8.10.08

Mercun itu racun


Awok jangan main mercun. Bakor duit je. Daripada awok beli mercun. Baik awok bakor duit tu macam orang Cina buat jika ada kematian. Tapi, tapi, kalau awok kerja askor bahagian pemusnah, maka awok ada banyak stok belerang yang perlu dimusnahkan. Musim raya, awok bawak balik main dengan anak-anak sedara awok. Dan kalau awok kerja kastam ke, mercun-mercun yang dirampas tu, awok bagilah sedara-sedara awok main. Jadi, mereka gembira di Hari Raya. Kemudian, jiran awok pulak sakit hati sebab awok main tak tentu masa. Kejap kabom! Kejap kabom! Sampai orang nak tidur pun tak lena. Orang sakit jantung pun boleh gugur jantung. Budak-budak kecik pun asyik kena sawan terkejut. Melalak menangis ketakutan. Budak terencat akal pun boleh gugur otak dia. Kemudian, jiran menjerit hey orang sebelah! Tak kiralah dia askara ke kastam ke. Atau pengurusi kepada acara pesta bunga api antarabangsa. Heh!


.

8 comments:

addyaholix said...

aku benci bila orang main mercun depan rumah. bising. naik pekak telinga.

tapi bila balik kampung. aku yang paling sakan.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

tahun ni, aku masih lagi dengar dentuman meriam buluh. Syabas! anak2 kampung aku. Jgn lupakan tradisi..ha ha ha.(sesekali cuba pegi cucuh sedas dua)

Si Kachak Suparjo said...

xde yg main c4 ke tok?

dugongsenyum said...

cessss... tahun ni aku main mercun cicak jer cessss...

tasikmerah said...

budak depan umah aku asal main mercun je tala atas atap umah aku... hangin sungguh haih~

Mak Su said...

mercun pop pop boleh tak?

Danielle_Corleone said...

ibu jari gua pernah mengerekot apabila terkena mercun. hehe.

padelkopak said...

tolong sikit ah....gua x men mercun k!!!
ye ke??aku rase aku ade men mercun bola la plak....kuat wooo bunyi die...