18.12.08

Gagasan hidup saya : Prolog

Di sini saya ingin berkongsi target saya dengan kalian semua. Oh, lupa saya mahu memulakan intro. Ya, saya sekadar berkongsi. Saya bukanlah ingin menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga. Atau mempunyai niat yang lain. Saya juga bukan dilahirkan dalam keadaan yang senang. Bukan dari kalangan orang kaya-raya. Untuk info, saya orang susah! Hidup sederhana saja. Saya juga bukannya memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Saya bukanlah terlalu pandai sangat dalam segala hal. Saya juga bukannya mahu melawan takdir. Tapi, saya tidak hanya sekadar menunggu takdir hidup saya. Apa yang tertulis di Loh Mahfuz juga saya tidak tahu. Sebab itu saya selalu berdoa, meminta kepadaNya.

Jadi, ia bukan sekadar tulisan-tulisan dan lukisan-lukisan yang dicoretkan dalam helaian-helaian kertas, lalu dikompilasikan menjadi "buku eksklusif gagasan hidup saya". Makanya, dengan cara ini ia boleh dikongsi dan apa yang tersimpan di hati kecil sanubari saya dapat dilepaskan beriringan bersama sang bayu. Bukan saya angan-angan kosong. Saya punya imaginasi yang punya noktah. Ingat! Seorang yang berangan-angan tanpa titik hanyalah mengikut khayalan mindanya sedangkan orang yang berimaginasi telah mereka satu skrip untuk ke satu matlamat.

Baiklah, saya tak pecah-pecahkan target saya ini kepada agama, politik, sosial dan ekonomi. Ia terangkum dan saling berintegrasi di antara satu dengan yang lain. Dan saya juga tidak menyusunnya mengikut keutamaan dalam hidup saya. Tapi, di dalam BUKU EKSKLUSIF GAGASAN HIDUP SAYA yang saya rangka draf pertama pada tahun 1995, ia di susun berdasarkan lojik, realisitik dan pencapaian tahunan. Kemudian saya semak semula pada tahun 2001. Sama ada realisitik atau yang mustahil untuk dicapai. Saya sudahpun berikan keutamaan padanya. Dan saya sasarkan mengikut tahun sehingga ke tahun 2050 (setakat ini). Tahun 2050 umur saya 27 tahun terbalik. Hehehe..!! Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Bahkan sehinggalah perancangan ini dapat diWASIATkan kepada generasi saya nanti lagi bagus. Ada 25 target kesemuanya (wow! Banyaknya. Saya pasti boleh!). Ia menjadi keinginan, hasrat, kehendak (hajat), sasaran, kemahuan, azam, target untuk mencapai cita-cita / gagasan saya.


PERKARA

SASARAN

TINDAKAN

# Melaksanakan apa yang diPerintah serta menjauhkan apa yang diLarang ALLAH; Membaca al-Quran setiap hari

seumur hidup

  • Jangan tinggal solat
  • Membaca al-Quran seusai solat Maghrib & Isyak
  • Memahami isi al-Quran dengan berguru
  • Mempelajari tajwid dengan berguru

# Menjadi jutawan beriman

2015

  • Menambah pendapatan
  • Melakukan perniagaan
  • Menjadi perunding pro

# Memilik MPV sendiri

2010

  • Mengumpul wang dan emas
  • Meninjau spek yang dikehendaki

# Mempunyai seorang isteri comel

Dah dapat

  • Jaga dia sepenuh hati
  • Memberi nafkah zahir dan batin kepadanya.

# Mempunyai 5-6 orang anak (Kini, baru 2 orang)

Sebelum umur isteri menjelang 40 tahun. Saya dah bincang dengan dia. Haha!

  • Memberi pendidikan awal
  • Makan pemakanan seimbang
  • Menjaga kesihatan

# Memiliki pekerjaan yang stabil dengan pendapatan bulanan melebihi RM5k

2010

  • Usaha gigih tak kenal erti jemu
  • Jangan ikut nafsu syaitan
  • Jangan dengar cakap jin kafir

# Memiliki kelulusan tinggi dan budi pekerti yang juga tinggi

Dah dapat sampai Sarjana. Nak try sampai phD

  • Mencapai setakat mana mengikut kemampuan
  • Hormat pada semua orang
  • Berbaik pada semua orang

# Menerbitkan 1 buku setahun

bermula 2009

  • Membaca mengenai selok-belok ilmu penulisan

# Membeli 1-2 buku sebulan

seumur hidup

  • Membaca menambah ilmu

# Memiliki rumah sendiri

2010 (teres 1 tingkat)
2020 (banglo)

  • Membuat pinjaman
  • Mempelajari selok-belok jual beli hartanah

# Memiliki perniagaan sendiri

2015

  • Jurugambar pro
  • Tukang jahit pro
  • Perunding pro
  • Usahawan pro

# Memberi pendidikan terbaik pada anak-anak

seumur hidup

  • Memberi anak makanan minda
  • Mengajar anak pendidikan dunia dan akhirat

# Mencarum untuk pendidikan dan masa depan keluarga

seumur hidup

  • Memperuntukkan wang untuk pelaburan pendidikan

# Melaksanakan perancangan kewangan sistematik

seumur hidup

  • Membeli buku dan mendapatkan ilmu mengenai perancangan kewangan

# Menempa nama untuk kebaikan mengharumkan nama negara

2015

  • Hantar surat kepada PM untuk pengesyoran
  • Study buku Malaysia Book of Record

# Mempunyai rehat yang cukup

Seumur hidup

  • Gunakan 5 sebelum datang 5
    Tidur 7-8 jam sehari

# Membekalkan minda dengan suppliment yang hebat

Seumur hidup

  • Melakukan senaman 3 kali seminggu
  • Tidak merokok!
  • Makanan seimbang
    B-Complexs, Zat besi, Ginkgo, Herba

# Berekreasi / Bercuti / Melancong / Menghilangkan ketegangan setiap hujung minggu

Seumur hidup

  • Mengumpul duit
  • Membeli barang mengikut keperluan saja

# Menyiapkan apa jua tugas harian dengan penuh komited

Seumur hidup

  • Tanamkan sikap jangan puus asa.
  • Rajin dan kuat berusaha.
  • Jangan menangguh kerja.

Mencari seberapa ramai kawan dan tiada musuh langsung!

Seumur hidup

  • Senyum pada semua orang
  • Hormat pada semua orang
  • Berkawan dengan semua orang
  • Positif pada semua orang

# Memiliki komputer riba sendiri

2009

  • Kerja keras!

# Memiliki motosikal sendiri

2011

  • Mengumpul duit

# Menjadi seperti pepohon rendang, ahli keluarga dan ibu-bapa dapat tumpang berteduh. (abstrak target ni)

2012

  • Menjalin hubungan baik dengan semua makhluk

# Mengerjakan ibadat haji bersama isteri (akaun tabung haji pun takde lagi..)

2018

  • Buka akaun tabung Haji dulu. Aha!

# Dapat kumpul / menang duit sejuta

Bila-bila

  • Masuk pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan


Saya niatkan usaha murni ini dilakukan semata-mata untuk menuntut keredhaan ALLAH, mengamalkannya untuk manfaat di Akhirat, keluar dari kalam jahil kepada cahaya ilmu, mendapat faedahnya di dunia, diberi pahala untuk Akhirat dan syurga adalah matlamat. Amin. Kalian doakan kejayaan saya.



.

8 comments:

silent paranorm said...

mmm... banyak tu.. bergegaslah capai gagasan.. takut gagasan gugur dari genggaman..

AiE bAhRi said...

kagum!!
rupanya anda seorang yang ada misi.Saya doakan yg terbaik utk anda.
Cayalah....

kuIna Jentayutiara said...

moga berjaya... doa, usaha, ikhtiar, tawakal... insyaAllah.

Framestone said...

prolog yang bagus... aku kne set balik la...nk tgk mne yg dah berjaya mne yg xtercapai lg... dab mane yg perlu diperbaiki lg

Water Lily said...

Cantik! Nanti akak copy and paste agenda hidup lu ni(dengan sedikit modifikasi),print dan tampal ke dinding(dan ke dalam otak juga)

Boleh kan?

AL-BIMA SAKTI said...

semoga yg baik-baik itu akan jadi miliki kita... insya-Allah...

Jeopardize Kaiser said...

InsyaAllah. :) bagus. anda mempunyai matlamat dan caturan hidup yg sistematik :)

insan said...

alhamdulillah... heda doakn yg terbaik utk abg & keluarga.... Allah sahaja yg tau mana yg terbaik utk diri kite...