19.11.08

Love is CINTA; Hate is BENCI : part VIII

Kesinambungan entri sebelum. KLIK SINI

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
(Gua mulakan petikan ayat, supaya nampak jalan cerita gua macam bagus!)

Okey, gua nak cakap soal cinta realiti gua. Gua ulang, CINTA realiti. Sebenarnya, gua dah banyak kali jatuh cinta. Bukan soalnya, banyak atau sedikit. Itu bukan soalnya. Cumanya, interpertasi cinta adalah berbeza-beza di antara kita. Tapi, gua nak memberitahu. Cinta itu tak boleh dipaksa-paksa macam buruh paksa. Kiranya, gua dengan awek gua bukan cinta pandang pertama. Barang diingat, cinta pandang pertama bukan natijah kita pada hari ini. Pokok pangkalnya hati. Berbalik kepada mauduk asal. Entah pandang ke berapa belas ratus. Gua tak kira. Tapi, itulah namanya jodoh kan? Cinta pandang sisi sekalipun boleh tersangkut. Apatah lagi cinta yang toleh belakang, tahu-tahu dah lesap. Zaass! Kena tinggal.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Permulaan cinta gua entah, gua tak ingat bila. Tapi, kalau ikut catatan dalam diari gua, yang gua simpan sampai sekarang ni, tahun harimau SM (selepas Mesihi). Ia berlaku masa gua Darjah Enam, sekolah aliran sekular. Ni kira bukan cinta pandang pertama gua. Ini cinta gua yang tak terbalas. Hingus dah habis meleleh. Hahaha! Mana nak berbalas, gua pun tak bagitau awek ni, yang gua cintakan dia. Err, masa tu gua pun bukan tau sangat makna cintan-cintun ni. Yang gua pasti cinta itu buta. Patutlah, bila dilamun cinta manusia meraba-raba. Hak hak hak! Apa barang gua nak tulis surat cinta. Kena pulak kaler merah melambangkan asmara yang membara. Kemudian, utus pada dia. Buat habis air liur gua je. Nak tampal setem satu kerja. Dan buat tambah kerja posmen satu kerja lagi. Sudahnya, cinta gua kepada dia putus di pertengahan jalan begitu saja. Malas gua nak kutip kalau dah bersepah kat tengah jalan ni. Gua tak cinta dengan monyet!

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Bila gua masuk sekolah yang peratusannya adalah kaum Adam dalam sekolah tu. Itu je yang menjadi penyebab pemutus hubungan gua. Kukuh kan.., Bukan gua beralih arah cinta dengan lelaki pulak beb! Gua bukan gay! Gua malas nak pikir. Kemudian, lima tahun gua tak bercinta beb. Masa tu, gua bercinta dengan Allah dan mak bapak gua lagi syok. Lagi gua rasa tenang. Gua rasa ada jiwa. Iyelah, itulah yang cinta sejati hakikat yang sebenar. Tapi, dah dekat-dekat nak habis, Tingkatan 5 masa gua sekolah sekular, gua kenal sorang awek, kawan atas kawan yang kenalkan gua. Dia la racun gua. Gua tak salahkan dia. Gua salahkan racun yang dia guna. Awek tu mula hantar gambar kat gua. Masa tu musim hantar gambar. Kalau nak santau pun senang-senang je. Kemudian. Hantar lagu la. Kemudian, hantar hadiah la. Macam-macam hantar. Peti ais tak mau pulak hantar.

Boleh tahan gak lah... Gua balas juga gambar simpanan gua kat dia. Nanti, dia bertepuk sebelah tangan pulak. Kesian gak kan. Dah tentulah gua pilih gambar gua yang posing maut paling macho sekali untuk tatapan dia. Dan untuk dia tatap. Gila kau nak bagi gambar yang tak hensem. Dia reject gua nanti. Mampos! Kau pun tahu kan, wanita zaman sekarang, lebih mementingkan wajah yang licin, tulus suci nampak bersih dan berseri seperti orang beriman. Entah, apa yang gua ayat dalam surat tu, dia sudah terpikat dengan gua. Dia mula meluahkan apa yang dia rasa. Cepat betul dia terpengaruh. Padahal, jumpa pun tak pernah. Alahai! Cair la tu dengan ayat-ayat cinta gua! Ha ha!

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Gua pun terjebaklah di alam percintaan dengan awek ni. Dia budak Kedah. Terus-terang gua cakap. Apa nak sembunyi-sembunyi dalam dunia. Satu dunia dah tau. Gua berutus surat je beb dengan dia. Jumpa, haram sekali tak pernah. Masa tu gua belum ada emel, friendster, facebook, blog ke apa jadah. Gua lebih selesa tulis atas kertas yang gua bubuh bedak wangi. Selalu gua guna kertas kaler merah jambu. Maknanya sedang dilamun cinta la tu. Lama juga perhubungan gua dengan awek ni. Habis jugaklah beratus ringgit duit setem dan pelbagai apa jadah tu. Gua korbankan untuk dia. Layan... Alamak, sorry arr, gua terkira pulak dlam soal ini.

Bila gua masuk universiti, tup-tup, boleh pulak dia hantar surat layang kat gua, minta putus tak semena-mena. Guna kertas kaler kelabu pulak tu. Amboi, amboi amboi.., ewah-ewah, senang betul dia lafaz, gua kata. Habis madu sepah dibuang. Haha! Nasib baik gua belum hantar rombongan meminang. Kalau gua hantar satu van, dah tentu sesat punyalah van tu. Kena pulak Pak Hamid yang pandu. Entah mana-mana dia bawak penumpang sampai termuntah-muntah terbelahak. Sudahnya, tak jumpa rumah perempuan. Peminangan dibatalkan, misalannya begitulah. Barang hantaran semua dah siap. Tinggal tepak sirih je sebagai kepala hantaran. Argh! Apa barang hantar sepersalinan. Masuk sekali kain dalam dan baju dalam la. Ah! Lupakan itu. Lagu Tiara menggamit kenangan zaman persekolahan... berkemudang kat telinga gua. Terngiang-ngiang..., pergh!


Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Dah dia nak mintak putus, gua tak boleh paksa. Gua redho je... Sedikit pun air mata gua tidak meleleh. Tak ada pun keluar kaca-kaca. Bukan gua takde perasaan. Gua takde masa untuk itu. Gua biasa je. Gua kan lelaki kental. Apa barang nak kememeh menangis pasal betina minta putus cinta.

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Lepas gua putus, hidup gua kesepian beb, tak berteman. Gua pun cari teman yang secocok dengan gua. Gua pergi google, gua taip nama yang gua suka. Bukan susah rupanya nak cari jodoh. Oh, sebenarnya, gua pun tertanya-tanya Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran. See, gua dapat jawapan. Lebih-lebih lagi pulak, gua duduk jauh dengan orang tua. Di Edinburgh, Scotland masa gua belajar Ijazah Sarjana Muda. Nak cari orang Jawa kat Edinburgh susah beb. Lalu, gua ambil langkah untuk mengorat sorang awek yang gua berkenan ni. Ada ciri-ciri Islamik Jawa gua nampak dia. Sopan-santun pun ada. Budi pekerti pun boleh tahan. Gua pun datang usya dia.

“Hai..., balik saing jom...” gua cakap kat dia. Masa tu gua memberanikan diri menghampiri dia.

“Eeeiiiuuuuoww, geli je...” dia balas.

“Ek, eleh, jual mahal la tu...” dalam hati gua.

Ya, cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Masa tu, gua tak putus asa. Kalau gua dah suka, gua akan usaha untuk dapatkannya. Gua peduli apa. Alang-alang gua dah seluk, gua akan terus seluk. Gua ngorat dia terus-terusan. Dipendekkkan cerita, pum pam pum pam, gua berjaya memikat hati dia. Bibit-bibit cinta pun bermula. Gua jatuh cinta dengan dia bukan cobaan. Betul-betul. Gua ditakdirkan bertemu jodoh dengan dia. Asal cuti semester je, gua hantar surat. Bukan apa, nampak klasik sikit. Hantar surat. Dah, gua tak guna kertas merah atau merah jambu. Gua guna kertas hijau muda bersekali kertas karbon. Buat satu salinan.

Gua berjaya ajak dia kahwin. Entah, barangkali dia malu kahwin dengan gua sebab status gua foreigner. Hu hu! Seronok hidup dengan dia. Gua sangat cintakan dia!!! (Ni gua tengah jerit ni). Tak tahulah dia cintakan gua ke tidak. Bukan gua prejudis dengan dia. Dalam geli-geli awek gua tu, memang kalau gua geletek dia jadi geli. Untuk dapatkan kepastian itu, satu hari gua tanya dia,

"U cintakan I tak?"

Agak-agaknya kau, rasanya dia jawab apa.

"Hey! Cinta tak boleh dipaksa-paksa lah..!"

Tak. Dia tak jawab ini. Dia jawab "I Luv U too"

Masa tu, gua dan dia makan bersuapan dalam kereta. Makan pisang. Pisang awak! Sedap wo!

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Jadi, pesanan gua untuk mencari cinta sejati ni, kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kita harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh. Jika kita ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Entri selepas ini. KLIK SINI

Ini surat cinta jiran punya jiran gua. Sempat diselamatkan ketika rumah dia kebakaran. Humcha! Ini surat cinta gua

____
Lawatan sambil belajar :
Buah cinta yang tersemai. KLIK SINI.


.

10 comments:

hanafana said...

rase nak nanes arr..
sedih..
terharu..
entah..
speechless..
hurm...moga² satu hari nanti..
fana pulak ketemu cenggituu..hoho ^-^

Tirana said...

Cinta penuh ranjau dan duri....hehehe

addyaholix said...

surat-surat cinta gua dari zaman sekolah rendah juga gua masih simpan bro. semua dalam gerobok buruk.

surat masa gua putus cinta dengan perempuan yang betul-betul gua sayang pon masih gua simpan. simpan sebagai bukti. mana tau esok-esok dia datang mintak rujuk, gua boleh balas balik haha!

arsaili said...

salam..love is cinta..hate is benci...benci nya headline nih..ahaha...kekadang org jatuh cinta pandang pertama...

ha_si_na said...

"si awex!........huhuhuhu tersipu malu...." u ni touching ar beb!!!!!!!!

papaabid said...

tengok envelope tu teringat zaman muda2 dulu....hantar surat pakai mail. sekarang pakai email/sms je. Bezakan dulu & sekarang.

tasikmerah said...

dasyat kamu. aku dulu. surat cinta kertas putih je. tak berkaler pun.

:)


.

rudy bluehikari said...

fuhhh! ada simpan lagikssss surat2 cinta

ah tok said...

Hanfana,
Jgn menangis kerana cinta. Biar cinta menangis kerana kita.

Tirana,
Camne tau ni..?

addyaholix,
Kalau ada matlamat gitu bagus juga

Arsaili,
Hate is benci...

Hasina,
Oh, sempitnya dunia ini.

Papaabid,
Sangat berbeza!

Tasikmerah,
cuba try kertas karbon plak

Rudy,
Ada. Ada sentimental value tu..


.

Lex dePraxis said...

Tulisan yang menarik. Terima kasih sudah berbagi informasi. Jika ingin tahu lebih banyak lagi tentang Cinta, silakan baca artikel Butir-Butir Cinta di blog saya. Salam kenal, sobat.

Lex dePraxis
Romantic Renaissance