29.2.08

Kiren Marcopolo


Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi diri sendiri dalam sesi temuduga yang dijalankan. Dalam erti kata lain, aku cuba berlakon. Aku bukan aku yang sebenarnya ketika itu. Aku cubalah. Sebab apa? Sebab aku tahu, mereka sebenarnya sedang mencari calon yang boleh menjiwai watak urban khususnya. Lagi pula, ramai yang kata, seboleh-bolehnya jadilah hipokrit. Entah, siapa punya idea entah.

Jadi, sebelum temuduga, aku mohon doa restu dari kedua orang tua, sahabat terdekat dan orang yang aku kenali. Ya, mereka merestuinya. Natijah aku, cuma satu. Mahu bersihkan hati sebelum menghadiri temuduga. Maklumlah, kau bukan tak tahu. Dalam sesi temuduga begini macam-macam boleh terjadi. Pernah terjadi, lidah kelu untuk berkata lalu terus menjadi panik. Bila dah panik, sepatah apa pun kau tak terucap dan tergagap-gagap.

Makanya, malam itu, sebelum temuduga aku mohon doa pada Tuhan. Doa banyaaaaaaak sangat. Bersujud di tengah malam misalnya. Bertahmid dan beristighfar misalnya. Membuat rujukan sekotak buku yang tebal-tebal belaka misalnya. Lantas, seawal pagi itu, aku terus meluncur ke Putrajaya dengan hati yang berdebar-debar. Oh ya, lupa pula aku nak beritahu. Pagi itu aku mandi bunga. Aku cuba menenangkan diri sendiri dengan mendengar lagu sebagai halwa telinga sambil menganguk-angguk kepala di dalam kereta.

Sampai di bilik menunggu aku lihat ramaaaiiiiiiiiiiii sangat. Maklumlah kat situ kan pusat temuduga. Hari itu saja mereka mencari untuk pengisian tiga jawatan yang berlainan di Malaya. Fuh! cantiknya, aku kata dalam hati setelah melihat sebaris wanita yang duduk di baris hadapan. Masing-masing menggayakan 'style'nya tersendiri. Woi woi, maksud aku, ruang bilik menunggu itu. Bukan sebaris wanita itu.

Sedang aku duduk-duduk menunggu giliran. Aku rasa lambaaaaaatt sangat. Seminit maca rasa sejam. Di situ, mereka yang resah gelisah, keluar-masuk-keluar-masuk tak tentu hala. Rata-rata yang duduk di situ adalalah wanita. Rata-rata juga ditemani oleh balak mereka untuk menghadiri temuduga. Alahai... Kalau aku tahu, aku bawa orang kampung bagi motivasi kat aku.

Sedang aku menunggu dengan sabar. Tahap yang paling sabar. Mata aku melilau-lilau melihat telatah manusia yang berada di situ. Sebaris tempat duduk aku itu. Jauh sedikit ke kanan, aku tertoleh betis dan peha wanita itu. Sedang duduk bersilang. Kau perhatikan perkataan tertoleh. Bukan sengaja tau. Kainnya terbelah hingga menaikkan nafsu kalau terpandangnya. Aku lontarkan pandangan aku jauh-jauh ke luar tingkap. Aku tak mahu aksi itu menjadi halwa mataku ketika ini. Sebenarnya, di bilik menunggu ini lebih besar dugaannya berbanding di bilik temuduga.

Kan aku dah kata, aku mahu membersihkan hati dan jiwa. Kan aku juga dah kata, aku tak mahu menjadi aku yang sebenanrnya di bilik temuduga nanti.

* * * *

"Saifuddin Marsuk ya?" panel dari eSPieA itu tanya di bilik temuduga yang hanya kami bertiga. Setelah aku menyerahkan resume.
"Ya saya,.." aku menjawab dengan penuh yakin.
Alahai, sepatutnya aku jawab, "Bukan. Itu bukan saya. Bukan! Nama saya ialah Kiren Marcopolo."

Tapi, nak buat macam mana? Di bilik itu, aku terpaksa juga menjadi aku. Merka tanya sepatah. Aku jawab berpatah-patah. Aku tak mahu berpatah arah atau berpatah balik.

27.2.08

Tak payah nak ajar kami cara-cara nak berjimak

Satu hari, dua diskusi berturut-turut diadakan. Kedua-dua diskusi itu dia menunjukkan belang dan taringnya. Aku namakan dia karektor A.

Karektor A : Balas. Di depan umum.
Gua punya sekstore (sebut sektor), lu orang jangan usiklah. Jangan kacau. Gua rimas! Gua rasa tak selesa bila lu orang tulis untuk gua. Statement itu gua tak tulis. Kemudian, lu orang memandai-mandai menokok-nambah. Gua yang kena jawab. Walhal, lu orang yang tulis. Woh oh.. Lu punya sekstore, lu buatlah. Gua punya sekstore gua buat. Kesilapan gua, lu nak kacau buat apa. Gua rasa tak selesa beb. Ketiak gua berpeluh. Kelangkang gua melecet.

Karektor B : Membalas. Di belakang umum.
Woh oh, sekiranya lu punya sekstore memang ketara silap. Kitorang betulkanlah, apa kes pulak? Takkan gua nak biar saja sampai ke tangan CM. Banyak lu punya penulisan dirujuk dengan kawasan lain. Samada lu copy & paste, lu paham-paham sajalah sendiri. Kalau gua buat lu sebut 'ultra virus'. Tapi lu virus apa kejadahnya pulak? Wa de fak! (Sorry mencarut sikit! Lepaskan di sinilah.)

P/s : Orang buta, kau tak payah nak ajar dia cara-cara nak berjimak. Ilmu tu datang sendiri.
Sebaliknya, teknik berjimak kau, yang patut kau perbaiki dulu untuk mendahului orang buta.
Mungkin kau betul tapi cara kau tak betul. Ya, cara kau! Ya, cara kau!

25.2.08

SAYA CALON P135 ALOR GAJAH

Saya calon P135 Alor Gajah.

Undilah saya, untuk kawasan Alor Gajah.
Janji manis saya dapat disenaraikan seperti berikut :

Saya akan bangunkan dua koridor iaitu utama dan sekunder.
Koridor Pembangunan Utama :
1. Durian Tunggal - Alor Gajah - Simpang Ampat
2. Sungai Udang - Masjid Tanah - Lubok Cina

Koridor Pembangunan Sekunder :
1. Alor Gajah - Lendu - Masjid Tanah
2. Alor Gajah - Machap - Bemban
3. Alor Gajah - Gadek - Pulau Sebang
4. Simpang Ampat - Brisu - Lubok Cina
5. Masjid Tanah - Ayer Pa'Abas
6. Masjid Tanah - Pengkalan Balak - Tg. Bidara
7. Kuala Sungai Baru - Kuala Linggi (Koridor Pelancongan Pantai).

Pelan koridor pembangunan itu saya dah siapkan. Tinggal untuk menunggu mesyuarat yang tak sudah-sudah. Saya bukan main-main dan cakap kosong. Saya betul-betul buat. Rujuk dua pelan di bawah :





Tapi, janji manis saya ini perlu kerjasama penduduk dan pihak berkuasa di kawasan ini. Untuk melaksanakan agenda pembangunan, isu-isu ini perlu ditangani terlebih dahulu:
1. Isu pencemaran najis babi.
2. Isu banjir kilat.
3. Isu bekalan air.

Jika saya menang, saya akan memimpin secara demokrasi terpimpin kepala hotak kau!
Saya tak ada DVD skandal yang boleh dimuat turun. Jika ada, saya beritahu kemudian.

Yang Berkhidmat,
Ah Tok

Lampiran:
Ibu Pejabat Parti Pundak

Tan Sri hanya pandai menabur

Senario politik semasa memberi petanda Tan Sri akan bertanding lagi untuk penggal ini. Bukan. Bukan itu. Maksud Tan Sri, semenjak Tan Sri jadi YB ni Tan Sri agak sedikit sibuk dengan urusan duniawi. Sampai tak sempat Tan Sri nak berdoa untuk penduduk kawasan Tan Sri apatahlagi keluarga Tan Sri sendiri. Ditambah pula dengan anak-anak Tan Sri yang tidak sihat. Dan ada juga yang buat halnya sendiri.

Makanya, Tan Sri tak dapat melawat kawasan dan menunjukkan muka. Tapi, itu alasan yang Tan Sri cipta sendiri. Tan Sri kan YB bermusim. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Kalau mahu menjelang pilihanraya, maka macam-macamlah Tan Sri tabur. Beras, gula, tepung, duit poket dan milo misalnya. Siapa yang undi Tan Sri penggal lalu, nasib merekalah. Siapa suruh!

Lantas, ramai yang datang mengadu dengan Tan Sri menyatakan lain kali jangan tabur beras, tepung, gula, duit poket dan milo sesuka hati. Tanpa usul periksa terlebih dahulu. Susah nak kutip. Lebih-lebih lagi bila ditabur atas tanah berlumpur. Kan susah!

"Tan Sri hanya pandai menabur...! Sudahlah!" jerit salah seorang penduduk situ. Kuat benar menusuk ke dalam gegendang telinga saya.

"Tan Sri hanya pandai menabur bur bur bur..!" sekali lagi terdengar. Kali ini semacam echo.

::: Aku ingat lepas je habis mengundi, peti undi tu aku nak mintak es pi ar. Nak buat akuarium. Dengar kata, peti tu transparent dan tahan lasak.

22.2.08

Janji syaitan

Macam biasa, hari Jumaat.
Entri khutbah akan menyusul.
Khutbah yang aku dengar untuk hari ini adalah.

Berkisar tentang amanah.

Macam biasa, setiap hari Jumaat.
Khatib membaca khutbah.
Ramai yang terlena dibuai mimpi.
Biasalah. Biasalah. Biasalah.
Janji syaitan kepada Tuhan.

Abang di seberang

...
...
pagi yang gelap
kini sudah terang
aku adikmu dan engkau abang
aku amat merindui kamu.
.
.
.
.
berapa kali kau ulang dengar lagu ni ha?
Entahlah.
Sampai hujan.
Barangkali.
Sampai terubat.
Mungkin juga.


Alaaahaaai, apa khabar abang sekarang di tanah seberang?

21.2.08

Urban fabrik

Bandar dicantikkan dengan fabriknya yang unik dan estetik. Silap mencorakkan fabrik bandar, bandar nampak kosong dan kelihatan menyeksakan dan menyesakkan. Ia dikaitkan juga dengan 'bandar mati' misalnya.

Kalau kau tak biasa menggayakan fesyen yang kau cipta. Tak payahlah! Aku tahu kau punya babat yang mampat. Kemudian kau memakai baju ketat atas pusat. Atas nampak punat. Apa hal? Nampak macam kek muffin terlebih tepung. Dihempap-hempap. Alahai... Itu hak kaulah! Tapi, peritlah mata hati aku pandang. Takkan aku nak jalan tutup mata depan kau. Gulp! Itu satu hal.

Lagi. Kau pakai skirt yang terlalu pendek. Aku panggil, double mini skirt. Sangaaaaat pendek! Setiap kali kau melangkah setiap kali juga kau menarik-narik ke bawah Skirt kau tu. Alahai, tau juga kau malu. Kau tak mahu orang tonton kau. Tapi, kau sendiri yang menjemput untuk orang memaling kepada kau. Marilah, marilah, marilah... Skirt kau kata. Itu satu hal lagi.

Lagi. Kenapalah kau suka pakai yang jarang-jarang. Bukankah lebih baik kau bogel saja kalau nak tunjuk sangat. Aku bilang kalau. Manalah tidak perogol ekori kau. Kemudian. kau salahkan perogol pulak. Brengsek! Kalau Pak Lebai nampak kau pun, Pak Lebai boleh stim. Orang keliling kau mula berfantasi yang macam-macamlah. Samada mereka keluar air hidung atau air mata atau air di kepala. Itu satu hal lagi.

Lagi. Aku benci kalau kau perempuan. Pakai seluar dalam yang nampak garis-garis jalur tampak samar-samar. Macam ada burung kasawari mati lemas dalam tu. Kemudian, ramai yang mula berfantasi warna seluar dalam kau. Lebih-lebih lagi kau punya 'jamban' besar. Ini fesyen yang sangat tidak digalakkan untuk dibuat. Hatta, dunia fesyen barat sekalipun. Ia jatuh nombor satu dalam lima puluh perkara yang tidak patut dibuat dalam arena perfesyenan. Kau pilihlah fabrik yang sesuai. Itu takpe lagi.

Lagi. Aku tahu kau ikut fesyen. Atau fesyen itu ikut kau. Seluar dalam yang kau pakai lebih tinggi dari seluar jeans kau. Kau sengaja atau tidak. Aku tak dapat pastikan. G-string pulak tu. Atau dari spesis thongs. Bila kau duduk atau kau mencangkung. Nampaklah. Kau selalu tengok di depan kau. Tapi kau tak sedar di belakang kau. Lopong bersalur macam alur. Hey! Dunia fesyen barat pun benci gaya ini tau. Wanita pribumi Sarawak pun tahu menutup apa yang patut tau!

Memanglah kau beli skirt, jeans, G-string dan seumpanya tak pakai duit aku. Tapi, bukan bermakna kau mesti pakai kat tempat awam. Pakailah dalam bilik kau sendiri. Untuk diri kau sendiri. Bukan untuk tontonan awam berkongsi dosa. Aku tak cakaplah aku ni baik sangat. Tapi, kau tak ingatkah, ini boleh mengundang bahana. Menegangkan kekenduran dalam hidup. Bukan mengendurkan ketegangan.

Bandar dicantikkan dengan fabriknya yang unik dan estetik. Silap mencorakkan fabrik bandar, bandar nampak kosong dan kelihatan menyeksakan. Ia dikaitkan juga dengan 'bandar mati' misalnya. Kau pula dicantikkan dengan fabrik yang bisa menutup aurat. Bukan fabrik mengikut fesyen. Kau akan nampak kosong dan kelihatan menyeksakan bila fabrik yang kau kenakan sebenarnya adik kau yang punya! Kau akan menyesal (bunyi seakan echo).
____
Ole-ole : Poskad dari Bumi Kenyalang.



.

20.2.08

Puisi halimunisasi pilihanraya

Dah lama gwa tak tulis puisi beb! Jadi, hari ini, gwa ingin menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk puisi halimunanisasi. Takut bakat gwa menulis puisi hilang beb! Walaupun orang Malaya sedang sibuk untuk berkempen Pilihanraya yang ke-12, tak semua yang sibuk kan. Ada yang cuma menyibuk je. Korang layanlah puisi gwa ni dulu.

Kemari, kemari, kemari
itu yang aku garap erat kelmarin
harap-harap masih ada lagi sisa manja kita
tiada deruan angin, tiada khabar berita
kumenunggu suatu yang belum pasti
tiada sapa, tiada tawa
seribu tanya berpacu dihati
hari-hari panjang kulalui
umpama sepi teguh berdiri

kata yang kunanti tak kunjung tiba
sia-sia yang kudapati
kata yang tak kuharap justeru terungkap
sakitnya hati sampai tangis tak tertahan
teriakan mengoyak menembus diri
panasnya hati sampai buang semua kenangan
kehampaan membekukan diri
Bang, tolong buatkan susu anak
ungkapan yang tak pernah aku tolak
Bang, dah daftar untuk mengundi?
Adoi, nama tak muncul dalam SPR
Bukan pengundi hantu beb!
Pengundi baru. Baru daftar. Ha ha ha...

19.2.08

back to basic

Sumber : SINI


Anak-anak merengek berpanjangan. Mereka demam dah masuk dua hari. Batuk-batuk dan selesema juga. Mereka tak lena tidur malam sejak kebelakangan ini. Diganggu batuk yang tak sudah-sudah. Alahai, mereka perlukan kasih-sayang secukupnya. Hikmahnya.

Malam itu, Rom belum tidur lagi. Tak dapat melelapkan matanya. Tak, Rom tak batuk. Rom risaukan anak-anak. Lalu, dibelek-belek muka hadapan akhbar pop tempatan kegilaan ramai. "Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dikaji semula."

Keesokan paginya...

Rom : Awak tak payah datang kerja lah Sal.

Sal : Kerja banyaklah bang! Tak siap nanti.

Rom : Kalau nak kira kerja. Sampai kiamat pun tak habis. Ermm..

Sal : Tapi, tapi siapa nak buat tu semua..?

Rom : Duit boleh dicari kan? Anak-anak susah nak buat wo!

Sal : Ermmm... Okeylah. Esok Sal jaga anak-anak. Sambil-sambil tu boleh ajar mereka Sains dan Metematik dalam dwi-bahasa.

Rom : Suka hatilah. Dalam bahasa isyarat pun boleh kalau mahu. Janji mereka ada asas yang kukuh.

Bullshitasingki part II : Urban Finale

Aku suruh catat. Bukan dengar kosong. Whoah! Sedap betul kerja kau! Nak tunggu aku kerah baru nak buat. Inilah tabiat graduan sekarang. Malas nak mampos!

"Tanjung Tuan is Eco not Ego. Saya suka tengok long term untuk Daerah Marangkerapu Kepunden. Kalau kita ada masalah kita selesaikan masalah tu. Potential resolve. Apa tarikan atau tarikan yang sustainable. Cadangan nak melombong di Sungai Baru Gila. What is intended untuk Daerah Marangkerapu Kepunden untuk long term?" Lelaki yang sukakan kehijauan sekali lagi.

"Pasukan kajian, apa yang lead sektor. Exactly bukan pertanian. I Percaya pelancongan tak boleh. Hehehe" pengerusi.

"Dalam perbincangan, pertanian ada masalah besar untuk lead. Pasal Negeri Darul Bab* overall structure 60:30:10 (agriculture). Growth perlahan tak boleh capai 3%. Dalam pertanian, saya selalu kena ketuk. Katalah, kelapa sawit. U cannot increasi produktiviti . For the last 10 years. We are still at 20. Orang selalu kata pertanian, yang boleh increase, ternakan ayam. Closed system. Negeri Darul Bab* belum buat. Negeri Darul Khusus dah. Khinzir?! Memang. Memang. Pertanian as got limitated. KDNK pertanian rendah compare dengan industri." Lelaki agriculture otai menyatakan pendapatnya.

"Apa branding Daerah Marangkerapu Kepunden. Among the State Negeri Darul Bab*?" pengerusi.

"Along that line, Daerah Marangtritis Kenong-kenong is better prospect. " Lelaki agriculture.

"Kita tetapkan branding dia. So, kita boleh in line dengan strategi apa kita nak buat. Kalau sekarang perbandingan, pelancongan dan industri. Dan create story line. Pertanian mengakibatkan pencemaran. Kalau nak promo pelancongan undeveloped resources. Not well developed. Air Panas Sungai Kelah Ketiak misalnya, ramai yang kenal. Kalau Daerah Marangkerapu Kepunden masih tak ada branding, kena tetapkan." lelaki yang sukakan kehijauan.

"Kalau kita nak compare branding among state. Pelancongan is Daerah Marang Skeper lead." Wanita yang mewakili state.

"Our product as selling point untuk Marangkerapu Kepunden sebagai pelancongan. Sangat rendah. Bolehlah. Boleh, tapi perlahan. Peluang industri masih ada. Negeri Darul bab* sekarang ada 8 billion masih belum beroperasi. Marang Skeper dah kekurangan. Saturated. 2-3 billion. Marang Kerapu Kepunden kena capitalyst on this. 40% telah dibuka. 60% masih kosong. Perlu dibuka. Perlu capture. U want to go industries. Bila state nampak. Marang Kepunden beriya-iya. Maka, ia perlu diberi. Kalau keep on selling Marang Kepunden sebagai kawasan pelancongan. Masalah environment. We can never capatalyst on that advantage. Negeri Darul Bab* aksessibiliti baik. Industri mana yang salah locate, itu tak timbul. Masalahnya, IKS tak specified, tak sesuai untuk industri kecil dan industri sederhana. IKS yang ada tak berpenghuni. Bukan saja di Negeri Darul Bab* tapi di seluruh negara. Saya pergi aritu, memang tak ada orang. Yang ada bengkel. Bengkel is not industri pembuatan. Satu kawasan industri baru. Kita jual macam tu. Lebih banyak investor datang. Kalau pergi pelancongan, Marangkerapu Kepunden bergerak perlahan." Lelaki ekonomikal menyampaikan hujahnya.

Aku suruh catat. Bukan dengar kosong. Whoah! Sedap betul kerja kau! Nak tunggu aku kerah baru nak buat. Inilah tabiat graduan sekarang, baru bekerja. Minta macam-macam. Demand nak mampos!

"I'm not feel comfortable bila ada orang kacau penulisan untuk sektor I. Misalnya, I kata pelancongan tak boleh pergi tak bolehlah. Jangan argue. I dah buat kajian. Tapi I yang kena jawab masa mesyuarat."

"Bullshit! Bullshitasingki! Ooo, banyak penulisan kau dalam dalam laporan yang silap fakta kami dah sunting kau tak cakap pulak. Apa kejadahnya kau tulis Pekan itu di sini. Pekan ini, di sana. Benda satu dua huruf kau nak kecoh!" Aku kata dalam hati. Malas nak gaduh dengan pompuan tembam. Tentu kau menang. Sebab kau ada dua mulut. Hahaha...

Bullshitasingki part I : Create the story line

Kau jaga PC slide presentation. Mudah je, tekan papan kekunci atau tetikus. Klik klik klik. Itu saja. Whoah! Mudah kan? Aku kata kepada dia dan dia yang satu lagi.

"Saya sebenarnya di peringkat awal lagi tak bersetuju Daerah Marangkerapu Kepunden adalah daerah Pelancongan. Sampai sekarang keluar lagi. Tup, keluar lagi... Tup tap keluar lagi..." Wanita urban fringe yang tembam itu kata.

"Pelancongan tak boleh kan sebenarnya kan?" Sokong pengerusi.

"Matlamat asal pembangunan adalah berteraskan ekonomi perindustrian, daerah pendidikan. Pendidikan diambil oleh Daerah Marangskeper yang satu lagi. Sedang, industri hidup segan mati tak mahu. Banyak kawasan belum terbangun. Daerah pelancongan di sini lebih kepada rekreasi berkeluarga." Lelaki urban otai cuba berhujah.

"Base our finding A Famosantosa tidak memberi limpahan. They failed to pay. Tidak memberi sumbangan kepada Daerah. Bukit Kecik Auyin dah nak tutup dah. Dah tutup pun. Puncanya, kedatangan pelancongan tak mampu. Tak mampu nak sustain. Kawasan pembangunan A Famosantosa dalam kawasan dia. Saya tak berapa yakinlah pelancongan boleh lead." tambah wanita urban fringe yang tembam.

"Samada Daerah Marangkerapu Kepunden ada sumber pelancongan. Banyak potensinya kan. Cumanya, kemudahan masih kurang. Promosi masih kurang. Banyak tarikan yang popular contohnya, Tanjung Tuan Tengkorak. Masuk dalam world map tu. Macamana kita nak dapatkan dan serakan ke limpahan daerah. Kawasan pantai Pengkalan Balak Baikbeb, penyu Agar mendarat sepanjang tahun. Promosi kurang. Kemudahan pelancongan di pesisiran pantai juga kurang." Lelaki yang sukakan kehijauan mencelah.

"Apa penekanan State Govt. untuk Daerah Marangkerapu Kepunden?" tanya pengerusi.

"Lebih kepada pelancongan agro dalam RSN. Bukan Warisan dan budaya tau." jawab wanita yang satu lagi mewakili state.

"Bukan warisan dan budaya eh, saya sebenarnya melihat lebih banyak ancaman daripada peluang. Kalau penyu salah satu tarikan. Bilangan pelancong yang semakin merosot. Ya, kita lihat semakin merosot. Unless government really clean masalah khinzirun majnun. Pengerusi, kita perlu paham sektor mana perlu lead. " wanita urban fringe bersuara lagi.

Kau jaga PC slide presentation. Mudah je, tekan papan kekunci atau tetikus. Klik klik klik. Itu saja. Whoah! Mudah kan? Sedap kau membedal. Aku sibuk-sibuk set-up sini sana. Kau tengok saja! Aku kata kepada dia dan dia yang satu lagi.

Inilah tipikal mesyuarat di Malaya. Setiap kali mesyuarat kata lain. Kejap kata lain. Kejap kata lain. Sampai kiamat pun tak selesai. Tak nak mengaku kesalahan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan orang lain.

Konon hebat! "I'm not feel comfortable bila ada orang kacau penulisan untuk sektor I. Misalnya, U tulis home visit. I tak tulis. Tapi I yang kena jawab masa mesyuarat."

"Kita ibarat satu team dan pasukan. Main-cons punya kuasa. Bla kita nampak silap. Kita perbaiki dan menambah-baik mana yang perlu." Aku cakap.

"Bullshit! Bullshitasingki!" Ni aku tak kata. Aku kata dalam hati. Malas nak gaduh dengan pompuan tembam. Tantu dia menang. Ada dua mulut. Mulu vertikal satu. horizontal satu. Kalau gaduh berdirilah. Maka, aku mengalah.

18.2.08

Bukit berbiji



Pantun enam kerat dari saya. Sekian.

14.2.08

dua kali aku baca

Malam Jumaat itu sepiiiiiiiii sangat!
satu malam itu kami berdua
dua kali aku baca doa tidur
Allahumma bismika ahya wa amut

satu,
kemudian
beberapa kali aku menghela nafas
sekali dua aku dan dia rebah
dingin kehangatan.

dua,
kemudian
beberapa kali aku menghela nafas
sekali dua aku rebah sendiri
hangat kedinginan
__
Sepatutnya satu itu aku baca doa lain.

Buah



13.2.08

Akredetasi

Panas yang terik di luar kereta. Terasa menggigit-gigit kulit kami yang gebu. Lalu, ia memaksa kami segera masuk ke dalam kereta. Bukan apa, dulu kami belajar di negara sejuk. Masa ambil Masters.

Enjin dihidupkan. Penghawa dingin dilaras semaksima mungkin. Kami memulakan acara. Bersuap-suapan manja di dalam kereta. Syyy.. Jangan bilang siapa-siapa tau. Kemudian. Buka-membuka. Eii.., nak mampos buka pakaian!

Ramai orang. Sampaikan mereka cemburu melihat kami. Apa salahnya kan? Kami dah bernikah lima tahun lepas. Dah membuahkan hasil pun. Hah, mulalah kau berfantasi yang bukan-bukan. Tak perlulah aku cerita di sini adegan itu.

"Hok alo ada pasangan bercinta dalam kereta. Patutlah.." getus hati mereka. Aku yang berprasangka kepada orang yang lalu-lalang. Di situ. Mereka curi-curi mengerling kami. Biasalah amalan rakyat Malaya. Mereka lebih suka melihat aksi porno dengan mata kepala dari melihat aksi ilmu dengan mata hati. Betul tak?

Alahai, bukan apa. Kami dah lama tak bermanja. Mencuri masa yang ada lah. Makanya, itu saja masa yang ada. kami buat lah. Sekali-sekala apa salahnya.

Tapi. Tapi. Tapi, kami tak bercumbu-cumbuan di tempat awam hah. Mulut kami tak bertemu langsung! Walaupun kami sah dan halal buat begitu. Nak buat apa? Ketawa dek orang je.. Kalau di barat masa kami belajar di negara sejuk boleh lah. Sana, bebas! Sekarang kami di Negara Islam. Mana boleh!

Panas yang terik membasahkan celahan ketiak dan kelangkang kami. Berpeluh-peluh. Tak selesa. Aku kira, kalau kau pun tak selesa juga. Cuma orang yang suka bikin maksiat je suka. Dalam tandas pun jadi.

Di kala sepertiga malam lagi beshhh..! Mmmmmmuuaaakks! Tak percaya kau cuba. Kalau kau dah nikah lah. Kalau belum, pandai-pandai kau lah! Ha ha ha..!

"Diorang jeles lah tu!" kami kata serentak. Inilah pertama kali kami sepakat kata. Biasanya, kami cakap bergilir-gilir.

11.2.08

Berhenti berharap

Kau pernah dengar cerita ini. Dari Turki. Entah siapa entah yang empunya cerita. Begini certanya: Seorang peminta sedekah yang menyamar diri untuk menguji budi pekerti seorang pemuda. Sebenarnya orang tua itu tak miskin. Dia kaya-raya. Lebih kaya dari Abdul Wahib. Lebih kaya dari Abdul Wahab. Ops, macam nama bapa kawan aku. Kemudian, orang tua itu datang kepada pemuda itu meminta-minta sedekah. Pemuda itu hulurkan sekeping roti padanya. Kerana pemuda itu kebetulan ada roti je. Takde wang. Lalu orang tua itu memenuhi apa saja permintaan budak itu kerana keluhuran budi pekertinya yang ikhlas membantu dia. Orang tua itu ada magis. Dia beri pemuda itu kereta BMW.

Ya, kalau kalian nak tahu, aku juga alami lebih kurang sama dengan situasi seperti cerita dari Turki itu. Tapi bukan berlaku di Turki. Berlaku di sini. Aku jangka pengemis itu menyamar nak menguji aku. Sebenarnya dia bukan pengemis aku kata. Ya, aku syak ia satu ujian. Sedang aku menyuap enak-enak hidangan di depan mata. Nasi putih, sup ekor herba, telur masin, air lai cikang. Dia datang dengan pakaian compang-camping. Aku hulur not kecil. Dia ambil. Haha, betul kan mirip seperti cerita di atas? Ya, aku terima balasan darinya. Sedangkan aku tidaklah mengharap. Dia bagi aku pelekat terima kasih tulisan jawi. Bukan kereta MyVi.

Alahai.., tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima kan? Kenapa cari dosa juga sekalipun mudah mencari pahala. Niat hari ini nak tolong dia. Dapatlah kau pahala.

Ole-ole : Poskad dari Belanda (Atas)

7.2.08

Bangkai



Kereta kami kecik je. Sebesar produa Kelisa dikacuk model Cuore. Kau tau kan? Satu petang kami melalui sebatang jalan dengan rizab 66 kaki. Jalan Bandaraya klasifikasinya. Aku terhidu bau yang tidak menyedapkan.

Bangkai! bangkai tikus barangkali... Bukan bangkai. Barakai! (bermaksud biawak dalam slanga Boyan.) Dalam hati aku. Kalau sebut kuat-kuat ada kawan aku sensitif pulak nanti. nama dia Khairul. Orang panggil khai. Adik dia panggil bang khai. Aku pun panggil dia bangkai bunyinya. Sambung cerita.

"Abang kentut ye?" Dia.

Aku tengok muka dia. Dalam-dalam. Siapa yang berketak, dia yang bertelur. Dalam hati aku kata.

"Wei, busuknya. Bau telur tembelang. Kau kentut sebenarnya kan? Damn!"

Kalau aku yang kentut memang sengaja dikuatkan. Boleh menusuk di gegendang telinga. Takde tahan punya. Lepas terus. Prootttt! Lebih kurang begitu la.

"Tadi kena berapa servis kete?" Dia menukar tajuk bicara.

Tak boleh tahan bau paeng menusuk hidung beb. Buusssuuuuk sangat! Bunyi takde, tapi mak ai bauuu dia... Semasa bercinta taklah sebusuk ini. Hak ptuuuiiii...! Aku buka tingkap. Udara luar memecah molekul udara di dalam kereta kami. Kereta kami kecik je. Sebesar produa Kelisa dikacuk model Cuore. Kau tau kan? Masa bercinta kenapa kentutmu tak bau telur tembelang? Ayat-ayat cinta dalam situasi yang sama pun tak sama. "Errrmm, ayaang.., keluar angin ye?" Adeh! Cinta bukan buta saja beb, cinta juga selesema. Kurang deria bau. Ha ha ha...

Selamat bercuti beb!
__
Reminder : tinggal beberapa hari lagi Besday saya.

6.2.08

Besar periuk besarlah keraknya

Flat itu. Makcik Sam tinggal berdua bersama cucunya. Tiap-tiap hari memang begitu. Satu hari, datang seorang wanita comel mengetuk pintu. Dia mahu menumpang tandas di rumah Makcik Sam. Tanpa banyak bicara, Makcik Sam memberi izin. Selesai membuang air, wanita itu duduk lalu berbual-bual dengan Makcik Sam. Kemudian memanggil rakannya yang seorang lagi ikut sama berbual mesra. Bicara pun bermula.

"Mokcik tinggal berdua je ke?"

"Mokcik tak kerja ke?"

"Mokcik ada sorang anak je ke?"

Banyak betul 'ke'. Bual bicara yang sedikit panjang itu dilayan oleh Makcik Sam tanpa menghidangkan secangkir minuman kepada dua tetamu yang tak diundang itu. Teh mahupun susu. Padan muka!

"Mokcik boleh ikut saya ke kedai emas ke?"

"Boleh."

"Sekarang kita nak gadai kalung, yang makcik pakai ni di kedai pajak gadai.. Okey ke?"

"Okey."

Makcik Sam menanggalkan kalung rantai emas itu dan diserahkan kepada wanita itu. Wanita itu lalu mengambilnya dan diserahkan kepada tauke pajak gadai. Cucu Makcik Sam hanya melihat saja aksi mereka. Seolah-olah mengerti. Itu sistem barter. Tapi, tapi, tapi...

"Emas makcik sudah digadai. Ini resit gadai. Makcik ambil ye. Okey ke?" Makcik Sam ambil resit tanpa wang. Wanita itu ambil wangnya tanpa resit.

"Sekarang makcik telefon suami makcik cakap pada dia kalung emas makcik sudah digadai. boleh ke?"

"Helo bang, saya dah gadai rantai leher ni tau."

"Hah, Apa! Apa? Buat apa kau gadai? Kau dah takde duit sangat?"

Henpon wanita itu kehabisan kredit. Makcik Sam dan wanita-wanita itu berjabat tangan. Berpisah. Makcik Sam pulang dengan resit dan memimpin tangan cucunya yang kebingungan. Pulang ke rumah seperti biasa untuk menyiapkan minuman petang. Sekejap lagi suaminya akan pulang.

"Kenapa telefon abang tadi?"

"Tak, tadi budak pompuan tu ajak pergi kedai emas."

"Kedai emas mana? Poh Kong? Wah Chan?"

"Dok aih.. Entah."

"Beli apa?"

"Bukan beli. Gadai rantai leher."

"Kau gadai kat mana? Mana duitnya..? Kau dah gila apa?"

Pap! Entah. Pompuan tu bagi kertas ni.

"Kau tak ingat?"

"Entah."

Diam.

"Nenek pegi kedai mana?"

"Kedai bawah tok."

"Tunjuk tok.."

Mereka ke kedai pajak tadi dan membeli semula emas yang digadai.

"Aiya.. Sulah gadai mau beli lagi ka?"

"Bukan tauke. Ini orang sudah kena pukau wo!"

Pap! Apa itu pukau?

Mampus..! Alahai...

Pap! apasal tajuk entri ni lain pulak. Sepatutnya aku mahu tulis lain.
Awas! kalian juga boleh terkena mangsa pukau. Saksikan ini. Bisa memukau halwa mata kalian.




video

5.2.08

Masa terhenti

Bandar ialah satu sistem yang dinamik. Bukan statik dan tidak progresif. Sistem dalam bandar boleh terhenti bila-bila masa saja. Bandar ibarat nyawa.

Semalam kawan yang aku kenali lama dulu, menelefon. Laaaaaamaaaaaaa..., dia tak telefon. Nada suaranya perlahan. Sayu dengarnya. Macam dalam kesusahan. Nak pinjam empat keping not ungu, dapat lepas pulang ke kampung katanya.

Diringkaskan cerita. Dia ambil keputusan untuk datang ke pejabat aku. Katanya mahu bertolak serta-merta. Sebab bapanya sakit tenat amat. Dapat panggilan kecemasan.

"Kalau nak datang. Bolehlah." Aku
"Opis di mana?" Dia.
"Depan stadium."

Sejurus itu. Aku ke bank terdekat.
Aku percayakan dia. Entahlah dia percayakan aku atau tidak. Bukan aku sangsi dengan dia. Lebih baik percaya diri sendiri. Aku yakin dia dalam kesusahan. Lagipun aku fikir bila lagi aku nak tolong kawan. Saudara jauuuuuh sangat. Kawanlah tempat mengadu. Inilah masanya kan! Hidup ini cuma tumpangan.

"Ada mana?" Dia.
"Opis." Aku
"Tak jumpa pun."
"Kau kat mana?"
"Dalam stadium."
"Lorr. Depan stadium dude! Bukan dalam. Keluar balik. Pergi deretan kedai pejabat depan tu..."
"Ooo. Situ..."

Aku mula turun ke bawah. Jenguk-jenguk kalau dia dah sampai.

Pap! Kereta meluncur keluar dari pintu utama stadium. Aku syak itu kereta dia. Memang benarlah dia masuk dalam stadium. Entah apa kejadah dia ke sana aku tak pasti.
Aku tunggu. Kemudian, aku lihat keretanya menyongsang arus trafik. Alahai, ini jalan sehala dude!

Aku tunggu dia.
Dia keluar dari kereta setelah memakir. Nampak tergesa-gesa.

"Jom minum dulu." Aku.
"Tok seh. Nak cepak ni." Dia.
"Nak berapa?"
"Macam aku cakap tadi."
"Cukup ke?"
"Cukup."

Dia ambil dengan tangan kanan. Lalu, salam dan beredar. Tangan kanan juga dengan not.

Alahaio, aku dah pesan minuman. Bersendirilah aku. Aku duduk memikir dia. Tadi, mukanya nampak resah. Air seri kejujuran mengallir lesu. Raut wajahnya nampak kusut. Tiga bulan lepas badannya berisi. Kini, aku lihat susut banyak. Susut betul. Fikirannya berserabut dan berkecamuk barangkali. Erm... Berat mata memandang. Aku terus memikir sambil menghirup teh tarik bersendiri.

Semoga selamat pulang menjenguk bapanya yang tenat. Aku kata dalam hati.

Sejurus selepas itu. Hampir sepuluh minit jam enam. Aku memandu pulang dari ke tempat kerja ke rumah. Aku terima SMS. Bapanya telah kembali ke Rahmatullah. Tidaaaaaaaaaaak! Hati aku menjerit. Aku tersentuh sebak. Dia apatahlagi retak.
Rakan sama-sama menangis susah dicari kan? Rakan sama-sama ketawa banyak sekali.

Dalam bandar ada manusia yang kompleks, dalam satu sistem berputar seperti roda dan bergerak berlegar-legar. Satu hari sistem ini akan berhenti. Sebab kita hanya menumpang di dunia yang fana ini. Insan kalau dah sampai ajal tak kira di bandar atau di desa boleh saja meninggal dunia.

Belasungkawa :
Abdul Rashid (bapa kepada Mohd. Fadzil). Al-fatihah.
Mak Onah (ibu kepada Siti Rohani a.k.a Roha zmd). Al-fatihah.
PanahArjuna. Al-fatihah.

4.2.08

Whybee

"Isteri encik bukan polis? Bukan tentera?" penyambut tetamu kaunter. Namanya NorIrwani.

"Ya. Bukan." Aku kata.

"Ok, tiga bulan lagi boleh semak di espiar." penyambut tetamu kaunter. Namanya NorIrwani.

Lalu dia menandakan dalam borang. Dan diserahkan kepada aku salinannya. Aku beredar dari Pejabat Pos. Tiga bulan lagi bolehlah aku memangkah waibee mana aku suka. Haha!

"Isteri saya, bila dalam kereta dia jadi pegawai JPJ." Dalam hati aku. Tak percaya?

"Ish, lajunya bawak! Berhenti belakang garisan. Kan dah lampu merah bang. Berhenti. Jangan memotong double line..!" Dia di dalam kereta. Sebelah aku.

Kan aku dah kata, dia automatik berubah profesion apabila masuk ke dalam kereta. Masuk je terus memakai tali pinggang keledar. Apabila di pejabat dia seorang 'urban planner'.

Kalau tahu tadi, jawab je.. Isteri saya seorang polis. Alahai, tak cukup ketinggian pulak.
Woh, isteri saya seorang tentera. Aduh, dia seorang penakut pulak! Lagipun dia tak rajin berkawad. Huhu..

.

2.2.08

Maskara VI

Ini bukan iklan racun perosak. Entri terbaru scroll bawah.
Ini Program Malam Baca Naskah Sindiket Soljah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka

Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah Pena, Jln Dewan Bahasa.
Tarikh: 2 Februari 2008
Bayaran: Percuma
Pakaian: Santai.

Kita raikan cinta. (baca: raikan awek nampak pusat dan gedik tak tentu pasal).

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

1.2.08

Longgar

Pada suatu hari. Hari Jumaat. Solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang empat ribu jemaah di Masjid Negeri. Tiba-tiba masuk sekumpulan lelaki. Entah dari mana entah. Khabarnya menyelinap melalui kubah masjid melalui helikopter. Berpakaian hitam legam. Macam Ninja lagaknya. Menutupi seluruh tubuhnya. Tak nampak apa kecuali dua biji mata. Aku syak, mereka bersenjatakan machine gun dan bom tangan. Lalu, salah seorang lelaki tu. Ketua turusnya barangkali. Bertempik,

"Whoi! Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH duduk sini. Siapa tak sanggup boleh blah sekarang! Cepat! Cepat!"

Woh! Orang Melayu rupanya Ninja ni. Maka bertempiaran lari para jemaah untuk menyelamatkan diri. Ada yang jatuh tergolek masa turun tangga. Ada yang kena pijak dek orang ramai. Ada yang lari terlucut kain sarung. Macam-macam lagi keadaan huru-hara yang timbul itu. Hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka sarung mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata,

"Erm.., Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan Solat Jumaat dengan jemaah yang ada ni."

Lalu kesemua geng Ninja tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

"Whoap whoap..! Nanti dulu." Pak Imam.

"Apahal Pak Imam?" Ketua turus.

"Tinggal 20 orang je jemaah. Tak cukup jemaah beb." Pak Imam.

"Takpe, campur geng kami, dah ada lima puluh satu. Cukup tak Pak Imam?" Ketua turus.

"Ermm. Cukup." Pak Imam.

___
Generasi sekarang amat lemah kan? Baru kena ugut terus lari lintang-pukang tak jejak tanah. Lupa yang dia tak Solat Jumaat lagi. Dari empat ribu orang yang mengaku dia Islam hanya 20 orang yang betul-betul beriman. Berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya sebegini. Geng Ninja tadi hanya membawa machine gun. Dia tak kata pun nak bunuh.

Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila Solat Jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali je. Bila waktu Sembahyang Raya.

Ramai orang percaya kepada gosip liar dan apa yang ditulis oleh surat khabar berbanding apa yang tercatit dalam al-Quran. Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia? Lupa, ada hidup di kemudian hari.

Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam lamanya tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup masa. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat. Tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama. Pelik kan? Kenapa gelak. Tu kan realiti. Tapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kepada orang lain? Berapa orang yang akan luangkan masa membaca? Berapa ramai orang yang respon dan komen entri ni? Berapa ramai?

Sumber : Fwd email with minor modification

Sepatutnya hari ini aku ulas mengenai khutbah Jumaat. Pap! Tertidur pulak masa dengar khutbah. Alahai, setan betul!

Di bulan Februari

Tiada apa untuk dikongsi pada pagi ini.


Selamat Hari Wilayah PerseKUTUan.


oh ya, lupa mahu mengingatkan kalian.
sembilan hari lagi hari lahir saya tau... Taraaaa...!

Saya tidaklah mengharapkan apa-apa. Kalau dapat doa untuk saya dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat. Pun, dah cukup bagus.


.