31.1.08

Tom Tom Bak



Tiada hiburan yang lebih membahagiakan.
Kecuali hiburan dari anak-anak kita. Bagi saya.

"Hitam rambut saya. Gigi saya putih. Dua kaki saya jalan-jalan tidak letih."
"Hitam rambut saya. Gigi saya putih. Dua tangan saya sangat rajin buat kerja."
"Hitam rambut saya. Gigi saya putih. Dua telinga saya sangat dengar cakap ibu."

Begitu sepatutnya. Panjang lagi.

29.1.08

Minum petang


Untuk pengetahuan kalian, saya tak pernah minum petang di kala waktu pejabat. Saya juga tak pernah ambil rasuah. Kalau kawan ajak saya minum petang sekalipun, saya tolak mentah-mentah. Kerana apa? Kerana waktu pejabat saya adalah waktu bekerja bukan untuk minum petang. Sekali tu, saya minum petang. Maksud saya, luar waktu pejabat. Sedap pulak rasanya. Ermmm..., memang sedap beb.

Begitulah dalam hidup. Kalau kita selalu buat benda yang sama tak terasa nikmatnya kan. Jika kita sekali-sekali buat. Nikmatnya lain sungguh. Luar biasa nikmat. Contohnya, kalian hari-hari ke pejabat menguruskan pelan-pelan yang diberi oleh klien dan klien punya klien dan klien punya klien punya klien. Tiap-tiap hari kalian hanya buat itu saja. Bukan kalian bodoh tapi kalian ada rasa tanggungjawab sebagaimana yang diperintahkan. Ha ha! Dari sebulan membawa ke sepuluh bulan dan membawa ke sepuluh tahun. Tentu kalian bosan kan? Apa kata kalian buat kerja lain dari rutin biasa yang kalian buat selama ini. Kalian buat networking komputer ka, susun meja pejabat ka, cat pejabat ka, telefon awek/ bini ka, berniaga ka. Argh! Kalian buatlah apa kalian nak buat. Lagi best kalau kalian hantar bisnes kad kalian dengan kirim kepada orang lain untuk dititipkan di atas meja kepada orang yang mahu dikirimkan. Orang yang mengirim dan orang yang disuruh kirim tidak menyampaikan sebarang pesan kepada penerima. Konon-konon surprise lah. Boleh juga buat begitu kan.

Kemudian penerima berkata "Whoah! ada tiga keping bisnes kad terselit di celah-celah buku di atas meja saya. Brengsek!"

Penerima yang kedua pun kata begitu. Tentu bosan kan? Kosong.

28.1.08

Lempang

Mana ada dalam dunia yang fana ini, orang nak berhenti kerja hantar notis kurang 24 jam. Ada. Ada. Siapa kata tak ada? Kemudian, dalam surat notis itu pula ada tulis "Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan kenaikan gaji saya. Dan bonus tahunan saya. Saya memang berharap benar." Lebih kurang begitu bunyinya.

Ada. Ada. Siapa kata tak ada? Dalam pejabat saya. Kalau saya jumpa orang itu, saya lempang pipinya. Saya tendang telurnya. Bagi dia supaya tak ada telur lagi. Dia tak tahu erti syukur ka? Kau masuk cara baik, patut juga kau keluar cara baik. Elok sebelum kau keluar, langsaikan kerja apa yang patut. Bukan tinggalkan kerja terbengkalai. Kalau kau masuk kau bising-bising, adakah kau keluar dengan senyap-senyap?

Kau mahu sangat duit bertimbun-timbun kan? Kau tak mahu juga kerja yang terbeban. Nah, sekarang kau dah dapat apa yang kau mahu. Pergilah.., pergilah.., pergilah. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi sesuatu yang patut. Jika tidak, telinga kami bingit mendengar keluhan kau yang berkata "aku banyak kerja tapi gaji tak naik." Kalau penduduk Indonesia berkabung selama tujuh hari di atas pemergian Pak Harto. Kami, kami kami di pejabat ini akan berparti makan-makan seolah-olah suka di atas pemergian kau. Ha ha ha.., itupun bos yang belanja. Bukan kau.

____

Belasungkawa : H. MUHAMMAD SOEHARTO

25.1.08

Ketat

Satu pagi yang hening. Kereta meluncur laju membelah angin. Sal di dalam perut kereta sedang mencuba-cuba menyarungkan sesuatu yang dah tak dipakainya lama.

"Bang, dah ketatlah..." Sal.

"Whoah..! Ketat! Baguslah. Gulp." Rom.

"Eiiiu.., bukan yang bawahlah bang, Yang ini hah.." Sal. Sambil membetulkan tali-temali kutangnya.

"Oooo.." Rom. Sambil bingkas menoleh dan berpaling kembali.

Diam.

"Huh! Gulp.. Whoah..," Rom. Dalam pandangan kabur itu, dia membayangkan si Sal sedang mencuba-cuba kutang baru beropol hitam berenda halus. Baru. Tapi, tak pernah dicubanya lagi. Rom mula berfantasi. Ada kurma Iran melekat di benjolan berkembar itu. Enak kalau dijilat barangkali. Dalam fikirannya.

Diam sekejap.

Rom menelan air liur. Dalam seluarnya mula mengeras.

"Bang, oi.. Oi bang! Ini hah. Jari." Sal

Alahai, nasib baik tunjuk jari manis. Baru nak layan stim mengantuk.

22.1.08

Ropol

Sal girang hari itu. Lalu dengan pantas. Membuka baju dan kutangnya. Membuka dengan cermat pembalut hadiah. Dan terlihat sekeping kertas bertulis tangan. Kemudian membacanya.

Istimewa untuk kekasihku Sal..,

Rom pilih hadiah ni kerana Sal belum ada lagi kan? Lagipun boleh pakai bila kita keluar jalan-jalan nanti. Kan Sal selalu mengadu panaslah, itulah, inilah. Kalau bukan kerana sepupu Rom, dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat. Tapi Rom tengok sepupu Rom pakai yang berbunga-bunga dan beropol nampak cantik pulak. Rom pilih warna hitam ni sebab tak nampak sangat kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya. Dah seminggu tak basuh tapi nampak elok je. Rom suruh dia cuba Sal punya sebab saiz dia tu lebih kurang dengan Sal punya... Memang cantik dan menarik. Harapnya Sal suka sebab Rom rasa memang sesuai sangat dengan Sal. Tak sabar rasanya nak tengok Sal pakai depan Rom. Rom nak Sal pakai untuk Rom hujung minggu ni ya?

Salam sayang untuk kekasihku....


P/s : Kalau Sal nak pakai, lebih stylo dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut. Yang menyayangimu....


Kelmarin, Rom membuat keputusan untuk membelikan Sal topi kain hitam fesyen baru supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Rom pula membeli sehelai seluar dalam hitam berbunga sebab kebetulan hari tu ada jualan murah. Masa membayar dengan tak sengaja, juruwang dah tertukar kotak topi kain hitam dengan kotak seluar dalam adik sepupu Rom. Lepas bayar, Rom terus pergi kaunter hadiah dan suruh bungkus. Kemudian Rom balik rumah dan tulis surat untuk Sal. Dimasukkan bersekali dengan hadiah untuk dipos kepada Sal. Alahai..,

"Kenapa tak pakai?"
"Aik.., Sal dah pakai..."
"Tak nampak pun?"
"Eeeeiiiiuuuooooowwww, gatal la U ni..."
"Apsal plak?"

___
My birthday wishlist
[ ]
Fossil men's watch
[ ] Alba kinetic watch
[ ] Oakley men's sunglasses
[ ] Dell Notebooks
[ ] Nikon D80 DSLR Camera

19.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Sepuluh.

Perjalanan hari-hari Sal dan Rom dipenuhi dan dihiasi dengan keceriaan ledakan bunga api yang warna-warni dan nyanyi-nyanyi riang ria oleh P-ka. Untuk makluman, P-ka hobinya menyanyi riang di samping suka kepada sesuatu yang baru. Tapi, satu hari ini dia tak sedap badan. Badannya panas. Demam. Alahai.., kosong pula rasanya hidup Sal dan Rom. Lagi kosong hidup mereka yang kehilangan anak kan? Keluarga Nurin misalnya. Keluarga Sharlene baru-baru ini.

video

Jangan diulangi kejadian yang sama. Perjalanan hari-hari Sal dan Rom dipenuhi dan dihiasi dengan keceriaan ledakan bunga api yang warna-warni dan nyanyi-nyanyi riang ria oleh P-ka. Sal dan Rom mahu ulangi ini. Bukan ulangi kes Nurin dan Sharlene.
___
Pesanan khidmat masyarakat: Anak kita tanggungjawab kita. Anak orang?

18.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Sembilan.

Kah kah kah! Kelas bertukar riuh. Umpama kandang biawak komodo bersenggama.
Kemudian, masuk guru dalam kelas itu. Memula pengajaran. Tunjuk satu tanda isyarat jalan. Yang ada simbol seruan kaler hitam tu. Latar kuning.

"Ni tandanya apa?"

"Awas!"

"Salah"

"Berhati-hati"

"Salah"

"Jaga-jaga"

"Salah"

"Habis pe?"

"Tanda seruanlah!"

Kah kah kah. Kelas kembali riuh. Umpama kandang biawak komodo bersenggama. Hidup kan satu pengulangan. Tapi, jangan engkau dukung biawak. Khususnya biawak komodo. Bahaya! Nanti dicakar-cakarnya belikat kita.

17.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Lapan.

Cikgu dalam kursus memandu membuat kenyataan ini :

"Ramai pelajar saya yang gagal adalah berjantina perempuan. Mereka ni sangat kompleks."
"Kompleks?"
"Ya,"

Diam sekejap.

"Sebab esok nak test memandu, sehari sebelum tu beli kasut baru. Jadinya, gagal lah sebab tak biasa. Lain kali buat persediaan awal. Bagi biasa. Saya ulang, buat persediaan awal. Bagi biasa."

Petang tadi. Sal bergegaslah sibuk membelek-belek kasut di Pasaraya Tasinkafwau.

"Cari apa?" Rom.
"Err, kasut memandu. Bukan apa, Persediaan awal. Nak bagi biasa." Sal. "Awalnya, test L pun lama lagi oiii. Alahai..." Rom

Hidup ini satu pengulangan. Tapi diciptakan saling berpasangan. Unik kan ciptaan Tuhan?





Comel kasut Sal... Dengan kasut ini Sal lulus ujian dapat Lesen L

Hidup ini satu pengulangan kan? Tujuh.

Di luar, hujan deras. Merentap bahang semalam. Berderap menghentam bumbung teduhan. Basah dan kedinginan. Hujan-hujan begini, batu rebus pun sedap di makan. Untuk memanaskan badan. Kalau di Jepun mereka makan Sushi dan daging salai, di kala musim dingin.

"Cakap pasal batu. Ni hah, pemberian Mak. Batu dijumpai dalam telur."
"Telur apa bang?"
"Telur ayamlah. Takkan telur orang. Haha!"
"Ok, apa kejadahnya batu kecik ni boleh buat?"
"Kalau batu ini dicampakkan ke dalam masakan. Pasti jadinya enak."
"Sekalipun mi Maggi. Menurut Maklah..."
"Sekalipun mi Maggi?"
"Ya. Ya. Ya..., tak percaya?"
"Ah! Tipulah..."
"Yeyeye...Iyelah."
"Okey. Bak sini abang masak."
"Tapi. Tapi. Tapi."
"Tapi apanya?"
"Kena ikut gerak hati. Menurut emaklah..."
"Macamana caranya?"
"Okey, mula-mula. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali panas. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Hingga naik aromanya. Masukkan perencahnya. Kacau sekejap. Masukkan air secukupnya. Tunggu sampai mendidih. Gaul sebati.."
"Pergilah!"
"Mana?"
"Masaklah."
"Okey, lepas tu?"
"Pecahkan telur. Tunggu hingga mendidih. Dan telur agak-agak separa masak."
"Bila nak masuk batu ni?"
"Okey, telur pun dah masak tu. Jangan bagi hancur. Masukkan sebutir batu ini. Ingat! Sebutir je tau..."
"Dah ke?"
"Dah apa kejadahnya. Mi Maggi tak masuk lagi."
"Oooo..."
"Okey, kalau nak sedap masukkan brokoli yang dipotong. Kacang panjang, lobak merah dan sayur sawi sikit. Nak pedas, masukkan cili yang dipotong-potong. Menurut maklah..."
"Bau aromanya menyelerkan kan kan kan?"
"Tentulah, dah taruk batu tadi kan. Lagilah sedap."
"Gaul perlahan. Masukkan maggi kemudian tunggu dua minit. Taraaa.., siaplah dihidangkan."


"Makanlah."
"Ermmm, sedaplah. Sslluuurrpp..."
"Tentulah sedap. Batu tu lah rahsianya."

Beberapa minit kemudian.

"Woi, ini batu kelikir halus tepi jalan."

Hujan-hujan begini, batu rebus pun sedap...ikut gerak hati, menurut maklah...



____
Lawatan sambil belajar : Rekabentuk muka depan buku

16.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Enam.

Sal kata cikgu bercerita masa di kelas memandu tadi. Pasal pemanduan tidak berhemat. Ada orang Cina tu, polis tahan. Naik kereta Proton Wira putih. Pandu terhuyung-hayang macam ular kena palu.

Polis : Lu minum arr? Bagi lesen! IC?
Cina : Mane ale wa minum. WA talak minum wo...
Polis : Keluar! Jalan ke depan. Nganga mulut. Hah, ini lu kata tak minum? Bau macam samsu.
Cina : Wa jalan lulus apa... Kasi tengoklah...!

Skreeeettttt.. Gedebang! Kabooooom...!
Ada kejadian berlaku di jalan sebelah lorong sana. Semua polis berlari menuju ke sana. Ingin lihat kejadian. Aduhai, Eksiden!

Cina : Wa chow dulu lah. Lalalala..
Beberapa minit.
Polis : Oit, apasal patrol car sudah tukar?

Esoknya.
Polis : Apsal lu rembat patrol car polis punye?
Cina : Pap! Aiya..! Patutla lamai olang leduce speading nampak wa.
Polis : Lu mabuk! Kan wa dah kata lu mabuk semalam!
Cina : Wa tala mabukla. Wa tala mabuk. Butul!
Polis : Habis? Kalau lu tala mabuk apa pasal lu salah amik keleta.
Cina : Wa kena daun ketom kaw-kaw punya. Seludup dali Siam. Haha!

Hidup ini satu pengulangan kan? Juga perlumbaan kan? Bukanlah tolong tengok eksiden sampai jamn. Hidup hanya untuk penyeludupan ke?

14.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Lima.

Dalam hidup. Aku, dia dan kau mendambakan bantuan orang lain. Hidup ini kan satu kebergantungan. Yang berada bantulah yang kurang berada, misalnya.

"Dalam pemanduan, kalau nak betulkan cermin sisi kereta belah kiri macamana?"

"Cikgu tak explain ke?"

"Tak"

"Ermmmm, itulah yang dia tanya tadi sebelum balik."

"Oooo, senang je.."

"Camne?"

"Okey, cakaplah kat orang sebelah. Inche' tolong betulkan cermin tu. Whop whop whop... Cukup. Suh la berhenti adjust kalau dah memadai. Senang kan?"

"Ermmm. Senang, senang, senang. Senang sangaaaaattt..."

Hidup ini kan satu pengulangan. Dalam hidup. Aku, dia dan kau membutuhkan bantuan orang lain. Hidup ini kan satu kebergantungan.

"Oit, apa kau carut ni?"

"Mana ade!"

"Dah tu, butoh la, kantong la.."

"*&^%$#@!"

12.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Empat.

Engkau masuk bilik bos, lalu kau kata, bos naikkan gaji saya. Bos terpinga-pinga sebab engkau masuk melulu. Ketuk pintu pun tidak. Beri salam apatah lagi. Lalu engkau duduk tanpa disuruh, engkau ulang lagi, bos naikkanlah gaji saya. Engkau memulakan bicara. Bos geleng kepala. Bos tanya kenapa pulak saya nak naikkan gaji awak? Lalu kau jawab, hidup di bandar besar ni, gaji tak cukuplah bos. Bos geleng kepala lagi. Kali ni laju. Engkau menambah hujah, sebab nak bayar hutang pinjaman ptptn, bayar sewa rumah, makan, hiburan, joli dan macam-macam lagi entah apa kejadah engkau tambah untuk mendapat simpati dari bos. Yang padahalnya, kalau orang tengok gaji kau untuk budak yang baru graduan dari universiti memanglah memadai. Nasiblah, pari-pari tolong bos dan dia kata, jangan cepat melenting bos.

Kemudian diam. Bos kata, aduh.., kesiannya awak. Selama ni makan apa? Kau pun jawab, makan maggi mee tiap-tiap hari. Sedangkan engkau makan yang mewah-mewah hari-hari pada waktu bekerja. Mengalahkan makanan di Istana Negara misalnya. Kau berjimatlah kalau tahu tak cukup. Lalu kau tidak puas hati. Kau kata, bos bagi apa saja kerja. Saya akan buat sehabis baik. Bagi kat saya je. Apa kejadahnya engkau kata macam tu sedangkan kerja engkau yang sedia ada pun kau buat macam haprak. Haprak! Haprak! Haprak! Tahi! Lojikkah engkau kata begitu? Lagipun, bukankah engkau kerja belum cukup setahun? Tidakkah engkau merasa malu dengan orang yang lebih lama bekerja dengan engkau misalnya. Hoi! Prestasi engkau sangat memberangsangkan, engkau yang satu lagi membisikkan ke telinga engkau. Padahal yang sebaliknya mereka meludah kau. Hak ptuuuuiiih..!

Engkau jadi 'demoralized' sekejap. Tak kuat semangat. Engkau macam nak merajuk. Tapi tak jadi. Sebab engkau tak puas hati lagi. Tak ada kata putus dari bos. Lalu engkau ketuk meja. Hentakan meja itu membuatkan bos tersentak. Terhenti dari lamunan. Sebab bos bukan dengar sangat kau cakap kosong. Maka bos masuk kanan keluar kiri. Tangan kau mula merasa sakit. Padan muka kau! Bos boleh sabar lagi. Sebab bos memang seorang penyabar. Lagipun, malaikat ada banyak kat bilik bos. Kemudian, tak semena-mena bos usir kau. Keluar kau dari sini! Nah, ambil pakaian dan peralatan kau, berambus! Nyah dari sini! Engkau menangis teresak-esak. Kononnya meminta simpati dari kawan-kawan yang lain. Mereka ketawakan engkau. Kah kah kah.., kuat sangat. Engkau pun diejek. "Budak gembeng, budak gembeng budak gembeng." Engkau fikir orang lain naik gaji, kenapa engkau tak naik gaji. Itu engkau dengar khabar angin. Engkau percayakan terus. Alahai.., engkau budak hingusan yang tak sepatutnya engkau mengadu. Sebab, kerja yang engkau buat haprak! Engkau tak tahu bersyukur. Engkau buat kerja main-main. Main-main buat kerja. Tak ada fokus. Sesuka hati engkau melayari internet. Engkau chatting, itu dikata engkau bebanan kerja yang banyak. Engkau baca akhbar di talian tiap-tiap pagi. ya, kau percayakan akhbar kan?

Kawan-kawan engkau yang satu lagi. Menyampah dengan engkau sebab, kerja yang engkau buat entah apa-apa entah. Mereka dah meluat nak semak kerja engkau. Sebab engkau berlagak macam pegawai pulak. Huh! Sakitnya hati. Bila orang tegur kerja engkau. Engkau tak dapat terima. Banyak dalih dan banyak songeh. Engkau tak ada hormat langsung dengan orang yang lebih tua dari kau. Tahi kucing! Kau memang dah melampau, kata-kata itu dibisikkan ke telinga engkau. Lalu engkau kata, itu hak akulah. Apa kau sibuk! Oh, dalam hal begini, kau tahu pulak hak. Oi, kerja tak cari engkau tau. Tapi engkau kena cari kerja.

Sebelum ini, kawan engkau ada mengadu kat engkau kerja banyak. Gaji tak banyak. Engkau ketawakan dia. Kemudian engkau pulak ikut jejak dia. Lepas tu engkau ulang-ulang. Naikkan gaji saya. Naikkan gaji saya. Naikkan gaji saya. Aha ha ha.

Hidup ini kan satu pengulangan? Rutin kau juga satu pengulangan? Tapi kenapa kau tak minta pada Tuhan untuk ditambahkan pahala? Cermin-cerminlah diri kita. Dan ukurlah zakar engkau sepanjang mana? Ada peningkatan?
___
Kata hari ini :
Retrospektif - meninjau atau mengenang kembali peristiwa, dsb yang lalu.

11.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Tiga.

Kawan engkau baru beli PC baru. Monitornya cap SAMSUNG flat screen. 3000 : 1, Dynamic Contrast. Dia datang berkunjung ke tempat engkau. Sedangkan monitor engkau 2000 : 1. Dynamic Contrast.

"Kau tolong burn kan file ni dalam CD...?" Kawan engkau.

"Kenapa?" Engkau.

"Komputer aku tak leh burn CD lah." Kawan engkau.

"Aikk.. PC baru beli pun tak leh. Ko pakai Windows 95 ke?" Engkau.

"Tak. Windows XP" Kawan engkau.

"Kalau Window XP takde masalah. ko copy je lah then kau klik kanan keluar komand 'write this files to CD'. Kliklah. Dia mula burnlah." Engkau.

"Ooo ye ke?" Kawan engkau.

"Lorr, PC yang baru juga orang yang pandai mengendalikannya juga. Macamana kau boleh tak tahu. Monitor dah power! Hard disk? RAM? Capacity? Software? Ini pun kau tak tahu. Hahaha." Engkau.


Kawan kutuk depan susah cari. Kawan kutuk belakang melambak-lambak kan?

Dulu. Ayat terakhir tu kena juga kat engkau. Kawan engkau juga yang satu lagi. Dipusing balik. Kan kan kan? Adakah bila engkau terkena, engkau akan mengenakan orang lain?

___
Kata hari ini :
Kutet - Tidak mudah menyerah, giat berusaha supaya berjaya dll

Hidup ini satu pengulangan kan? Dua.

"Boh, siap dah boh..!" Aku menerjah masuk bilik bos yang sedang duduk-duduk bersenang- lenang sambil menikmati udara di biliknya. Dingin. Aku syak, bos sedang berfikir panjang.

Hujan di luar sana merintik sedari tadi. Tak mau berhenti.

"Aku suruh, suruh buat blok perancangan. Bukan, bu.., bu.., kan perancangan blog." Bos

"Ooo.." Aku kata. Lalu keluar dari pintu bilik bos. Rupanya tersalah fail aku ajukan.

Hujan di luar sana menjadi semakin lebat. Awan kelihatan mendung. Muka budak-budak pejabat yang lain turut mendung. Menyampah...!

Berapa kali aku keluar masuk bilik bos. Tak terkiralah.

Hidup ini kan satu pengulangan. Majikan kita adalah bos kita yang kita suka sepatutnya.

10.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Satu.

Dulu. Pernah. Aku cerita. Dulu. Cikgu Ahmad pandai buat magis. Sungguh! Dalam kelas 6 Teratai.

"Iye ke? Tipulah..." kata mereka.

Hari ini. Meja astakona. Aku cerita lagi. Cikgu Ahmad yang dulu memang pandai buat magis. Sungguh. Dalam kelas, dia baling sehelai kertas tersangkut atas kipas siling yang berpusing. Patutnya melayang kan? Waaahhh... budak kelas melopong. Takjub.

Pembaris kuning panjang yang dia patahkan. Bercantum semula apabila dia keluar kelas. Tiada kesan gam gajah. Waaahhh..., budak kelas melopong. Takjub.

"Iye ke? Tipulah..." kata mereka lagi.

Cikgu Ahmad pernah. Ya, pernah kasi hilang telinga budak pompuan tau. Sebelah. Cuping sebelah kiri. Balik pakai tudung, nasib baik mak tak nampak. Esok, pergi balik sekolah ada balik cuping telinganya. Waaahhh.., budak kelas semakin hairan. Takjub. Aku berceritera.

"Iye ke? Tipulah... Tambah ceritalah tu.." kata mereka.

Sakitnya hati kita apabila kita bercerita benar, orang pula tidak mempercayainya kebenaran ceritera kita. Sayangnya, tiada saksi aku tampilkan ketika itu. "Kalau tak percaya tanyalah kawan aku sekelas dulu..." Aku. Alahai..., alangkah baiknya kalau ada Cikgu Ahmad ketika itu. Boleh dia hilangkan cuping telinga mereka.

Bukan kelas 6 Teratai je. Kelas sebelah. 6 Cempaka pun begitu. Bakul sampah. Ada sampah kering. Cikgu Ahmad letak atas meja. Sampah tidak berterabur. Sebaliknya, bakul sampah bergelimpangan. Setelah diketis Cikgu Ahmad dengan tangan. Waarghhh.., kata budak-budak kelas itu. Takjub!

"Memanglah.. Sampah tu dalam plastik sampah yang diikat. Ekekek" Senz. Persis buah avokado bentuk paras rupanya.

"Tu budak darjah 6. Kau ingat kami darjah 6 ke?!" Izah. Persis pohon api-api tingginya.

Hidup ini satu pengulangan kan. Dah ulang, kita tambah, kan? Tambah baik ke tambah buruk ke, boleh kan? Hidup perlu anjakan paradigma. Alahai, hidup adalah sejarah panjang yang berulang-ulang acapkali.

Untuk menghidupkan suasana sepi kami. Aku cerita magis Cikgu Ahmad delapan puluh ratus kali pada awek aku.

"Dah banyak kali rasanya abang cerita benda ni.."

"Ooo ye ke?"

~SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429~
___
Kata hari ini.
Artikulasi : Cara atau menyebut bunyi atau kata dengan jelas.
Lawatan sambil belajar.
BALINGlah

9.1.08

K-eight & Kate


K-8
Salam pembuka bicara.
Sebenarnya, dah tulis kelmarin. Nak pos hari ini kononnya. Fail corrupted. Hilang. Ini taip teks yang baru.

Okey, keseluruhan karya membuatkan pembaca menyukainya. Ada menceritakan gaulan perasaan lucu, lucah, seram, panik, sedih, suspen d an gembira. Baik punya! Pembaca pasti akan terus menelusuri helaian demi helaian. Puas... Ahhh! Dan berbaloi pula jika membelinya. Lebih bagus beli banyak-banyak bagi satu keluarga baca.

Ya, K-8 merupakan kisah seputar blok rumah pangsa kos rendah. Menjadi subjek dan sasaran kepada naratif dalam karya Sindiket Soljah kali ini yang hanya dibarisi Naga, Jigo, Mat Jan, OP, Samurai dan Tok Rimau. Syabas! Mana yang lain. Amir Mukhriz, Buku Nota dan Spyz kalau kalian ada lagi best kan kan kan.... Ptuih! Hak hak..

Ok teruskan.
Pembaca boleh menangkap keseluruhan cerita secara kasar, persembahan buku ini. Di sebalik kulit bukunya juga ada maskud. Prolog yang ringkas dan padat tapi mengena. Kan hidup ini satu pengulangan. Apa yang berlaku di K-8? Ada aktiviti mengecat blok ke? Teruskan… (ulang-ulang). Aku syak, ini cerita yang mengikuti perkembangan semasa.

Dimulai dengan tajuk Nyamuk Uncle Nyamuk. Sesuai dengan plot mukadimah. En. Naga memang menampakkan penulisannya yang bersahaja. Ada satu frasa diulang-ulang sebanyak 5-6 kali, sangat berkesan dan mengujakan pembaca. Hidup ini kan satu pengulangan. Nampak kesinambungan dari prolog. Walaupun pembaca merasakan nyanyuk yang dibuat itu melampau tapi nampak realistik dan memang berlaku dalam dunia sebenar. Ya, bukan mitos. Betul-betul berlaku. Lebih dari itu pun ada. Asyik-asyik salah rumah. Asyik-asyik salah rumah. “Alamak! Salah rumah lagi?” Dia bersungut sambil menggaru-garu celah juburnya yang tak gatal.” Hahaha, pembaca pasti tertawa dengan ayat ini. En. Naga Berjaya menggarap watak dengan unsur-unsur komedi dan kena dengan suasana persekitaran. Contohnya ayat. “Di luar, suara Romlah terpekik-pekik, “Siapa kebas coli aku, hahhh? Tak guna punya budak-budak bujang!!! Kau curi, erk?” Mantap dude! Pembaca tentu boleh membuat andaian si Romlah ini barangkali dari Johor atau pernah tinggal lama di Johor. Haha. Atau tiada kaitan langsung! Adakah uncle nyanyuk satu-satunya saksi untuk kes pembunuhan di K-8? Jika ya, bolehkah dia diterima menjadi saksi? Apakah syarat-syarat menjadi saksi? [Point : 3.01]

Dikuti dengan bab bongek kuasa dua. En. Samurai menulis menggaulkan watak makhluk yang dinamakan kucing atau kucing-kucingan dan James sebagai jalan cerita dan plot keseluruhan cerita. Sarip. Ya, Sarip menghidupkan suasana cerita. Pembaca pasti tertanya-tanya siapa bongek sebenarnya? Sama seperti bab pendahuluan, bab ini juga dirangkum dengan pengulangan intro dan penutup dengan konkrit, padat dan sepadu. Syabas. Syabas! Hidup kan satu pengulangan. Olmet. Ya, Olmet. Cantik nama tu. Macam nama coklat Hazel jiran. Hahaha. Pembaca pasti suka. Sambil minum Livita Gold separa sedar misalnya. Adakah James pembunuh kucing-kucing di kawasan perumahan blok itu? Adakah James juga pembunuh kucing Kate? Kate juga barangkali menjadi mangsanya? Entah. Bacalah. [Point: 2.82]

Disusuli dengan bab Dia Buang Piano. Penulis memberi gembaran real kehidupan budak-budak bujang yang bergelar pelajar. Dalam bab ini dikaitkan gossip liar Romlah yang menjadi makhluk berseketiduran lelaki. Cari-cari juga ada tak lelaki yang tinggal di blok yang sama? Entah. Ikutilah jika mahu cerita lanjut. Ayat yang paling pembaca lucu berbaur lucah pastinya, “Ada orang. Tapi... tak ada telur! Jawab Bidin. Ikhlas, aku baca ni pun aku jadi tergelak. Gelak sorang-sorang. Penceritaan ini mengikuti perkembangan semasa. Watak Bagak menghidupkan suasana naratif dalam bab ini. Dengan menyelit unsur-unsur sedikit sumbang-mahram dan sumbang-saran. Sumbang-mahram dengan Azreen. Sumbang-saran dengan budak-budak tabligh. Ya, eksploitasi budak-budak tabligh bukan satu eksotik oleh penulis. Malah digarap dengan jayanya tanpa menjejaskan imej dan kredibiliti tabligh itu sendiri. Seolah-olah pengalaman penulis sendiri. Aku pun tabligh! Hahaha.. Adakah benda yang dibuang dari tingkat atas itu piano? Ini bukan piano, Biola... (olahan dialog Pendekar Bujang Lapok) Ya, adakah Kate jatuh dan mati? Teruskan... [Point: 3.75]

Diekori dengan bab Nama Saya Is. Siapa Is? Siapa pula Ismadi? Kalian bacalah ya! Budak yang mempunyai atau dikurniakan dengan deria ke enam . Pastinya luar biasa. Sangat mengujakan. Umpama dalam cerita luar negara yang pernah kita tengok. 'The Eye' misalnya. Tak percaya “Pergi bertapa dalam hutan” Seram beb... Sebagaimana bab sebelum, bab ini juga menggarap dengan perkembangan semasa. Kereta Gen2 dan Hyundai Getz sudah ada di pasaran. Teknologi youtube dah ada! Bacalah ayat-ayat dalam kurungan yang dicondongkan. (Dengan budak kecil pun nak marah-marah). Kan hidup ini satu pengulangan. Adakah roh Kate menegur Is? Adakah Is lihat semua benda-benda ghaib t ermasuk roh Kate? Ya, Is menyelamatkan Kate. Tapi adakah berjaya? Atau Kate memberikan satu tamparan di pipi Is? Ya, mungkin di sini pembaca dapat dan cuba berfikir, bagaima Kate melakukan terjun tiruk sebelum badannya membunam kereta si Romlah. Tapi, tapi, tapi.. Apakah puncanya? Teruskan... [Point: 2.95]

Bab In-a-gadda-da-vida. Mungkin kemuncaknya. Penceritaan berkisar keluarga Usman yang selalu berantakan. Gaduh je memanjang. Memanjang je gaduh. Mereka sama. Tapi, selain gaduh ada juga babak romantis yang berjaya diselitakan oleh penulis dan kawan-kawan penulis. Ya, ada. “Bukan wa takut bini, tapi bini wa yang tak takut dengan wa.” Ayat ni pembaca boleh tergelak. Apa itu kleptorasi? Baca. Baca. Baca. Di bab ini ada perkaitan dengan bab awal di mana watak uncle nyamuk diselit . Tahniah! Hidup kan satu pengulangan. Pembaca pasti tak boleh tahan ayat ini, “Ulangkaji apanya? Kalau hebat sangat, tak apa juga. Ini dua tiga kali hayun dah terpancut! Aku syak Intan lagi power dari Judge. Kemutan dia tu... Hahaha. Aku syak juga boleh menggigil testis dan ovari korang kalau dengar. Abah meraba mak. Mak raba abah (dalam bab seterusnya : Usman). Kan aku dah ulang mereka juga pasangan romantis. Kalian baca dan terus baca kerana banyak ayat-ayat yang mengujakan dan suspen. Mungkin pada kalian biasa. Tapi, ia jadi luar biasa bila pandai digarap dengan molek. Contohnya ayat. “Hai! Nama I Kate.” Hidup ini kan satu pengulangan. Adakah Judge dan Intan bercerai akhirnya? Apa terjadi pada Usman anak mereka? Teruskan... [Point: 3.95]

Bab seterusnya pula K-Nine, penulis yang sama dengan bab awal. Biasalah. Pengulangan kan. Subjek cerita adalah watak Bobby. Siapa Bobb? Peninju Sukan SEA? Bobby hidungnya tersumbat dan sebu. Bobby juga sebenarnya di’anjing’kan oleh kucing-kucing di kawasan itu. “Apabila dah masuk dalam – ia mengeras ya, Doc? Ooo..” Pembaca bolehlah membuat interpertasi sendiri. Ayat-ayat sindiran yang kaw-kaw berjaya digunakan oleh penulis untuk mengaitkan dengan kehidupan manusia. Walaupun mereka binatang. Ayat yang membuatkan pembaca wanita ketawa pastinya “Dah due dah ni... esok kot bersalin!” Lagi? “Mughallazah? Wah! Ok juga nama Islam mereka berikan kepada aku ni” Benarkah calitan air mata Bobby apabila disapu ke mata boleh melihat hantu? Siapa pula Ruby dalam cerita ini? Teruskan membaca. Ekekekek..Teruskan... [Point : 3.84]

Bab seterusnya, Usman. Kesinambungan dari In-a-gadda-da-vida. Kali ini penulis membuat penceritaan bersama Usman yang satu lagi. Sangat menarik. Berkira-kira tentang buruk-baik dan syurga-neraka. Juga babi dan jalang. Juga, Anjing – Sial – Kepala Otak – Pelacur. Siapa yang tak kenal penulis. Penulis ini saya kira mempunyai daya imaginasi yang tinggi. (Aku diupah untuk merangka ayat ini. Dia banyak diam dari berkata. Dia banyak berfikir dari berfantasi. Hahaha. ).Whoap! Aku rebiu buku bukan penulis. Pembaca boleh agak berapa umur Usman. Walaupun Usman begitu. Tapi dia memliki BMX dan kasut NIKE. Walaupun dia mencuri tapi wang yang dicurinya disumbangkan kepada orang susah. Hatinya mulia. Tapi, apa terjadi kepada Usman? Soalan ini lagi ditanya. Hidup kan satu pengulangan. Dari mana Kate mendapat not sepuluh ringgit sebelum melakukan penerjunan tiruk? Teruskan menelusuri. [Point: 3.43]

Setersunya bab Biawak Bersalut Coklat. Baca tajuknya saja dah menyelerakan. Dan teruja. Penulis, Mat Jan. Siapa yang tak kenal Mat Jan dia gila! Maksud aku pembacalah. Kali ini, watak wartawan diketangahkan. Masidol Iqbal Sadiq (MIS) dan jurukameranya, Jauhari Johar (JJ) minum-minum di pub. Aku syak umur mereka berdua tak jauh beza. Paling kuat, JJ lebih tua setahun dari MIS. Deskriptif yang cukup baik digunakan penulis. Lengannya ada lemak menggeleber. Pahanya ada lemak menggeleber. Perempuan bertulang. Tapi, tapi, tapi... Dialog antara JJ dan Ani (perempuan Medan) kurang diolah dengan sempurna. Tambah sikit. Macam direka-reka. Tapi, tak mencacatkan cerita. Apa terjadi dengan MIS dan JJ sebaik saja pub itu diberkas? Dan mengapa berita kematian Kate yang lebih dramatik tidak menjadi muka depan tabloid berbanding berita mengenai penangkapan mereka? Babi. Akhir kata. Nazri tak berjaya menjadi Mat Rempit? Nazri menjadi jurukamera? Huhuhuhu. Dah tentunya Nazri kawan si Usman barangkali. [Point : 3.65]

Halimunan oleh Tok Rimau menjadi penutup bab. Mengisahkan Utnah. Hantu yang buruk dan hodoh. Hantu-hantu lain tak mahu berkahwin berkawan dengannya kecuali Kirin yang sudi merapatinya. Bagaimana rupa Utnah? Bacalah. Seram beb... Utnah mungkin menjawab persoalan apa puncanya Kate melakukan terjun tiruk. Bunuh diri? Kena tolak? Curi duit? Utnah pun tak tahu! Hahaha. Gurauan Utnah dan Kirin sangat berkesan. “Emak engkau! Emak engkau! Emak engkau!” diulang tiga kali baru afdal. Hidup ini kan satu pengulangan. Sindiran juga kepada makhluk yang bergelar manusia. Adakah rancangan Utnah berjaya untuk mengusi penghuni-penghuni Blok K-8. Masa ini dah ada telefon berkamera. Hoho, akhirnya Utnah dicucuk paku. Ya, berjayakah seorang tabligh menyelamatkan Utnah dari mengalami sengsara? Jawapan-jawapan dialog tabligh yang mencuit hati. Utnah menjadi semakin takut. Takut diperhambakan lagi. Mulutnya membaca doa. Mungkin doa sebelum tidur. Hahaha.. Ketawalah. [Point: 3.85]

Epilog yang ringkas. Benar. Tiada siapa yang boleh mebuktikan sebab kejatuhan dan Kate. Mati pulak tu. Kadirlah pulak! Adakah betul apa yang berlaku di sekeliling tiada kaitan dengan mereka? Siapa kata? Hidup ini kan satu pengulangan. Aku cari-cari juga watak tuan haji yang dikata Intan. Barangkali duduk Blok sebelah yang dikata jirannya juga. Adakah Usman geng basikal BMX tidak bermain bersama Nazri, Syarifuzan dan sebagainya? Kenapa dia bermain bersendirian? Adakah watak Nazri yang diketengahkan dalam bab Biawak Bersalut Coklat dan Halimunan oleh Tok Rimau merujuk kepada watak yang sama? Jika sama, Nazri tak kesampaian cita-cita mungkarnya. Capai cita-cita murni. Aku syak juga watak tabligh yang digambarkan TokR tak join pergi dari rumah ke rumah termasuk rumah budak-budak bujang. Entah. Aku syak blok K-8 yang digambarkan di muka surat 91 layout plan pandangan atas. Jika pandangan atas tentu ada koridor di tengah-tengah kan kan kan. Atau di tepi ke.. kan? Pandangan tepi kot. Tapi mana bumbungnya seperti yang digambarkan dalam bab Nama Saya Is. Kate berdiri di atasnya. Lebih bagus tak ada kan kan kan.

Bagi ruang pembaca memikir dan kita buat pertandingan melukis blok K-8 dan penghuninya sekali. Tapi, itulah K-Eight, Kate, K-Eight, Kate, K-Eight, Kate, K-Eight, Kate. Satu pengulangan.

Sebenarnya, dah tulis kelmarin. Nak pos hari ini kononnya. Fail corrupted. Hilang. Ini taip teks yang baru. Pengulangan. Kan membaca jambatan ilmu. Menulis pula jambatan membaca. Bacalah K-8. Tapi belilah dulu beb! Atau pinjam kalau kalian tak malu!

Sekian. Akhir kalam. [Cumulative Point Average : 3.42]

Bukan Kupinta (part VIII)

Kesinambungan Bukan Kupinta (part VII). Sini.

Masih garis masa sekitar 80-an.
Arakian, Mak tak pernah menceritakan perkara hal yang sebenarnya kepada aku. Entah. Aku pun malaslah nak bertanya. Emak pun malaslah nak menjawab sebenarnya. Dari mana asal keluarga kami? Di mana aku membesar? Bumi mana aku pijak dan langit mana aku junjung? Di mana tempat tumpah darahku? Soalan-soalan ini bermain di kotak kepala otak aku. Dan menyesakkan testis aku.

Belum sempat aku selidiki lagi dengan mendalam. Selidiki tentang jati diri aku. "Argh, peduli apa aku jati diri!" kau kata. Lebih baik layan cerita erotik! Tapi, sekarang aku sedang membuat catatan perjalanan sejarah aku. Bukanlah untuk mencipta epik. Dan jika ada rezeki aku mahu menjejaki di mana tempat lahir aku. Untuk menginsafi diri sambil melanconglah.

Sehinggalah pada satu hari, semasa di dewan peperiksaan. Ketika dan waktu itu semua mengeluarkan surat beranak atau Kad Pengenalan untuk menduduki peperiksaan UPSR ketika itu. Semua calon dikehendaki meletakkan dokumen yang diperlukan itu di tepi bucu kanan di atas meja tulis. Aku lihat semua letak. Maka, aku pun letak. Bull s**t! Aku alergi semua ini! Dalam hati aku. Dokumen yang aku letak, lain dari yang lain. Saiznya besar. Sebesar saiz kertas A4 yang di'laminate'. Sedang yang lain saiz B5. Atau saiz kad pengenalan dulu-dulu. Bagi yang punya kad pengenalan. Dokumen aku ada logo burung Garuda bewarna merah tertera di atas bucu kiri kertas itu. Ada tertulis begini:

AKTE KELAHIRAN

Nomor : Dua puluh tiga

Dari daftar kelahiran BANGSA INDONESIA di BINTAN TIMUR,
Ternyata bahwa di Kijang, pada tanggal sembilan Februari se-
Ribu sembilan ratus tujuh puluh delapan, jam sebelas waktu –
Indonesia Bahagian Barat, telah lahir seorang anak laki-laki yang
diberi nama : ------------- SAIFUDDIN --------------------------
anak dari keluarga suami iseri MARSUK dengan isterinya
------------ HINDUN. -----------------------------------------
------ Kutipan ini diperbuat sesuai dengan keadaan pada hari ini--
-------KIJANG, dua puluh delapan Februari seribu sembilan ra –
tus tujuh puluh sembilan.-----------------------------------------

Beginilah lebih kurang susunan layoutnya. Salinan asalnya masih tetap tersimpan. Huh, masa tu pakai mesin taip, 'spacebar' garis putus-putus.

Pengawas peperiksaan merasa kehairanan. Mereka tanya kebingungan. "Kenapa sijil kelahiran awak lain macam je ni?" Aku jawab dengan tenang (dalam hati). "Ini bukan sijil kelahiran cikgu. Ini Akte Kelahiranlah. Mangkuk! Huhuhu" Tak sepatutnyalah aku jawab gitu. Biasalah, cikgu kekadang Jakun juga. Mengalahkan suku kaum Jakun di pelosok hutan sana. Maklumlah tak melihat dunia luar. Tak terdedah dengan benda-benda begini. Maka dipendekkan cerita. Asal aku tanya je, mak cerita kreng kong kreng kong panjang lebar. Sehingga kini lagi aku masih tak faham. Mak kena buat epilog untuk aku. Nanti dulu! Mak kata.

Aku menjalani peperiksaan dengan tenang. Aku anggap semua itu pertanyaan yang bukan eksotik. Aku dah faham benar interpertasi orang-orang di sekeliling. Merendah-rendahkan keturunan orang seberang. Sesungguhnya, Kota Kijang, Kepulauan Riau tempat tumpah darahku. Sehingga kini aku belum sampai ke sana. Nak kena pergi naik feri wo! Tapi.. Tapi.. Tapi..,

"Sebenarnya, kau lahir bulan dua belas tahun sebelumnya. Mak terlambat daftar kelahiran kau.." Mak kata.
"Ooo" Aku kata.

___
Kata untuk hari ini :
Abses maksudnya bengkak yang bernanah (Kamus Dewan Edisi Ketiga)
Contoh ayat. Leman bukan sahaja mengalami kecederaan selepas kemalangan itu. Tetapi kaki kirinya mengalami abses yang teruk.

8.1.08

BaWeAn


Jika kalian penggemar muzik hindustan atau muzik-muzik rock, jazz, ballad, metal, punk. Ikut suka kalianlah! Hari ini. Aku menikmati muzik-muzik Bawean. Apakah lagu berbahasa Bawean yang paling terkenal sekali? Tentu saja lagu La Aube / La O Be yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat, penyanyi kugiran The Swallows pada era 60an.

Lagi ini pernah diterjemahkan di dalam entri ini. SINI

Jika mahu menikmatinya lebih KLIK SINI









Itu muzik. Ini pantun. Kutip dari forum KOMUNITI mereka.

songai terta sebennes are
kaju sentong bebena tete
labereta bule asare alek
sari settong cocok ka ate

Paraben bule a'ngangkhui todung...
Anenghu bejeng a'ereng ereng..
Ngastabe bule tak nyethe tedung..
Takok na alek.. e'kalak Oreng....

sakrong napak du karong
ka tello karong ghi' enante'a
sataon napak du taon
ka tello taon ghi' enante'a

sangkapora kapamona
a sere se paddhek pakanna
embhik pangapora bule atanya
alek se manes endikna sera

alajer eson katanah arap
napak e arap mellea areng
seang e arep malem e arep
se 'e arep 'e kala' oreng.

Ompama Bule Ngakan Tak Nyaman
Mellea Jhukok ka Komalasa
Ompama Bule tak Pangalaman
Obbhek 'E dinto Bede se A Romasa.

pellem mocet dhinnaju buena ondung
ojhen toron kerana e tengga are
samalem compet lek tak nyetdhe tedung
ojhen kerrong kerana tak mare-mare

Ojhen toron etengnga are
tak oneng bule dile marena
ojhen kerrong tak mare-mare
Tak oneng bule dile atemmona

alejara naik parao
pamolena melle kweane
kabelaaken bula tak mole
bede erantau olle bine

Pamolena Melle Kwene
Pokol settong e are kammes
bede e rantao olle bine
Bhekal e kampong ta tanges-tanges

kapasara bule mellea komere
nemmo acar ebebe ghenteng
labereta bule seasare nemmo
lek Gafur se paleng ghenteng

ka tasek lek mele melea
bede padi e bebena gentong
seekemma lek se epelea
abang yudi se nomer settong

bule mengken akolambhi merk Polo
saloar bule merkna levi's
aduh toghellen bule sake' olo
mekkere kenangan e Parangtritis.

Sekian. Ada masa saya terjemahkanya ke Bahasa Melayu

7.1.08

Cikgu minyak masak

"Anak saya pagi tadi, nyenyak tidur. Tak bangun nyusu pun...,beshnyer..." cerita Sal sambil membetulkan tali-temali kutangnya. Ketat. Baru dibeli semalam.

"Aku ngantuk betul pagi ni. Jaga anak. Dia bangun kul satu dan empat pagi, bagi susu. Bini saya tidur mampos!" cerita Rom pula sambil menggaru-garu celahan duburnya yang tak gatal. Ketat. Baru dibelinya semalam. Seluar katuknya!

Sal dan Rom. Satu pejabat. Dipisahkan dengan pembahagi ruang. Disebut 'partition'.

Ya. Negara kita, Malaya. Iklim khatulistiwa, mengalami banjir. Aku dapat terima.
Tapi bagaimana, negara kita, Malaya. Pengeluar minyak sawit terbesar tu... Mengalami kekurangan bekalan minyak masak? Alahai...

Budak darjah satu itu bertanya kepada cikgunya."Cikgu, mana cikgu pergi? Sedari tadi saya cari cikgu tauuuuuu..?" kata Imron. Di Sekolah.

"Mak, cikgu pindahkan Imron ke kelas lain. Mula-mula Amanah. lepas tu, Jujur." Imron. Di rumah.

"Kenapa?" Mak Imron.

"Erm..., entah..." Imron.

__
Soalan kefahaman berpilihan:
1. Di manakah Sal dan Rom masing-masing beli kutang dan seluar katuknya?
A. Tesco
B. Giant
C. Jusco
D. Pusat Pakaian Hari-hari

2. Apakah warna yang TIDAK terdapat dalam jalur gemilang?
A. Putih
B. Biru
C. Hijau
D. Merah

3. Adakah Imron dipindahkan ke kelas yang lebih pandai?
A. Ya
B. Tidak
C. Sama saja.
D. Belum dapat dipastikan.

Hadiah menarik menanti. Sila emel jawapan ke atochsmart2@yahoo.com. Tarikh tutup. Selepas negara kita menyambut 1 Muharram.

5.1.08

Haru hirup kerana Gadjet

Gadjet yang dibeli oleh Romli belum habis diselidik sepenuhnya. Ia perlu diteroka. Romli baru membeli gadjet dua hari lepas. Dia membelek-belek gadjet itu. Buku manualnya pun belum dilihat lagi. Untuk info: Kalau Romli dah belek, dia tak mempedulikan sekeliling dah!

Sal pula sibuk menguruskan anak-anak. Mereka baru pulang dari kerja. Kemudian, anak Sal yang bongsu, umurnya belum setahun, menangis. Dibiarkan bergelentangan. Sal menuju ke dapur untuk menanak nasi lembik untuk anaknya yang bongsu. Begitulah kebiasannya yang dilakukan Sal.

Biasanya, Romli akan mendukung si kecil ketika waktu-waktu begini dan mententeramkan keadaan. Atau sekonyong-konyong menyumbat puting kosong dalam mulut mungil si kecil itu. Sebaliknya, Romli sibuk giler dengan gajetnya. Dia nak tahu kenapa ia tak keluar bunyi sedari pagi tadi.

Sal menjengah dari dapur sambil mengacau bubur nasi. "Abang, angkatlah budak tu dulu. Maghrib-maghrib ni biarkan dia menangis pulak. Heeeeeiiiiy!" Sal mengeluh dan mendengus. Nadanya seperti marah.

Sambil itu, Romli melirik ke arah Sal sayugia tangannya menepuk-nepuk belakang si kecil dan menyumbat puting kosong ke mulut mungil si kecil. Dengan harapan si kecil diam. Tangan yang satu lagi masih memegang gadjet. Dalam hatinya terbuku geram yang menebal. Kerana dari semalam lagi Romli tak bebas untuk menggodek-godek gadjet itu. Malulah dia kalau orang lain nampak dia tak mahir mengaturcara gadjet itu dengan cekap.

"Abang! Budak tu bang...!"

Sudah disumbatnya puting kosong tetap melalak juga. Romli tahu bahawa waktu-waktu begini samada si kecil itu lapar atau dia kehausan. Itu saja. Waktu begini ibunya akan suap atau memberi susu kepadanya. Tapi, oleh sebab urusan dunia yang sangat sibuk. Mereka lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Maka lewat jugalah mengambil anak-anak.

"Abang..?!" Sal melontar suaranya lagi.

Diam sekejap.

"Abang tahulah!" Darah Romli menyirap naik. Bergelojak tiba-tiba. Tahu sajalah waktu-waktu Maghrib begini Setan gondol banyak berkeliaran. Kerja Setanlah ni...

"Tau.. Tau…Tau..! Anak tu kan nangis. Angkatlah!” Sal balas.

Diam.

"Ala cayang-cayang…ucuk anja..." Lalu Sal angkat dan mendukung si kecil untuk diberikan susu.
Sambil membebel "Gadjet tu lagi penting kan?! Anak tak penting. Huh!"

"Tolong diam boleh tak?!" Romli meninggi suara guna kod "C Major." Romli hampir hilang sabar kerana dia tahu Sal tak suka dia menghadap gadjet itu macam orang jakun.

"Erk eleh, apsal pulak…!" Sal jawab lagi. Mengacah-acah.

"Ohohooi. Diamlah! Taku tak!" Kelentang.. Pang! Kaboom! Bunyi kuat itu datang dari tindakan Romli menyepak kerusi yang di susun di ruang makan. Kah! Kah kah..! Padan muka! Kaki Romli sakit.

Kemudian beredar berlalu meninggalkan gadjetnya. Dan pergi untuk mandi. Bersolat Maghrib. Dia geram. Cukup geram dengan bebelan Sal yang tak reti nak diam. Macam bontot ayam. Ada saja nak menjawab. Sal juga geram dengan Romli asyik dengan gadjetnya tak sudah-sudah. Anak mereka yang sulung diam. Ketakutan barangkali. Duduk, menonton TV.

Setelah anak kecil diberikan susu. Dia akhirnya tidur. Akhirnya dia tidur. Dia tidur akhirnya. Rumah mereka menjadi sepi kecuali suara yang keluar dari TiVi saliran Astro. Romli diam membatu. Sal diam berbatu-batu. Mereka makan bergilir-gilir. Lepas Sal dan anaknya, baru Romli makan. Yang ada di atas meja hidangan daging goreng tak garing. Nasi putih.

Ah! Kuah takde... Dalam hati Romli.

Romli ke dapur untuk masak mee Maggi kononya. Alternatif kepada kuah sayur atau sup. Kalau takde kuah tak selera makan. Jerang air, masuk lobak merah, masuk cili potong, pecah telur. Tak lama masuk mee Maggi. Kemudian, angkat.

Sal dan anaknya yang sulung sudah melepak di ruang tamu menonton TiVi. Entah rancangan apa. Romli panas membara sedari tadi, sedang menyiapkan mee Magginya. Mee Maggi dah masak, Romli tuang ke mangkuk. Dalam proses menuang dari periuk. Kelentang-tung-tang!Periuk terlepas. Mee Maggi berterabur. Mee Maggi tinggal separuh.

Aduhai...! Romli makin panas! Romli kutip. Alahai.., Inilah balasannya agaknya. Romli sebak sambil mengelap lantai. Mee Maggi dapat separuh mangkuk. Bawa ke meja makan. Anak sulungnya datang. "Ayah masak Mee ke?" Sejuk hati Romli. Akak nak sikit? Makanlah..." Romli dan anaknya makan bersama. Menghirup sorang sikit kuah Mee Maggi.

Malam itu sunyi betul. Kipas berpusing atas siling. Udara panas betul! Sal dan anak-anak dah lama melelapkan mata. Ramli masih terkebil-kebil memerhatikan seorang demi seorang. Tanpa disedari air matanya mula bergelinangan lalu membasahi pipi. Sedangkan lidah lagi tergigit. Romli tak gigit lidah Sal. Malam itu, Sal tidur dengan lena. Romli rasa bersalah lalu merebahkan badan di sebelah anaknya yang kecil. Malam ini Romli akan jaga si kecil ini termasuk membuat susunya jam empat pagi nanti. Biarlah Sal tidur. Tidur bermimpikan yang indah-indah.

Soalan kefahaman :
1. Siapa yang bersalah?
2. Cuba teka gadjet yang dimaksudkan penulis?

3.1.08

Pagi yang membusukkan!

Dah lama aku perasaan. Najis kucing dalam pasu bunga. Kering dan garing. Ini aku boleh sabar. Lagipun baunya tak merebak. Ini tak lain tak bukan, kucing jiran. Tahu bela kucing tapi tak tahu buang najis kucing! Cat shit! Jadinya aku biarkan saja. Boleh juga jadi baja kan? Getus hati aku.

Pagi yang dingin. Ketika umat manusia sibuk. Menghantar anak-anak masuk ke sesi persekolahan. Aku juga menjadi sibuk. Bau yang haring menerjah masuk ke lubang hidung. Dibawa sang angin menyelinap. Seluruh pelusuk kawasan. Pergh! Tak boleh tahan beb! Bau yang cukup membusukkan. Sialan! Aku kata. Kata itu kata carutlah! Sah, kucing jiran bertapa lagi dalam pasu tu. Rebakan baunya semakin menjadi-jadi. Busuk dan terus besuk.

Nak aja aku ketuk pintu rumah jiran. Dengan tukul besi misalnya. Bagitau dia suruh ajar kucingnya ke sekolah. Atau kucingnya ajar dia ke sekolah mengurus najis. Malangnya, jiran aku pagi-pagi buta dah keluar. Pergi berambus kerja. Balik pula menjelang senja. Tahu bela, tahulah buang najis. Orang lain punya kucing, orang lain yang bau najisnya. Apebende lah...

Tanpa berlengah, aku buang najis itu jauh-jauh. Tak mahu terbayang-bayang. Huh, memang pagi itu pagi yang membusukkan! Aku cukup bengang.! Kau cukup bangang! Ini boleh mendatangkan marah. Muka yang manis boleh bertukar menjadi masam wo! Sudahnya, masa aku terbuang kerana membuang najis kucing. Lewat ke tempat kerja.

Pagi itu. Singgah kedai. Beli kopi cap kucing. Nak tabur kat dalam pasu. Ini petua kawan aku yang rumahnya juga sering diberakkan kucing merata-merata. Kucing tu tak bersalah! Aku harus jumpa dengan tuannya. Kalau nak bela kucing, belalah dengan bersungguh. Kalau tak mau bela, tukar binatang peliharaan. Ikan mas ka, Hamster ka. Misalnya macam aku bela ikan puyu. Kan mudah.

Takut kepada kegagalan

Sekadar berkongsi:

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya! Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN. Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan"adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya"Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan."

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda. Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah BabeRuth. Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yangmembuat home-run. Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidakmengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"
Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:
Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4tahun!

Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja di kedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Kredit: RahsiaInternet.com

2.1.08

291207

Kredit gambar: Kak Ungku



Penerima Plak-Plak yang best di Perhimpunan Halal Geng Jurnal 2007

Blog Terhebat dan Terbaik : Saharil

Entri Blog Terbaik - Kategori Intelektual : Hairi Yusof - Kisah Pengangkutan

Entri Blog Terbaik - Kategori Emotional : Jowo Pinter - Satu Hari di Hari Raya II

Entri Blog Terbaik - Kategori Humor : Dugung Senyum a.k.a Basri MD

Projek Dalam Forum Terbaik : Lumba Kata Top Lima - Op & The-Mulan

Projek Luar Forum Terbaik : Maskara - Sindiket SolJah.

Blog Baru Terbaik : Studio Inspirasi

Blog Paling Kreatif : Sinaganaga

Anugerah Khas Juri : Amyz (Setiausaha Geng Jurnal 2007)

Juri oleh : TokRimau dan Rudy Bluehikari.
___
Laporan Penuh

Ustazah oh ustazah

Kalian tahu siapa bapa Skaut Sedunia? Ya, Lord Robert Baden-Powell. Apa dia buat? Ada dia bagi pakaian seragam Skaut percuma kepada kau atau kepada budak fakir miskin papa kedana? Kalian jawablah sendiri. Tapi kalian tahu siapa pemberi seragam Skaut pertama secara percuma kepada saya? Apa kalian nak kisah! Ini kisahnya.


Dulu. Sekolah primari yang aku suka. Aku ingin sangat berpersatuan. Maksud aku, aktiviti ko-kurikulum (ko-Q). Bukan kerana apa. Hanya mahu campur dengan orang dan kawan-kawan. Dan bergiat aktif di sekolah. Tak mau jadi kera sumbang. Atau kera sumbing gigi susunya. Persatuan yang nak sangat aku join tu, Skaut. Atau Pengakap istilah modennya.

"Ini Ustazah bagi satu sut pakaian seragam Pengakap untuk kamu. Nah!"

Aku malu tertunduk dan tersipu-sipu menggaru-garu punggung yang tak gatal dan kulit kepala yang gatal. Rupa-rupanya Ustazah mengikuti perkembangan sosio-ekonomi keluarga aku. Sepanjang aku bersekolah di situ. Dalam erti kata yang lain, bukan keluarga tak mampu. Tapi keutamaan duit ketika itu adalah untuk beli buku-buku. Bukan untuk persatuan Skaut. Lagipun, Ustazah tahu sebab aku layak dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Maka automatiklah, aku tak mampu nak beli mende kejadah segala maung Skaut tu... Tak dapat juga aku sorokkan semua itu. Aku akui. Guru Besar pun akui.

"Ambil la. Dan sedikit wang untuk pendaftaran ni..."

"Tak payahlah Ustazah... Susah-susah je..." Aku.

"Alah, ambil aje la... Ambil lah..."

"Saya bilang tak payah-tak payahlah.."

Lalu aku menghulurkan tangan juga. Akhirnya. Menerima itu semua dari Ustazah dengan dada yang terbuka. Bukan membuka dada. Dada yang lapang. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Ya, lebih baik dan lebih mulus dan lebih halus!

"Terima kasih Ustazah. Jasamu tetap dikenang..."

Sepanjang saya turut serta Skaut, banyak ikatan yang saya belajar. Tapi. Semuanya dah hilang. Begitu saja! Dan dah lupa sebab banyak termakan semut.

Tapi ikatan Ustazah dengan saya tak akan luput dari ingatan saya. Lagipun saya hanya pegang satu ikatan iaitu ikatan ukhuwah antara kita. Walaupun Ustazah bukan bapa atau ibu Skaut Sedunia. Saya tabik spring. Toinkkkkkk.. pada Ustazah.

Ustazah yang dimaksudkan adalah Ustazah Mahaya. Urm... Dekat-dekat nama isteri saya yang pertama. Mahani. Itulah namanya jodoh kan? Supaya ikatan tak putus begitu saja. Puas juga saya cari nama Mahaya tu. Tak jumpa. Belum cuma saya 'google' kannya. Tapi ini saja yang terdekat saya jumpa. Semoga Ustazah sihat seadanya dan jemputlah datang ke rumah saya. Bolehlah saya tunjukkan hasil perkongsian hidup kami. Yang membuahkan hasil dua tahun sekali setakat ini. Amin.

Nota :

1. Tulisan font merah itu, penulis memandai-mandai menambah rencah. Bagi sedap cerita.

Engkaukah lelaki itu Ah Lek?

Hari ini ada entri lain yang telah tersedia. Tapi isu ini sedang hangat diperkatakan.

Ah Lek perlu letak jawatan daripada kabinet, agar tidak membebankan tanggungjawab PM dalam menangani isu video sex ini. Begitulah suara ramai. Kalau tak jenuh Pak Lah nak jawab "Eh, ada lagi ke stok DVD bertajuk "Healthy Sex Life"di jual di pasaran Malaya?"

Kejujuran Ah Lek patut dipuji. Pengakuan yang ikhlas dan rasa tanggungjawab. Dia berani kerana punya telur! Tapi pertunjukkan telurnya dari empat penjuru sudut yang berbeza satu pertunjukkan sarkis yang kotor dan jijik! Mungkin juga ini perangkap? Atau Ah Lek terkantol? Politik.
"If they are not satisfied with our service, then why come to our hospital? According to logic, if you don't have confidence in our doctors, then why come?" kata Ah Lek kepada umum.

"Are U Satisfied with my service?" kata Ah Lek kepada rakan lamanya yang berjantina wanita.

Maklumat lanjut SINI ; SINI juga ; SINI pun ada.

Ya, saya tak marah Chua ini. Tapi, Chua yang satu lagi. Bermula apabila adik kepada menteri ini yang dipanggil Miss Chua (ada no. ic nya saya simpan) telah menipu beberapa orang pekerjanya. Termasuk saya semasa bekerja dengannya dulu. Di satu kompeni di Johor Bahru yang beroperasi di bangunan JOTIC. Ketika itu, bertindak kepada konsultan rasmi kepada Jab. Pelancongan Johor. Maklumlah ketika itu, Chua Soi Lek memegang jawatan Exco Alam Sekitar dan Pelancongan Negeri Johor. Gaji yang dijanjikan tidak dibayar beberapa bulan lebih kurang hampir Lima Ribu Ringgit Malaysia. Miss Chua menghilangkan diri tanpa belas ehsan kepada pekerjanya. Dan dia tidak membayar gaji dengan alasan-alasan yang tidak logik. Namun, saya dah lupakan itu kerana jika diingati sekalipun tidak akan dapat wang itu kembali. Tapi, hutangnya tak akan selesai di bumi. Jumpa di padang!


Nota : Muka Miss Chua sebijik dengan gambar di atas tetapi versi perempuan lah. Barangsiapa yang menjumpainya, tolong ingatkan dia supaya bayar gaji-gaji pekerjanya yang dulu. Kak Ros, saya mewakili luahan hati anda juga..