25.11.08

Penipuan terancang

Sejurus aku tiba di pejabat, aku lihat PDA aku. Ada 2 SMS baru masuk. Aku baca dan susunan ayatnya begini :

Congratulations
Sim-Card Anda
Telah Bertuah
Memnangi
Hadiah Utama
wang Tunai
RM.30,000.00
dr "PETRONAS MAS"
Sila/call/tel:
0128 37929
Terima kasih.

Ada dua SMS begini aku terima pada 22 Nov jam 8:02 AM dan 8:04 AM. Wow! Hatiku girang tak terkata menerima SMS sebegini rupa. Rezeki beb! Aku kata dalam hati. Tapi, aku tak pernah masuk peraduan Car Craze petronas tu. Sejak menghantar 2 penyertaan tak menang. Aku tak hantar lagi. Manalah tau, ini tuah. Hahaha! Terus saja aku menghubungi nombor tertera. Hatiku suka bukan kepalang.

+ Hello, saya ada terima SMS pasal kemenangan wang 30 ribu betul ke?

- Iya, betul encik. Sekarang encik salah seorang dari pemenang hadiah utama kami. Encik bakal memenangai 30 ribu ya.

+ Ini di mana ni?

- Iya, ini dari Petronas KLCC ya. Boleh saya tahu siapa di sana ya?

+ Saya Heryanto Arbi bercakap di sini. Tapi, saya kurang yakinla dengan kemenangan saya ini.

- Oh iya encik. Ini bukan penipuan ya. Ini bertuahnya encik kerana menjadi pemenang kami.

+ Hanya dengan menerima SMS?

- Iya.

+ Jadi, macam mana saya nak dapatkan hadiah ini?

- Iya. Begini ya encik. Encik tak perlu datang ke pejabat kami. Kami akan masukkan terus ke akaun anda. Encik punya akaun dan kad ATM ya?

+ Ada. Nombor akaun saya 101132436380. Akaun Maybank.

- Iyah. Boleh saya tahu siapa namanya ya.

+ Heryanto Arbi

- Sekarang encik apa di rumah atau di pejabat?

+ Saya di pejabat.

- Apa jauh dari pejabat encik ke mesin ATM.

+ Adalah dalam 10-15 minit.

- Iya, encik seharusnya ke mesin ATM. Sudah sampai di mesin ATM sila menghubungi nombor ini semula ya. Kami mahukan pengesahan.

+ Saya masih tak percaya la. Kenapa perlu ke mesin ATM?

- Ini peraturannya ya. Iya, kalau encik kurang yakin. Encik boleh menghubungi pemenang pertama Encik Fidrus dari K.K, Sabah. Encik boleh menanyakan hal ini. Dia baru saja memenangi hadiah yang sama tempoh hari. Sudah pun diambilnya.

+ Ada nombornya ke?

- Sila catat ya encik. 014-3565147.

+ Ok. Boleh saya tahu, saya bercakap dengan siapa?

- Saya Tengku Ibrahim bin Samsuddin.

+ Ok. Terima kasih. Saya hubungi nanti.

***
+ Hello. Encik Fidrus ke?

- Iya.

+ Saya Heryanto Arbi. Betul ke encik Fidrus ada menang wang 30 ribu?

- Iya. Syukur alhamdulillah. Saya baru menyelesaikan hutang saya. Bayar pinjaman saya. Iya syukur.

+ Encik Fidrus diberitahu dengan SMS?

- Iya. Saya dapat SMS terkejut saya. Kemudian, saya menggunakan akaun bapak saya untuk mereka memasukkan wang. Saya mengajak kawan saya sekali ke mesin.

+ Saya tak percayalah ini.

- Iya. Pada mulanya saya seperti anda juga. Tidak percaya. Nah, sekarang saya sendiri mempercayainya kerana sudah memiliki wang 30 ribu. Apa yang perlu adalah mengikut arahannya.

+ Ok. ok. takpe. Terima kasih ya.

***
+ Hello.

- Hello. Iya. Siapa di sana?

+ Saya Heryanto Arbi. Buat panggilan tadi.
(Sambil aku menelefon, tangan aku google sesuatu di laman sawang. Depan komputer. Antara yang aku google. "Peraduan Petronas". Aku catat nombor petronas 03-20515000. Hari Sabtu Petronas tak beroperasi.)

+ Tak boleh ke, encik masukkan dalam akaun saya terus.

- Iya. Ini peraturannya ya encik. Ini melibatkan wang yang besar. Harus ada nombor siri dan pengesahan penerimaan.

+ Guna saja maybank2u.com
(kala ini aku membuka akaun maybank aku melalui laman sawang.)

- Oh iya, sebelum itu saya lupa. Baki encik dalam akaun ada berapa ya?

+ Ada la dalam RM48.17. Hik hik hik (aku ketawa kecil)

- Oh minta maap ya encik. Pihak kami mensyaratkan sekurang-kurang ada RM1,000.00 dalam akaun.

+ Pulok dah. Ceh, hujung-hujung bulan mana ada sebanyak itu. Awal bulan adalah. Duit gaji masuk. Hujung bulan saya dah pakaila bayar macam-macam.

- Iya. Kalau begitu ada akaun lain?

+ Ada. Akaun kawan saya boleh?
(Kala ini jumpa lman web ini semasa sedang berbual dengannya KLIK SINI)

- Janji boleh dipercaya. Suruh dia hubungi saya.

+ Ok. Takpe. Nanti saya hubungi. Hak ptuuiii...!

Nampak sangat penipuan terancang mereka cuba lakukan. Dengar macam orang Jakarta berbicara. Sedang SIM-CARD aku yang satu lagi belum didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi. Mana dia dapat nombor aku entah. Kemudian, boleh pula dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,000.00. Ceh! Kalau aku dah menang, bagi saje la. Apa nak kena pelbagai syarat pulak. Dan ketika entri ini ditulis. Aku menghubungi Petronas dan mengesahkan ini penipuan. Dan Petronas sudah membuat laporan polis.


Tapi, kalaulah aku benar-benar dapat RM30 ribu. Aduhai... Aku mula berimaginasi. Bukan berangan-angan. Ya, aku mula berimaginasi. RM30 ribu. Wow!



.

10 comments:

addyaholix said...

aku jugak pernah dapat SMS serupa tu. tapi aku abaikan. cuma aku kerapkali berangan kalau aku dapat. nak buat bayar hutang ptptn.

huh kalaulah !

ladylikeme said...

salam..
yelah..aku pun penah dapat...tapi melalui email..katanyer aku menang loteri ceh..nampak sangat nak menipu aku

SiS-lin said...

ishh nasib ah tok ni akal nye panjang,klu kena lin ni yg mudah terpedaya dgn penipuan terancang gitu,mesti dh lesap licin duit dlm bank tu..selamat ah tok nye..

kuIna Jentayutiara said...

klu menang bahagi sama yer..

pemikir lapuk said...

pemimpin jenis putar alam...rakyatpun putar alam lah juga

PeminatJutawanMalaysia said...

haha aku pun dah banyak kali terima sms ini "prepaid anda telah memenangi wang RM30,000 sila hubungi Petronas" haha aku mana pakai prepaid aku pakai line daaa hehehe...

ah tok said...

addy,
ptptn ,mesti suka kan

lady,
loteri itu haram

SisLin,
Penaakulan

Kulna,
Boleh gak, buat surat

Pemikir lapuk,
2x5 la tu

PJM,
Perlu ditegaskan, preapaid dengan line adalah tak sama.

antusabun said...

orang nak menipu pun berani kan. macam2 ko tanya pun dia buat selamba jugak. nampak sangat dia dah biasa menipu..hehe

ah tok said...

antusabun,
Dah ramai yang kena kot..

dugongsenyum said...

kau SMS dia balik, tipu dia menang 14 juta misalnya. haha