17.9.08

Apalah air pun nak beli, di Bulan Ramadhan...

Gerai ini menjual beraneka air suci. Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain. Gerai satu lagi menjual air tembikai saja. Ramai orang menuju ke gerai air yang menjual air tembikai saja. Aku syak, ramai pembeli lelaki tertarik dengan dua orang awek cun yang menjual air tembikai itu. Belum jam 5 petang, air tembikainya dah habis satu balang. Cuba kau bayangkan. Air tembikai tu...

Sampai sekarang aku cari air jus buah betik. Tak jumpa. Tentu sedap. Nasi lemak dah jumpa. Tapi, kenapa tak selera nak berbuka dengan nasi lemak? Entah.

Ikan talapia masak lemak dan paru bersambal dah jumpa. Belilah kononya. Kesuntukan masa. Banyak urusan duniawi. Sudahnya, sembilan kali aku keluar masuk tandas. Aduyai Bazar Ramadhan al-Mubarak. Nak naik rabak d*b*r aku. Aku syak, ini gara-gara paru bersambal.


.

6 comments:

kel@mbu said...

jus betik. terpengarauh dgn mr pepaya ke? hehe..

tasikmerah said...

jus durian? amacam? ha ha.

rudy bluehikari said...

sedap ke jus betik? pelik wo rasa dia...

Danielle_Corleone said...

gua pernah buat lukisan poster jus durian dan cik gua gua cakap lukisan poster jus durian gua tu mcm h**am j*d*h

padelkopak said...

aku lg best.air x beli lauk n nasik pon x beli!!sume masak sendiri wooo....

ah tok said...

kel@mbu,
Pengaruh rakan sebaya.

tasikmerah,
jus durian buih banyak.

rudy,
sedap gak aku rasa. aku rasalah..

daniele,
aku syak cikgu ko buta seni. Ha ha!

padelkopak,
bagus bagus bagus...


.