9.10.08

Kala malam nampak bintang

Lepas gua beraya di Lakum City, Poland. Gua kena pergi beraya di Zimbabwe untuk mendapat pendedahan bagaimana kaum petani, peladang dan penternak menyambut Hari Raya. Tak seperti di Poland. Rumah agak rapat-rapat dan dekat-dekat. Di sini, rumah mereka jauuuuuh sangat. Tapi, dengar katanya dua minggu sebelum raya dah terasa bahang suasana Hari Raya. Dah ada ketupat. Dah ada rendang. Dah ada juadah-juadah itu semua.

Gua sebagai menantu yang baik. Tak mau ingkar dan diprejudiskan dengan apa-apa. Gua menurut perintah ajela seeloknya. Malam itu, mereka ajak gua pergi beraya rumah Wak Kancil. Jangan main-main, Zimbabwe pun ada orang nama Wak Kancil dan Wak Terowong-terowong Pura. Seusai ke rumah Wak Kancil, maka pergila ke rumah Mbah Nuri. Kira-kira memakan masa 31 minit ikut jam Casio Edifice jenis cermin saphire. Water resistant 100m. Kami sampai kira-kira jam 9 malam waktu Afrika Timur. Rumah Mbah Nuri ni jenis rumah panggung yang ada tiang seri tu. Dipanggil rumah kampung kalau kat Malaya. Tapi rumah sambung dia belah belakang, rumah bawah yang ditambah dan dimodifikasi. Kalau nak masuk, kau kena lalu bawah celah tiang. Tunduk kepala.

Setelah menjamah juadah, bersalaman, bermaafan. Gua dan mereka pun keluar mahu pulang. Gua pun jalan dengan menundukkan kepala sedikit sebelum keluar dari 'rumah induk'. Dalam gua tunduk tu. Entah macam mana kepala gua terhentak tiang kayu cengal yang dok melintang. Pergh! Gua rasa macam bergegar tengkorak gua. Macam mata tombak menghunus kepala hotak gua. Rumah dia tak gegar langsung dengan hantukan gua. Punyalah utuh rumah dia. Bunyi hentakan bukan main kuat, mengejutkan orang ramai dan isi rumah di situ. Gua pegang kepala gua, mata gua mula nampak dalam kegelapan. Gua pandang atas. Nampak bintang. Burung dua tiga ekor terbang. Kepala gua pening. Macam ada benda meleleh di kepala dan di kelopak mata.

Aarrggghh! gua mengerang. Dalam gelap, tak tahu darah ke apa benda. Mereka semua memerhatikan gua. Tanpa sebarang pertolongan cemas. Lalu, gua berdikit-dikit jalan. Sambil memegang kepala. Adoiii, gua meraung dalam hati. Menuju ke dalam kereta. Gua gosok-gosok bahagian yang terkena tadi. Bisa berbisa beb. Gua kena segera pulang ni. Benjolan makin nak membonjol. Sambil tangan sebelah memegang stereng. Tangan sebelah lagi memegang kepala. Sampai di rumah, gua tak kena jahitan. Tiada lelehan darah. Lelehan di kepala, adalah peluh gua. Lelehan di kelopak mata, air mata gua. Malam-malam memang ada bintang dan burung berterbangan dua tiga ekor. Haha! Gua masih boleh ketawa. Tapi, luka di kepala tiada siapa yang tahu. Apatah lagi luka di hati. Adoyaii...


.

4 comments:

padelkopak said...

gua musykil ni ah tok!!!
lu wat ape sebenarnya kt zimbabwe nih??urusan kije or peribadi??

Si Kachak Suparjo said...

Uih.

Bulih jadi malu ni tok.

Tapi aku yakin la, orang2 kat Zimbabwe tu x ketawakan ko.

Selamba je la tok. Buat kenangan.

Pecah Kepala said...

sabo tok sabo! haha

ah tok said...

padel,
Hari Raya kan...

Suparjo,
Mereka tak tahu ketawa.

Pecah kepala,
sabo je la...