23.9.08

Berbuka puasa di restoran mewah bawah tanah



Akhir-akhir ini banyak sangat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa. Ada yang terpaksa ditolak kerana pertindihan masa. Di Putrajaya terpaksa ditolak kerana bertembung dengan di Hotel Concorde. Jadi, tak payahlah susah-susah nak masak. Dan tak payahlah menyibukkan diri untuk persiapan juadah. Silap-silap boleh membawa ke sahur. Alhamdulillah...

Tempohari. Kawan yang kau ajak untuk berbuka di pejabat. Tidak menolak langsung apabila diajak berbuka puasa di restoran mewah. Hah! Kan aku dah kata, insani kini mementingkan imej dan reputasi kemewahan. Kesibukannya boleh ditolak ke tepi. Di restoran mewah itu, ada diskaun untuk ahli pula. Apa lagi. Dan di dalamnya pula penuh penghawa dingin yang mewah. Pelanggan yang merokok akan dikenakan dengan dua ribu ringgit atau penjara dua tahun. Atau kedua-duanya sekali. Itu lah lambang prestij restoran mewah. Di mana rata-rata yang berbuka di situ, banyak makanan yang tak habis. Dan ada juga kaum-kaum lain berbuka puasa. Hey! Kitakan negara berbilang bangsa. Apa ada hal!

Sebaliknya, untuk dia bertindak jujur pada diri sendiri. Dia sebagusnya mengirimkan murtabak saja. Lalu ditinggalkan pergi untuk para tetamu merasa. Dan para tetamu membalasnya dengan ikan kerapu goreng garing disira kerabu mangga. Sotong celup tepung. Sayur campur. Tom yam. Taufu telur. Nasi putih. Wah! Dengan hanya murtabak. Masyarakat primitif yang mengamalkan sistem barter beroleh hasil yang lumayan. Sebab itu, sekarang banyak murtabak di jual di bazar Ramadhan. Tak sah kalau tak ada.

Pertama. Aku sangat beruntung di meja bulat yang satu lagi. Juadah-juadah yang sedap-sedap boleh dimakan dengan hati yang puas dan penuh nafsu terkawal. Apa tidaknya, pasangan satu lagi kalau berbuka tak makan nasi banyak sangat. Hanya empat lima suap je. Lebih gemar makan roti-rotian bermutu tinggi khususnya roti john. Sekalipun mahu mendapatkannya terpaksa beratur panjang nak mampos! Untunglah aku! Pasangan yang satu lagi pula, kalau berbuka mendahulukan kuih terlebih dahulu. Atau manisan seperti kurma, kismis, pajeri dan sebagainya. Fuh, berjayalah strategi aku duduk di meja bulat yang dimaksudkan. Sebenarnya, di restoran mewah itu, ada meja bulat dan meja bujur.

Untuk menikmati dengan jayanya. Percaturan strategi awal aku dah berjaya. Biasalah, hidangan depan mata di kala perut lapar. Semuanya nak dijamah.

Tapi. Tapi. Tapi. Aku lupa. Pasangan yang tak makan nasi banyak. Hakikatnya, suka meratah lauk-pauk dan sayur-sayuran yang khusus untuk vegetarian. Manakala, pasangan yang satu lagi mendahulukan manisan dan kuih-muih bertukar arus kerana pada hari itu tiada kuih-muih dihidangkan. Mereka ambil sotong celup tepung menggantikan cucur. Owh, si bujang-bujang wanita juga rupanya nafsu mereka sangat tinggi sampai kayangan. Peduli apa dengan kegemukan. Mereka kata!

Pang! Kelentang! Pinggan berhamburan. Tom yam mengalami kelelehan. Nampak sangat meja bulat yang satu lagi bertindak kegelojohan. Aduhai...

Restoran mewah bawah tanah itu, kami rahsiakan tempatnya. Sebab, kami kalau buat makan-makan mesti di situ.

Klik sini untuk berbuka di restoran atas kayangan.


.

6 comments:

AyAres said...

di bandar itu.. mana lagi restoren bawah tanah kalau bukan di bawah padang hijau itu...hehehhee

padelkopak said...

peh!!berbuka sakan ko...mmg syok tgk lauk pauk yg terhidang atas meja tuh!!huhu...pg2 lg da berbunyi perut aku ni....

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

sedap sdap berbuka posa tok yer...rezeki. tak merasa la aku camna kau merasainya..ha ha ha.

Si Kachak Suparjo said...

haih~

kecur aku dibuatnye.

tasikmerah said...

mewah sungguh

ah tok said...

ayares,
mana tau?

padelkopak,
dugaan.

cikgooden,
alhamdulillah.

suparjo,
alahai.

tasikmerah,
ala kadar mewah tu