5.12.08

Romlah : Delayed Stories (part IV)

“Eeee yacth! Hak ptuuuii... Apa nak jadi, jadilah. Aku tak mau babi!!!!,” sahut Romlah dengan berani. Babi itu bukan carutan. Dalam mana-mana laporan rasmi kerajaan pun sekarang ada perkataan babi. Di Melaka misalnya. Di Selangor juga.

“Hello Bos, ada mana?! Kami ada berhenti sini. KM 25” kata Aoh Kawn.

Tidak lama kemudian, dua buah kereta meluncur memecah kedinginan malam. Pemandunya keluar. Geng G-Spot masuk ke kereta yang satu lagi. Lalu beredar meninggalkan kawasan itu. Bos datang menghampiri Romlah. Lalu menarik Romlah keluar.

“Hah! James...?!’ Romlah terperanjat sedikit terkejut.

“Yup! My name is James. James Blonde. Ekekeke... Jom ikut I...”

“Pergi mana sayang...?”

“Pergi balik rumah kitalah... Haha!”

“Okey! Habis lelaki tua ni...”

“Arggh! Biarkan saja situ. Naik kereta I

Dalam perut kereta. Romlah menanyakan sesuatu kepada James, apa tujuan dia melakukan ini semua. Bukankah senang panggil saje dia sebelah rumah. James menjawab, I sukakan yang dramatik. Errr, I cintakan U sebenarnya sayang...

So?”

“Boleh tak U temankan I malam ni....”

“Mengadalah U ni... Selalu marahkan kucing I tau... Dia tak bersalah. Kenapa U buat gitu? Owh, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu ye...” Romlah tersenyum kegirangan.

+++++

“Eh, Sham, aku tengok Kak Romlah tu rajin jugak ke surau yerk?”

“Ye ke?”

“Aku selalu perhatikan dia juga apa...”

“Errm.. Tapi, aku syak sesuatu lah dengan Kak Romlah tu...”

“Jadi, kau nak kita buat apa?”

“Begini... sok sek sok sek...” Sham membisikkan sesuatu ke telinga Kana untuk membuat perancangan mengintip gerak-geri si Romlah.

“Okey settt... Malam ni kita projek.”

Sham dan Kana bersiap-siap untuk turun menjenguk ke rumah Romlah. Membawa bungkusan di tangan. Dengan alasan untuk memulangkan kutang Romlah yang mereka sekawan mencurinya. Sham dan Kana mula mengetuk daun pintu rumah Romlah. Diketuknya beberapa kali tetapi tak berjawab. Jauh sekali hendak dibuka. Mahu saja mereka menendangnya. Kemudian, mereka berdua melihat daun pintu rumah James terkuak luas. Lalu mereka menghampirinya. Mereka menjengukkan kepala ke dalam.

Baru saja mereka mahu memanggil, mereka terdengar suara lelaki dan perempuan ketawa mesra. Dari arah dalam. Datangnya dari dalam bilik. Mereka syak itu suara James. Dan yang perempuan itu dah tentulah awek James.


sambung...


.

Pengumuman : Penulis bercuti mulai 6 Disember hingga 14 Disember 2008. Entri baru akan terbit pada 15 Disember 2008. Harap maklum.

.

7 comments:

l.i.f.e said...

ah, ini versi yang tiada didalam buku?
cepat habiskan

ASaL said...

salam balas kunjungan
menarik cerita, ada suspen
bila nak sambung

bokbon said...

bila nak sambung ni, gua dah sangap dah..

artsoul said...

aku tunggu episod sterus nye...

pemikir lapuk said...

:)...aku tunggu sambungan dia

*tkejut buka blog ko...tiba2 pistol kat dahi aku hehehehe

Danielle_Corleone said...

gila lama gua tak bukak blog kawan2. :-p

Jeopardize Kaiser said...

wah mcm aku nak tahu lebih lanjut gtu sambungan crite tu. tolong! tolong.! aku nk buku tu. tlg, sesape boleh tolong aku??