingan (GIB).
Tahap suspek : TERSANGATLAH MUNGKIN

Geng plumber sekitar di Lembah Klang. Berketurunan India. Pernah masuk ke rumah membuat kerja-kerja penampalan lantai tandas, membetulkan paip mandian, memanjat bumbung rumah membaiki kebocoran yang tak seberapa. Dan bersembang lama di ruang tamu dari cerita kegemaran sehinggalah mengepau rokok saya. Sangat biasa dengan kawasan perumahan saya. Kerana sebelum ini pernah membuat rumah orang lain dalam taman yang sama. Kita letaklah label dia sebagai Geng Plumber Gelap (GPG).
Tahap supek : KEBARANGKALIAN MUNGKIN

Kategori 2
Orang asing yang tidak pernah masuk rumah saya tapi mempunyai rekod jenayah.

Geng pekerja kontrek Indon. Mereka bekerja di kawasan pembinaan sekitar. Ada yang punya permit. Ada yang tak punya permit. Ada tiga-empat projek di kawasan sekitar menggunakan khidmat pekerja kontrek Indon. Polis membuat andaian, kebanyakan rumah di taman saya dan sekitar dimasuki geng ini. Sebab mereka tidak menerima gaji yang setimpal atau tidak menerima gaji langsung apabila projek sudah siap. Mereka terdesak dan sesak untuk hidup. Patutnya mereka masuk rumah bos atau majikan atau kepala kontrek mereka bukan rumah orang awam menjadi sasaran. Kita letaklah label dia sebagai Geng Kontrek Sialan (GKS).
Tahap suspek : MUNGKIN JUGA

Geng orang luar tempatan. Mereka tidak tinggal di kawasan taman yang sama. Atau tinggal di kawasan berhampiran. Memang membuat kerja-kerja pecah rumah. Subjek kegemarannya pertukangan di sekolah. Mempunyai kelengkapan yang cukup seperti penggunting mangga, gergaji besi, dawai, pemutar skru, spanar, playar dan sebagainya. Mereka selalunya sangat asing di kawasan tersebut. Dan tidak pernah nampak muka di kawasan tersebut. Kita letaklah label dia sebagai Geng Luar Anjing (GLA)
Tahap suspek : AGAK MUNGKIN.

___
Siapa kalian pilih?
[A] GIB
[B] GPG
[C] GKS
[D] GLA
[E] Entah. Sebab buat ujian DNA pun belum tentu dapat. Mereka ligat lagi liat.
.

15.5.08

Rumahku masih syurgaku lagi

Laporan tertunda kes pecah rumah saya. Rakaman beberapa gambar selepas polis membuat siasatan.




Semoga dengan terbitnya entri ini, pencuri dapat ditangkap. Semoga! Siapa sangka tulisan dalam blog boleh menyelesaikan masalah saman trafik yang tersilap. Siapa sangka juga tulisan dalam blog juga upaya menyelesaikan isu dan mempercepatkan proses kewarganegaraan. Mungkin hanya kebetulan! Semoga! Siapa duga juga boleh tulisan yang diterbitkan dalam blog boleh memecah belahkan perpaduan negara Malaya kata Hashim Abu Hanipah ketika menjadi pengantara rancanagan blog di RTM1 yang dituduh sebagai komunis oleh Raja Petra Kamaruddin. Haha! Padan muka dia. Tak apalah. Yang penting, ramai sudah peka mengenai pengaruh blog. Tapi saya bawakan entri kali ini bagaimana rumah saya (perhatikan ganti nama diri saya digunakan menunjukkan penulis pasrah dan benar-benar Redha) telah berjaya dipecah masuk oleh si pencuri pada siang hari yang terang lagi benderang di kala mentari menonjolkan dirinya. Maaflah ceritanya panjang sedikit. Kalian bacalah dengan sabar ya. Saya boleh bersabar. Takkan kalian tak boleh.

Pagi itu, saya agak berat mahu pergi kerja seperti hari-hari biasa. Bukan kerana saya terpaksa memikul beras sekampit untuk ke tempat kerja. Bukan! Selalunya saya bergegas mahu datang awal ke pejabat. Sebab saya pekerja yang rajin. Dan pekerja yang ikhlas. Untuk info tualng saya ringan. Dalam kotak fikiran mahu saja MC pada hari tersebut. Tapi, luar kotak fikiran saya, tiada siapa yang tahu. Tekak yang perit sedari semalam juga mengacau saya menelan sesuatu termasuk menelan air liur sendiri. Gulp!

Namun, saya mengubah fikiran di saat akhir untuk ke pejabat. Meninggalkan rumah lewat jam 9 pagi. Sedangkan isteri saya sudah bergegas ke pejabatnya awal pagi meninggalkan saya dengan memandu kenderaan sendiri muatan lebih dua belas orang. Untuk info, pejabat isteri saya dan pejabat saya adalah tidak berapa jauhlah. Kami selalu berurusan bersama. Dan kalau ada masa, kami berfoya-foya bersama. Haha!

Kemudian, saya menuju ke pejabat dengan badan yang tak berapa sedap. Panas dalam. Maklumlah, macam nak demam pun ada. Diringkaskan cerita, sekembali saya dari pejabat kira-kira jam 6 petang. Saya pulang agak lewat kerana saya datang lewat. Ini peraturan saya sendiri. Sayugia saya keluar dari perut kereta saya, merasa kehairanan mengapa pintu pagar depan terkuak sedikit. Tak seperti selalu. Ia tertutup rapat. Saya nak menyumpah tapi saya tahan. Saya mula syak sesuatu yang bukan-bukan. Hati dah tak sedap. Terus saya menuju mahu naik ke atas. Maklumlah saya tinggal jenis rumah bandar fasa I type A. Lalu, saya melihat dari bawah anak tangga di kala kakai sebelah kanan sudah memijak satu anak tangga. Maka, saya lihat pintu pagar di penghujung tangga sudah terkuak. Besinya ada yang bengkok sedikit.

Kemudian. Kaki saya melangkah satu tangga ke satu tangga dengan lemah.

Whok oh! Mangga SOLEX pagar sudah dipotong beb. Manakala tingkap bilik juga ternganga tidak seperti selalu. Habis! Rumah dipecah masuk orang. Saya kata pada awek saya. Yang meengekori saya di kala itu.

Saya terus masuk ke dalam diekori oleh awek saya dan kuncu-kuncunya yang comel-comel tu. Memang sah. Keadaan sudah bergelandangan dalam rumah. Tinjau bilik utama habis kain baju dipunggah keluar dari dalam almari. Whoh, almari baju awek saya. Tidak pula almari baju saya. Laci-laci berisi kain baju anak-anak bertarabur macam tongkang pecah. Aduh... Sial punya pencuri! Celaka! Hidup bikin susah orang! Buat kerja semasa orang semua sedang sibuk bekerja mencari rezeki yang halal. Saya syak mereka bukan seorang. Dalam dua atau tiga orang membentuk geng. Macam geng gagak hitam. Cuma bezanya geng gagak hitam merompak orang kaya yang jahat. Tak bayar zakat misalnya, tak mahu sedekah misalnya, tak bayar cukai pendapatan misalnya dan sebagainya.

Dan lagi..
Saya syak juga, mereka melompat masuk melalui tingkap bilik. Dengan mengumpil dari luar sesendal tingkap kaca yang bingkainya aluminium tersangatlah lembut oi. Guna pemutar skru pun boleh. Alahai... Mudah sangat mereka buat kerja terkutuk ni. Macam dah pakar dalam selok-belok perkara ni. Dengan kerosakan yang sangat minimal pulak tu. Tanpa sebarang pemecahan berlaku. Sedikit cuma kesan bengkok yang membentuk ruang bagi membolehkan sesuatu benda dijolok untuk menolak telinga tingkap ke atas. Sialan! Babi betul pencuri ni. Betul babi! Babi pun masuk syurga tau.

"Apa yang hilang bang?" awek saya. Dia selalu membahasakan saya abang.

"Setakat ni abang tengok, semua tabung mabung menatang atas alamari tu dah lesap. Baik tabung bebiri ke, rimau ke. Semua lesap. Yang lain tak tau lagi."

Koma.

"Barang kemas awak letak mana?" Saya.

"Separuh ada dalam beg saya. Separuh lagi ada di luar negara (ayat ni menyedapkan laporan)." awek saya.

Diam.

"Ok. Kalian semua turun semula. Jangan sentuh apa-apa pun. Ayah (perkataan ayah digunakan di sini menunjukkan mangsa sangat berbahasa walau sudah hilang pertimbangan) nak tinjau apa yang hilang." Saya mengarahkan ibarat polis terlatih untuk awek dan kuncu-kuncunya.

Setelah mereka turun. Saya tinjau bilik utama sekali lagi. Sah almari baju digeledah isi perutnya si bangsat tu. Kain-kain dikirai-kirai sesuka hati mak bapak dia. Aksesori solek di atas meja solek habis bertaburan di lantai. Awek saya yang punya. Kotak sarat berisi kerongsang diterbalikkan dan dipilih si pencuri yang emas dan cantik-cantik saja. Kotak zink comel kecil yang sarat berisi cincin pusaka habis licin. Pergh! Menyirap darah saya. Tercalar hati ni. Bingkai gambar perkahwinan kami tertiarap menyembah bumi. Alahai... Saya hanya mampu melihat. Saya biarkan bukan saya suka. Saya tak mahu sentuh. Aku dapat kau, aku pijak kepala kau. Getus hati saya di kala itu. Buku akaun bank awek saya habis bersepah di penjuru birai katil atas tilam. Banyak juga bank dia. Semoga banyak juga wang simpanannya. Segala-galanya berteraburlah. Subhanallah!

Di ruang tamu juga sama. Laci meja console sudah berada di bawah. Rak TV, pintunya ternganga. Whoh! Kamera manual zaman kodak dalam rak TV lesap. Masuk bilik kedua (bilik bacaan). Tiga beg pejabat isi perutnya bertaburan. Beberapa dokumen penting juga dilihat ada di bawah. Haram jadah! Saya kata dalam hati. Bangsat betul! Meninjau keadaan di ruang dapur tidak terusik sedikit pun. kalau saya tahu, saya letak barang kemas dan wang simpanan dalam peti sejuk. Haha! Masuk bilik ketiga. Di belakang. Ada satu laci bawah TV kedua. Pap! Koleksi jam saya habis. Empat utas semuanya ada di simpan di situ. Kamera antik SLR pemberian pakcik dari Singapura juga lesap. Whoi! Ini pun kau ambil. Stroller bawah katil tak pula kau ambil. Kotaknya dah kau buka. Bajingan lu!

Saya keluar lalu duduk (terduduk sebenarnya) di meja makan. Ya Tuhan, jika ini dugaan dariMu aku terima dan hadapi dengan tabah. Ada hikmah di sebaliknya pasti. Oh pencuri lakhnat! Aku tak halalkan apa jua sebarang benda yang kau bawa keluar dari rumahku. Muntah darahlah kau. Tak selamat kau! Malapetakalah menimpa diri kalian hoi... Saya sumpah kalian jadi keldai tersangat hodoh lagi mandul.

"Jom kita buat report polis!" Saya menuju ke awek saya yang sugul sedari tadi.

Kemudian, kami menuju ke Balai Polis lah untuk buat report. Atau rumah Pasong sesetengah orang kata. Tak kan nak pergi Balai Bomba pula. Biasa kejadian pecah rumah lebih mudah rujuk ke IPD. Menurut firasat saya lah. Sebab saya pernah menemani rakan saya kes pecah rumah juga. Dirujuk ke sana.

"Encik, saya nak buat report polis kejadian pecah rumah." saya.

"Sila duduk dulu encik."

Dua kaunter dah penuh dengan urusan. Saya menunggu dengan sabar. Lamaaaaaa sangat! Encik, mari sini! Polis panggil Saya. Sila duduk. Terima kasih.

Encik tulis dulu atas kertas ni, macam mana kejadian tu boleh berlaku. Minta IC encik. Dengan sebatang pen dan sehelai kertas, saya mula mengarang kejadian tu berlaku. Macam nak tulis entri sebelum diterbitkan. Sementalahan saya menulis, polis itu mengisi data peribadi saya. Dia dah siap isi. Saya sedap mengarang lagi. Saya pun tulis laporan berkenaan lebih kurang begini:

Pada 12/5/08. Kira-kira antara jam 9 pagi hingga 5 petang. Ketika saya dan isteri saya bekerja dan tiada seorang pun berada di rumah. Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di rumah sewa saya di alamat seperti berikut..... (alamat dirahsiakan di sini untuk tujuan keselamatan). Ketika pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang, saya dapati mangga SOLEX pagar di tangga dipotong atau digergaji oleh pencuri. Kemudian, tingkap bilik utama terkuak luas. Saya mengesyaki pencuri masuk ikut tingkap. Apabila saya masuk ke dalam didapati semua barang berselerak dan keadaan seperti tunggang-langgang sedang berlaku. Setakat ini, dalam tempoh pemerhatian kasar saya. Benda-benda yang hilang adalah seperti 3 buah tabung syiling, 4 utas jam tangan, 1 anak kunci kereta kelisa dan beberapa buah buku akaun bank. Adalah dengan kehilangan disebutkan tadi. Anggaran kerugian lebih kurang RM3 ribu. Sekian. Laporan saya.

"Ok siap encik." Saya kata.

Polis itu pun ambil lalu dimasukkan dalam komputer. Dia taip semula apa yang saya tulis. Aduhai... Patutlah lambat. Dia menaip guna jari telunjuk saja ibarat burung belatok. Satu satu. Haha. Saya tunggu lah. Tak lama dia menegeluh. Aduh... Ada report masuk la pulak. Kacau je la... Jap ye encik. Report luar masuk. Apa alamat rumah encik tadi ye? Polis tanya. Aku beri semula. Ginilah kalau ada report masuk encik. Jap ye encik. Saya hubungi IO. Ok, saya kata. Hello Inspektor Nik ada? Bla bla bla takde. Hello Sarjan Teh ada? Jen, ni ada seorang pengadu Melayu datang buat report rumah dia kena pecah masuk pencuri. Bla bla bla bla...

Diringkaskan cerita, dia kata encik boleh duduk kejap. Sarjan Teh sedang mandi dan bersiap. Kena jumpa dia. Kalau saya balik dulu tak boleh. Saya kata. Tak boleh encik. Tunggu kejap Sarjan Teh nak jumpa nanti dia tanya susah saya. Saya pun tunggu la lagi dengan penuh kesabaran yang amat sangat.

Kemudian. Lamaaaaaaa sangat! Encik saya balik dulu lah ye. Eh nanti, dia kata. Report tak siap lagi. Tunggu Sarjan Teh. Tadi report saya taip hilang. Boleh dia hilang? Kena taip semula ni. Aduh doi doi... Camna boleh hilang hah! Dia mengadu kepada rakan sejawatnya di sebelah. Saya senyuum saja dan geleng kepala tanpa bicara. Tunggu ye.

Sudahnya, lama kemudian dia panggil saya untuk menandatangani laporan Polis yang dibuat tu. Dalam report tu bunyinya begini:

Pada 12/5/08 lebih kurang jam 1700 hrs, semasa saya pulang dari kerja di alamat di atas (rumah sewa) saya mendapati rumah saya, pintu pagar dipatah, mangga grill digergaji dan saya mensyaki pencuri masuk melalui tingkap atas bilik utama telah dibuka masuk oleh pencuri. Apabila saya masuk ke bilik semua barang-barang berselerak dan barang-barang yang hilang adalah 3 buah tabung syiling, 4 utas jam tangan, 1 anak kunci kereta jenis kelisa tuan rumah dan beberapa buku bank tuan rumah.

Bila masa pulak tuan rumah punya barang ada di situ. Salah fahamla ni. Huhu... Atau salah taip.

Kemudian.

Sarjan Teh datang mengajak saya ke biliknya di bahagian belakang tingkat dua. Saya ikut saja ke bilik pejabat kecilnya itu. Dia jemput masuk dan mempersilakan saya duduk.

"Rumah kena pecah masuk? Jen

"Ya, Jen. Siang tadi." Saya.

"Bagi IC encik." Jen.

Saya menghulurkan. Jen menaip sesuatu di komputernya yang sediakala dihidupkan.
Masa tu, awak bekerja? Tiada siapa di rumah la ye. Bla bla bla... Semua maklumat yang Jen tanya saya. Saya jawab. Dia masukkan dengan terperinci. Sampai dia tanya jenis tabung apa. Jam jenama apa. Ada nombor siri ke boleh dikenalpasti kalau jumpa. Kenapa ada kunci tuan rumah? Bukan. Saya kata Bukan! Tuan rumah tu saya lah. Salah fahamlah ni. Jen kata.

Dipendekkan cerita, setelah Polis datang ke rumah saya kira-kira jam 10.30 malam. Ambil gambar itu ini. Semak kesan jari. Buat pemeriksaan. Saya tanya, macamana? Ada jumpa kesan cap jari. Ada. Ada. Kesan cap jari penuh di bingkai gambar encik ini. Tepi bingkai gambar kami sekeluarga menjadi bahan bukti. Ada kesan cap jari penuh. Itu saya serahkan pada polis.

Setelah polis pulang, saya mengemas rumah (bersama awek saya). Dan didapati beberapa harta lain hilang. Disenaraikan seperti berikut:

Nama Harta Dicuri

Kuantiti

Anggaran Kerugian (RM)

Tabung Bebiri penuh berisi wang syiling

1

200.00

Tabung Bomba penuh berisi wang syiling

1

150.00

Tabung Rimau penuh berisi wang syiling

1

100.00

Jam Tangan TAG HEUVER

2

1,000.00

Jam Tangan SWATCH

1

530.00

Jam Tangan 25 Hours

2

450.00

Topi Koboi & sepasang kasut kasual

1

245.00

Kacamata hitam

2

880.00

Kamera manual (filem)

1

350.00

Kamera antik SLR

1

650.00

Gelang magnetik kesihatan

2

90.00

Beg Pejabat (Microsoft)

1

120.00

Beg kulit

1

45.00

Buku akaun CIMB

2

1,020.00

Buku akaun Maybank

1

520.00

Cincin pertunangan emas 916

1

500.00

Cincin harian emas 916

1

*160.00

Butang baju Melayu (hadiah hari jadi tu!)

1

60.00

Subang telinga emas

1

250.00

Gelang tangan emas

1

350.00

Anak kunci kereta KELISA

1

**85.00

Kerosakan mangga, tingkap dan pagar (lump-sump)

1

700.00

JUMLAH

-

8,455.00


* Nilai belian ** Nilai taruhan

Lain-lain kehilangan adalah hilang punca dan hilang kepercayaan. Saya bersyukur tiada apa-apa kehilangan nyawa dilaporkan. Sesungguhnya nyawa kami sekeluarga tidak ternilai berbanding nilai material yang hilang. Ok, saya beredar dulu untuk ke Balai Polis membuat laporan susulan kerana nilai kerugian dianggarkan RM8,455.00 setelah diteliti. Bukan RM3,000 seperti yang dilaporkan di awal tadi.

___
Soalan pemahaman.
1. Mangga jenis apa yang dipotong pencuri?
2. Agak-agak kau, anak kunci kereta penulis hilang. Dia tukar tombol kunci starternya saja. Atau tukar kereta terus?

14.5.08

Aku adalah lelaki

Ya, aku adalah lelaki. Lelaki yang tulen lagi gagah tak pernah mengalah apabila berlaku sesuatu yang tak diingini. Mengalah bukan bererti kau kalah. Kelelakian kau lebih teruji jika kau lebih banyak besabar dan mendapat wanita yang paling mencabar. Ciri-ciri lelaki yang aku maskudkan adalah seperti berikut:

Kau jangan sesekali bertumbuk atau bergaduh dengan wanita khususnya bini kau sendiri. Lebih baik kau berdiam diri saja kerana itu jalan mudah sebelum kau dilabel sebagai lelaki dayus;

Kau akan pastikan kain di jemuran di angkat dengan selamat sebelum fajar menyinsing sebelum bini kau menyuruhnya yang membuatkan kau kadangkal sakit hati;

Kau dinasihat mengambil jalan mengalah jika diajak pulang ke kampung rumah mentua atau saudara sebelah bini kau sebelum dia mengungkit kau berat sebelah;

Kau akan pastikan bekalan air masak untuk diminum sentiasa mencukupi di dalam rumah untuk seisi keluarga sebelum kau dituduh dok relaks saja tak buat apa;

Kau akan pastikan anak-anak disuap dan diberi makanan ruji mereka apabila mengambil mereka pulang sebelum kau dituduh hanya pandai buat anak;

Kau akan pastikan anak-anak dihantar ke tempat asuhan walaupun bini kau meninggalkannya dengan menghempas pintu rumah sekuat hatinya. Anak kau pula tercengang dan terpinga-pinga mencari tulus kasih sayangnya; sebelum kau dicop sebagai lelaki tak pandai jaga anak;

Kau akan pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun sebelum kau disyak sebagai lelaki pengotor dan jijik;

Kau sepatutnya menjauhkan diri dan berdiam saja jika bini kau menolak ajakan geselan mesra kau sebelum kau kena sound direct macam nenek kebayan;

Kau sepatutnya simpan saja surat cinta yang diberi oleh dia semasa zaman percintaan sebelum kau dituduh perosak hubungan cinta;

Kau sepatutnya membelikan bini kau hadiah sempena hari kekasih ka, hari ibu ka, hari jadinya ka sebelum kau dituduh tidak romatis dan menunjukkan kasih sayang kau padahal kau lebih menghargai dari itu;

Kau harus tunjukkan keegoaan kau dengan membiarkan dia terkontang-kanting mencari kau. Atau diam saja bila dia tanya. Tapi, kau buatlah rutin kau seperti di atas macam biasa kerana silap-silap dia memantul semula kepada kau umpama kau menepuk air di dulang;

Nota pesanan : Kerana kau pun tahu dia tak perlukan kau. Dan dia menyimpan dendam yang amat dalam. Barangkali. Buat apa kau terhegeh-hegeh lagi dengan dia. Nanti kau yang tertekan!

13.5.08

Mengantuk dan terus mengantuk : prolog

Penangan stay up malam tadi. Lepas azan Subuh baru kami bersurai. Itupun susah handak mencari noktah perbualan. Tak putus-putus bual bicara kami. Kalau diam pun sebab malaikat lalu barangkali. Sudahnya, masing-masing beredar. Ke kamar masing-masing. Aku seperti biasa, kalau keluar akan bawa kunci bilik bersama. Pagi itu, mata aku berpinar-pinar. Kepala pening macam nak pitam. Penangan rokok Dunhill tak putus-putus disedut. Dan rehat yang tak cukup. Siapa suruh!

Aku hulurkan kunci ke tombol daun pintu. Masuk tu memang masuk. Tapi tak boleh bukak. Pulas kanan sangkut. Pulas kiri sangkut. Bunyi umpama tikus menebuk gubi beras. Uiks! Aku mula panik. Aku ketuk pintu. Orang di dalam tak bangun. Tidur mampos kot. Aku ketuk sekuat hati. Tok tok tok! Doa-doalah awek aku bangun. Tapi tak bangun juga. Sudah. Aku kata dalam hati. Pagi ni aku kena tidur kat lobby la gamaknya.

Sedang aku mencuba. Nak menitis air mata pun ada. Bukan! Bukan aku lelaki gembeng. Menangis selepas gagal mencuba. Menangis tak semena-mena. Tapi mata aku dicerobohi habuk entah datang dari mana. Namun, aku tak putus asa. Aku cuba punya cuba. Tak berjaya juga. Aku mendongak ke atas. Kalau-kalau mendapat petunjuk hidayah. Pap! Alahai, salah pintu bilik rupanya. Aku bilik Teratai 4 bukan Teratai 3. Adeh! Kepala dah weng...

Selepas solat Subuh. Terus aku melabuhkan badanku yang sasa atas tilam yang empuk kerana terlalu mengantuk. Esok mahu bergegas pulang ke tempat kediaman. Dan mahu singgah di rumah sahabat sebentar. Ya, sebentar cuma. Kerana ada tugas harian perlu diteruskan. Alahai... Letihnya mata dan badan memandu di kala sang suria memancarkan sinarnya.

Aku mengantuk dan terus mengantuk. Tak sudah-sudah.

bersambung...

10.5.08

Ibu dan aweks yang saya suka




Ermmm..
Di kala resah ini kian mendesah
dan mengalunkan jiwaku
Kau ada di sana…
Di saat aku terluka hingga akhirnya…
tercalar-calar keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…
Kau ibuku yang melahirkanku.
Kau pula awekku. Huhu..
Ibu Afiqah dan Afifah.

Ketika aku lelah dan semangatku patah
untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil
yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda.
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…
kau basuh kesedihanku,
kehampaanku dan ketidakupayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan roh yang terpadu
Untuk memberi erti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku sinar cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama ke dalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setitis demi setitis
Kau biarkan ia menari di atas kain tudungmu
Laksana oasis di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk, menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu,
kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu,
kulihat semangat menggelora dalam dirimu,
terkumpul seluruh daya dunia

Oh, lupa pula saya.
Awekku. Walaupun aku tak beri kau sekuntum bunga harum
Tak ucap apa-apa tanda romatis padamu.
Atau hadiah yang mewah-mewah.
Kaulah kekasihku.
Dan kaulah yang kucintai dan hargai.
Sungguh! Maafkanku.
Kau berkorban untukku dan demi anak-anak.
Jangan pula kau pendam. Setahun baru kau muntahkan.
Pergilah bersembang dengan rakan-rakan. Kau kata. Haha!

- SELAMAT HARI IBU -

9.5.08

Pagi yang cerah

Kala orang sedang lena beradu. Burung dan unggas pun begitu. Embun jantan mula menitis. Tiada angin berhembusan. Sunyi sepiiiii sekaliiii.... Sesekali kedengaran air pam tandas ditarik. Sampai kawan aku menegur. Orang ni, berapa kali berak. Pagi itu kami bersembang. Tajuk tidak ditentukan. Entah apa yang disembangkan aku bukannya tangkap sangat. Sembang kosonglah tu. Bukan aku mengantuk. Bukan. Entah kenapa neuron otak aku tak dapat tangkap sangat. Kala itu. Barangkali fikiran melayang ke lain. Dari soal belajar ke topik kerja sehinggalah soal rumah tangga.

"Tak kan hang nak main pakai kondom kot?" tanya Syam.

"Aih, dok aih.., cuma nak rancang. Ingat nak bagi pil perancang." Zam

"Wuiiks. Jangan! Badan bini hang naik gemuk nanti." Adi.

"Pancut luar la apa lagi.., hahaha!.." Aku.

"Tak boleh tahan beb!" Zam.

Kah kah kah, kami ketawa tersedak-sedak. Memecah kesunyian.

Kami sembang topik kerjaya tadi. Kenapa boleh melencong ke kamar tidur. Apa salahnya kan? Topik perbincangan orang berumah tangga. Syyy..., kalian jangan beritahu mereka aku dedahkan topik perbualan pagi yang sunyi itu. Kalau mereka tahu. Mampos aku!

7.5.08

setiap malam





Bukan dah lama kami tak jumpa. Tapi bila kami dah jumpa kau faham-faham sajalah. Ada saja aktiviti kami nak buat.

"Inilah uptown Alor Star" kata dia.
"Tak sangka Alor Star ada uptown juga..." jawab kami.

Kami pun berjalan-jalan mengintai-intai kedai-kedai yang menjual aneka barangan di situ. Alahai, penat sungguh kami berjalan. Walaupun hanya dua baris dan beberapa buah gerai. Sekejap sangat. Tak boleh lawan Uptown Damansara. Huhu!

Malam berikutnya, kami keluar minum. Lepas keluar minum, dia mengajak kami ke bundle RM1 yang dibuka selama 24 jam sepanjang tahun. Whoah! Kami teruja. Maka, tanpa berlengah kira-kira jam 1 pagi kami berempat pergi ke tempat yang ingin dituju. Kedai bundle RM1. Nah, malas nak cerita panjang. Lihat gambarnya di bawah.





Wah! Berlonggok-longgok baju terpaksa kami selongkar. Sehelai demi sehelai kami punggah. Dari pakaian ketat sehinggalah pakaian yang paling longgar. Dari kutang bercorak bunga-bunga sehinggalah seluar dalam paling nipis polos. Semua kami jumpa. Sudahnya, aku membeli hampir sepuluh helai dengan harga hanya RM8 sahaja. Murah kan? Kawan aku yang beriya-iya benar memilih hanya sehelai saja yang dibelinya.

Pagi harinya, awek aku tanya. "Abang beli apa semalam dalam bungkusan tu?"
Aku jawab. "Baju bundle tu murah. RM1 sehelai."
"Eeee.. Murahnya....." Awek aku kata.
"Hah ni, baju U ada, anak-anak pun I belikan. Pilihlah..." Aku sambung.
"Apsal abang tak beli satu lori bang?!" Dia kata sinis.
"Cis, dia perli aku la ni" aku kata dalam hati.



6.5.08

Love is CINTA; Hate is BENCI : epilog

Assalamualaikum wbt

Maaf, jika kehadiran lembaran A3 ini mengganggu urusan harianmu. Bersama rakan-rakan yang lain. Abang pun tak tahu bagaimana nak mula bicara. Sayang rasanya nak dibuang ini lalu abang mengisi masa untuk menulis coretan yang tak seberapa ini kehadapanmu. Harap ayang sudi terimanya.

Sayang apa khabar hari ini? Semoga sihat selalu ye. Senyum-senyum selalu. Abang rasa terlalu sedih pada malam ini kerana teringatkan beberapa peristiwa lampau yang mengguris hati. Ketahuilah olehmu wahai sayang. Sesungguhnya diri ini mencintai dirimu. Sayang, tatkala ini abang sedang memikirkan mengenai status abang untuk menyambung pelajaran telah berkecamuk dan menjadi terumbang-ambing seketika. Ada jua rasa kecewa dan putus asa rasanya. Orang tua mewar-warkan bahawa mereka tak mampu untuk menanggung semua itu.

Kenapa? Kerana wang...
Duit belanja makan dan minum lagi...
Duit belanja kocek dan dit minyak motor lagi...
Duit aksesori pelajaran dan buku lagi...
Rasanya memang rasional segala alasan itu. Tambahan pula, abang sering teringatkan hutang-hutang yang belum dilangsaikan. Hutang kepada rakan. Hutang kepada tuuut.. Hutang kepada semua yang berkenaan. Termasuk ayah dan ibu. Termasuk PTPTN. Rasanya, hutang-hutang itu tadi terbeban dan tertanggung di atas bahu jemala patik. Maafkan abang sayang kerana tempohari mengungkit akan nilai wang ringgit dalam erti kata, setiap sen yang abang keluarkan. Ini semuanya rentetan dari berlakunya peristiwa yang abang sebutkan sebentar tadi. Rasanya, sudah banyak abang keluarkan wang ringgit untuk berkorban keranamu ayang namun semuanya bukan kupinta kembali tapi diminta untuk dihargai.

Bukan ingin mengungkit tetapi rasanya lebih teruk lagi kerana sudah dua kali berturut-turut menunjukkan bahawa pen yang ayang beri kepadaku dihilangkan / dipersiakan oleh abang (samada senghaja atau tidak senghaja) ianya terjadi...

Abang rasa itu lebih berharga. Berharga kenapa ya? Kerana pemberian orang yang tersayang dihilangkan begitu saja. Abang rasa ini menjadi petanda untukmu agar di lain masa jangan memberi barangan yang boleh diguna kerana bisa hilang begitu saja.

Tatkala abang duduk keseorangan. Abang terkenangkanmu. Maafkan abang kerana tak dapat memenuhi hajat untuk mengindahkan dirimu.


Abang tak bisa membeli alat solek untukmu agar kelihatan lebih jelita (esp: muka
dan bahagian-bahagian yang lain)
Abang tak bisa membeli ubat-ubatan kesihatan untuk dirimu agar tampak lebih berisi.
Abang tak bisa menolong membeli aksesori lain yang dipinta.
Maafkan abang...
Maafkan abang sayang...
Abang tak bisa penuhi hajatmu itu... Tatkala dirimu dirunding kemurungan, abang jua ditimpa pelbagai masalah. Adakah ini semua dugaan. Kekadang abang terngiang-ngiang.
Rungutan ayah...
Rungutan ibu...

Yang mengeluarkan wang untuk perbelanjaan. Tapi, anaknya ini tak pernah kenal erti kecukupan dan kesederhanaan. Betapa susahnya mencari wang. Betapa susahnya untuk mengecap kebahagiaanmu. Abang mahu kongsi. Abang mahu kita berkongsi. Tapi dah lama perkara ini dibangkit tapi perlaksanaannya tak dapat dilakukan. Di mana silapnya agaknya...


Abang perlukan kasih sayangmu di kala ini...
Abang perlukan doronganmu
Abang perlukan teguranmu
Abang perlukan semuanya darimu untuk terus aku berjuang ke titisan penghujungnya.
Abang perlukanmu... Abang perlukanmu!
Hati yang duka siapa yang tahu. Sayang, ketahuilah olehmu. Kini dariku dilanda serba tak kena. Tak tahu bila bermula. Tak tahu apa puncanya.

Nota kaki : Penulis surat bukan abang kandung kepada penerima surat.

5.5.08

Kata-kata untuk mengingatkan diri kita.

Usaha tangga kejayaan. Malas tangga kehancuran! Kalau kau tak percaya. Cubalah bermalas-malasan. Bangkitlah tidur ketika sang suria sudah menegak terpacak kala tengahari. Banyak perkara yang kau akan ketinggalan.