7.10.08

dari Lakum City, Poland


Dua tahun lepas, di Lakum City, Poland. Setelah usai solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bermula jam 9 pagi waktu Eropah. Saya mengikuti gerombolan penduduk di situ untuk berkunjung dari rumah ke rumah. Kalau di sana dipanggil bara'an. Tak tahulah di Tanah Melayu. Kalau di kediaman Menteri Perdana dipanggil rumah terbuka. Aturcaranya yang saya tahu terbahagi kepada dua sesi. Sesi untuk dif-dif kehormat. Dan sesi untuk orang kebanyakan. Kenapa dua sesi? Sebab guna konsep Islam Hadhari barangkali. Barangkali itu sesuatu yang tak pasti. Tapi yang pasti Islam tidak pernah membeza-bezakan taraf dan warna kulit. Berbalik kepada bara'an tadi. Pengalaman pertama di bara'an, semua hidangan saya jamah. Nanti orang kata saya menyombong pula. Nampak itu, nak itu. Nampak ini, nak ini. Naik rumah yang ke dua puluh lapan. Naik kembung perut saya. Sudahnya, esok. Saya terberak-berak. Keluar masuk jamban tak henti-henti. Huh! Sadis betul. Nak tidur pun susah! Dah la, di sana masih menggunakan tandas curah kala itu.

Tahun ini, dengan pengalaman tahun dulu. Saya dah boleh menafsir dan mengagak. Mana yang saya patut jamah. Dan mana yang tak perlu saya sentuh. Cukup sekadar cium baunya saja. Saya dah matang! Dari rumah pertama sampai rumah yang kelima terakhir. Paling kuat saya minum air. Atau jamah kuih seketul. Sebab saya pasti. Rumah yang keempat terakhir ada hidangan istimewa untuk dibelasah. Mana taknya, nasi dagang enak lauk ikan tongkol. Ada tapai segala macam. Kat situlah saya bedal. Pergh! Ko bayangkan. Hari Raya di Lakum City, susah nak dapat hidangan sebegitu rupa. Biasa saya nampak, lemang, ketupat, rendang, sup tulang, laksa, mihun sup dan nasi goreng kampung. Ini, makan tapai diselang-seli air bikarbonat yang sangat minimal gasnya, berperisa strawberi. Apalah Tok Imam sini. Buatlah solat sunat awal sikit. Pukul 9 pagi kan dah lewat. Kedengaran suara-suara penduduk yang merungut. Dan itulah antara topik perbualan pengisian aktiviti bara'an.

Mana tidaknya, sebelum solat. Seperti biasa ada ucapan dari pengarah itu, pengerusi ini, ketua itu ini. Mengalahkan khutbah selepas solat pula. Ha ha! Namun kerana kita masih di bulan yang mulia dan masih dalam suasana bergembira, maka tidaklah jadi saya menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut. Takut bertambah dosa pula.

Itu di Lakum City, yang sanak-saudaranya tak seberapa. Sudah memakan dua hari dua malam. Apatah lagi kalau awak beraya di Klang Bandar Di Raja, saudara sungguh ramai. Setakat dua hari dua malam tak cukup. Mau-mau makan satu bulan. Bersamaan dengan tiga puluh hari. Sebab, semua datang mengaku saudara kepada awak. Seibulah, sebapalah. Lain ibulah. lain bapalah. Saudara susuanlah. Saudara barulah. Saudara seIslamlah. Apalah kiranya kan? Nama pun Hari Raya. Maka cuti awak perlu disambung dan dianjakkan demi untuk bertandang dan menunggu saudara yang disebutkan itu tadi. Tambahan pula, semua jenis jalan. Baik jalan Persekutuan, jalan Negeri mahupun jalan alternatif sekitar Klang Bandar Di Raja ini macet kerana orang sibuk nak balik dari kampung menyambung tugas. Lebih-lebih lagi bertugas di Alam Shah. Kerana tugas sudah diberi. Nak balik tidur ka, nak hantar anak sekolah ka, nak pi shopping ka itu urusan awak dengan Tuhan. Namun sekali lagi saya terpaksa menghalang diri dari bercakap yang bukan-bukan bila mengenangkan kita masih berada di bulan yang mulia dan masih bergembira dalam suasana Hari Raya.

Jadi untuk tulisan kali ini, saya khaskan kepada kawan-kawan yang membaca secara senyap (silent reader), yakni yang membacanya dan tidak pernah meninggalkan apa-apa komen di sini. Saya tahu kalian membacanya. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya. Jemput datang rumah.


.

3 comments:

Si Kachak Suparjo said...

Oooo.

Kat Lakum City camtu eh?


Macham style beraya kat kampung bapak aku je. Kat Ulan Bhator.

Ade sejarah budaya yg sama ke Lakum City ngan Ulan Bhator tu ek?

Anonymous said...

sejah akhir2 nih aku asik dengo bara'an je......tp aku suke je..!!

yg penting aku pun nak beraya sampai akhirat.....!!!!!

padelkopak said...

ko wat pe kt poland tuh??belajar sana? kije sana? melancong sana?