2.11.09

Jumpa ketua darjah tak sama jumpa dengan ketua kampung




Sudah suratan kami dipertemukan. Barangkali sudah tertulis. Lalu, kami membuat temu janji di premis makanan segera di lokasi strategik tanah air. Lokasi sebenar terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. Berjumpa untuk bersua muka. Borak-borak hal dunia. Maklumlah, hampir dua puluh tahun kami tidak pernah bertemu.

Kami dipisahkan dengan arus pendidikan yang berbeza. Kedudukan geografi yang tak sama. Lalu, pada kala itu, salji seolah-olah mahu turun. Kami meluangkan dalam empat ke lima jam berborak pelbagai topik mengecam keganasan yang berlaku di dunia. Tak tersa pun punggung macam nak kematu. Sambil pekena air bikarbonat panas dan berger keju panas dan kentang lebih ajinomoto. Hari itu kami rasa sangat gembira kerana kami menempa sejarah. Jadi, nasib baik gua cam lagi muka-muka budak kutu ni. Kalau tidak, adanya gua tersalah menyapa orang. Silap-silap awek ala-ala model duduk ngan balak dia kat depan sana gua sapa. Kalian bukan tak tahu, dalam dunia ni ada tujuh orang yang wajahnya iras-iras sama. Jadi, awal pertemuan gua memulakan bicara apabila hendak mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Ngko Adi kan? Haha! Betul lah. Lama dah sampai?"

Maka, dengan waktu yang terbatas. Kami hanya sempat membuat satu kata sepakat. Kami benci dadah! Kami tak ambil alkohol! Ada masa kita jumpa lagi sampai salah sorang akan rasa muntah kahak berdarah dan kerongkong rasa perit.


.

27.10.09

Sekejap masa berlalu

Afiqah umurnya dah lima tahun. Sekejap masa berlalu. Satu hari, Afiqah pulang ke rumah. Di rumah, Afiqah lebih suka bermain daripada belajar. Sebab di sekolah dia dah pulun belajar barangkali.

Kemudian. Malam itu Afiqah berkata. Ibu, kita kena sayang anjing kan?

Anjing tak boleh pegang. Kita orang Islam pegang haram. Tapi, menolong anjing tak salah.

Cikgu Puspha kata leh pegang dan sayang dan cium dia.

Mampos!! Aku kata dalam hati.

Inilah bahananya kalau nilai-nilai murni di ajar oleh guru kafhafeyero.

Afiqah umurnya dah lima tahun. Sekejap masa berlalu. Pertengahan tahun, keputusan peperiksaannya memberangsangkan. [BM=72%; PI=79%; BI=58%; Math=80%; Moral =90%; Sains = 95%. Ranking 3/12]

Semoga dia cemerlang untuk akhir tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan buat Afiqah. Sepatutnya, dia ambil minggu lepas tapi ditunda kerana urusan keluarga yang sibuk akan hal-hal duniawi.

.

14.10.09

Mengejarmu

.



jika aku dapat melastik pelangi di langit
maka akan ku lastik batu terukir namamu
bukanku bermaksud membuang namamu jauh-jauh
tapi aku ingin pula mengejarmu ke langit

agar semua 1Malaysia tahu
walaupun aku terlontar jauh
terasa kau semakin berada di sisi
betapa beruntungnya aku memilikimu
yang mengenal erti ranjau liku hidup

hatiku gundah tidak tertahan
akan kuusahakan agar tidak berlanjutan
hatiku tak kesampaian melihatmu
mengejar hari yang terburu-buru

aku pilu
aku syahdu
sendu tak termampu


[Mache ster L.A]


.

12.10.09

Rindu sudah berbuah

.



Sekadar gambar hiasan.




Sayang.., aku merinduimu
Kapan boleh aku menidurimu
Seperti masa kisah yang lalu
Mimpi berduaan dalam kelambu

Ketahuilah rindu ini semakin menebal
Rindu yang tak tertahan-tahan
Cubaku usir dari ingatan
Rinduku semakin jauh wey!
Semakin jauh semakin merindu

Tidakkah kau merasakan
Saat sedang aku merasakan
Betapa seksa bagai terpenjara
Oh, kuingin dibelai penuh mesra
Penyuntik semangat pengubat jiwa

Oh sayang.., aku pulang
Dan perasaan sayang ini sebenarnya cinta
Ku rasa cinta bertautan
Cinta semakin mekar membunga
Ya, aku dan kau bercinta lagi dan lagi

[s]Biar berjuta pelbagai halangan
Namun cintaku tetap padamu[/s]

Draf Puisi
Lirikan Matamu bagai Panah Arjuna


[Mache Star, L.A]








.

5.10.09

Raya @ Machester

Buat masa sekarang, saya sibuk menghadiri jamuan Hari Raya di sana-sini. Dah lah lokasinya jauh-jauh belaka.

Nanti saya kemaskini hidangan-hidangan yang ada. Bagi kalian kecur dan terliur.

[Kemaskini via iPhone]
Minta maaf, saya tak sempat mahu menangkap gambar. Sedap menikmati beberapa juadah seperti nasi mintak, nasi dagang, ketupat, satey, roti jala, air cendol dan air oren.




.

22.9.09

Istana Hungga Machester (Part VII)

Musyawarah Peringkat Dewa diteruskan lagi dengan sedikit lancar. Sedikit terganggu. Seterusnya perkara-perkara berbangkit dibincangkan di mana terdapat pemohon yang membina reban terkilan akibat anjakan keperluan di bahagian depan dan tepi sepertimana yang diminta oleh perwakilan dari Parsi. Anjakan ini melibatakan anjakan dua puluh depa dari rezab jalan berliku. Pemohon merayu untuk dipertimbangkan kepada sepuluh depa.

”Untuk hal ini saya serahkan kepada Dato’ Gunasama.” Dato’ Bentara Luar.

”Tuan pengerusi, bahawasanya pemohon ingin dipertimbangkan agar kelulusan lukisan pelan rebannya boleh dikurangkan anjakan daripada dua puluh kepada sepuluh. Jadi, musyawarah perlu membincangkan perkara ini.” Tegas Dato’ Gunasama.

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik reban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”

Dato Bentara Luar meencelah. “Sahaya rasa, ada betulnya hujah Perwakilan Parsi. Lagi pula, sebagai badan yang mempunyai kuasa eksekutif di bumi. Apalah kiranya kita menolak dan kekal dengan keputusan yang lama.”

”Hoh! Ana rasa, tak wajar kita tolak. Sekurang-kurangnya bila dah dibawa ke sini ia perlu dipertimbangkan. Barulah betul. Jika tidak, bakpe kita bawa masuk musyawarah?”

”Kita perlu bawa masuk. Inilah saluran yang sesuai untuk diperbincangkan. Kalau kita tak bawa masuk. Tiada seorang individu yang berkaliber dan berani untuk buat keputusan.”

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik raban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”Perwakilan Parsi ulang suara. Konsisten dengan skripnya.

”Kalu tokseh dengar cakap saya. Tokseh wat la musyawarah.”

”Bukan gitu Tn Hj. Mafia."... Dato, Bentara Luar cuba menenangkan keadaan. "Musyawarah itu perlu sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat seratus lima puluh sembilan “Dan bermusyawarahlah denga mereka, dan apabila kamu telah berazam (dengan sesuatgu keputusan) maka hendaklah kamu betawakkal kepada Allah. Juga dalam surah As syura ayat yang ke tiga puluh lapan berbunyi : “Mereka yang mematuhi seruan Tuhan mereka dan menegakkan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyuarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Terkulat-kulat Ketua Mafia mendengar hujah tersebut.


.

18.9.09

Istana Hungga Machester (Part VI)

”Ah! Tiada tapi-tapi lagi. Kaum Che memang begitu. Ana rasa sejak Ana dok di Machester ni dah banyak tanah-tanah Tai Khoo Cheng menjadi miliknya. Apa kes dengan milikan reban Bumiputera bagai penempatan ayam serama dan ayam kampung?”

”Macamana kita” Keputusan?” Datuk Dato’ bandar menjadi semakin bingung. Seolah-olah mahu lepas tangan. Tak mahu campur tangan dalam konspirasi Ketua Mafia.

”Sahaya rasa, fail ni dah dua-tiga kali ditangguh. Khuatir pula klien menanyakan kita apa sebab fail ini ditangguh berkali-berkali. Apa barang alasan kita nak beri. Barang lepas kita dah beri alasan tiada permintaan ke atas daging ayam. Klien sudah membuktikan masih wujudnya permintaan daging ayam. Kali ini, apa pula alasan kita?” Dato’ Bentara Luar terus menyambung dengan menggunakan dalil sebagaimana disebut oleh Firman Allah Subhanahu Wataala ayat lapan surah al-Maidah ”Janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum menghalang kamu berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia hampir kepada taqwa.”

Terkejut beruk Ketua Mafia mendengar. Sekalipun ia sering berkopiah dan menggunakan tasbih digital dan membawa al-Quran digital setiap hari namun ia tiada berupaya mengeluarkan dalil seperti itu.

Datuk Dato’ Bandar pun bertitah. "Molek benar dalil itu."


.

15.9.09

Istana Hungga Machester (Part V)

Seusai Dato’ Bentara Luar memberi salam. Dengan kata pendahuluan yang ringkas. Beliau membacakan perkara berikut. ”Permohonan Membina dan Menyiapkan Tiga Juta Reban Mega Mewah Nak Mampos Bertingkat-tingkat di Atas Lot 3053, Machester oleh Lim Hak Ptui”

Semua perwakilan mendengar dengan khusyuk.

Dato’ Bentara Luar menyambung ”Adapun setakat ni Tuan Pengerusi. Semua Utusan Perwakilan tiada ketegahan dan tidak punya halangan ke atas cadangan ini. Melalui surat cinta yang ditaruk bedak semuanya menyatakan yang molek-molek belaka. Ampun Tuanku. Err... Datuk”

”Whop whoap whoap.. Nanti dulu!” Ketua Mafia bersuara seperti halilintar memanah bumi. “Kita kena tengok maksud tersirat cadangan ini. Kalu ikut tren pemilik asal perkarangan reban ini adalah Tai Khoo Cheng. Tai Khoo Ceng ini menjual kepada Lim Hak Ptui untuk dimajukan. Nampak sangat ada tipu muslihat dan tipu daya di sini. Konon mahu elak dari mendapatkan lesen perniagaan khinzir di sini. Argh.. Ni main politik kotor ni. Kita kena baca ni semua. Sebab tu Ana tekankan perkara-perkara begini perlu dimasukkan dalam Jawatankuasa Mangku Bumi. Untuk melihat perkara-perkara begini. Ana rasa kita kena tangguhkan fail ini sebab dia pemaju reban mega yang bersifat durjana besar. Hak hak hak”

”Tapi...” Dato’ Bentara Luar ingin mempertahankan.


.

14.9.09

Berita Minggu

"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Apakah gerangan patik dipanggil menghadap pada pagi-pagi hari Ahad jua?"

"Dato’ Bandar berkerut, Cett.. Sejak bila tuan hamba bekerja pada hari Ahad?"



.

11.9.09

Istana Hungga Machester (Part IV)

”Sahaya rasa Datuk, tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah lebih kepada usaha-usaha pemantauan pembangunan di kawasan Machester bukan untuk kuasa bersidang atau melulus lukisan pelan reban ayam mahupun reban itik-angsa. Selain memantau kemungkinan ia juga merekod bentuk-bentuk pembangunan yang harus digalakkan di Machester. La ni dah ada Musyawarah Peringkat Dewa, maka dengan sendirinya kerja itu bertukar tangan” Dato’ Bentara Luar mendapat ide untuk berhujah.

”Kalu lagu tu, Musyawarah Peringkat Dewa perlu diadakan dua puluh kali dalam sepurnama. Maka, cepatlah kelulusan diberi. Jadi, sekiranya Datuk Dato’ Bandar punya keuzuran atau muntah dengan sengaja atau keluar mani dengan sengaja. Kuasa boleh diperturunkan kepada Dato’ Bandar yang duduk di sebelah saya berkopiah putih polos ni. Maka selesai masalah.” Cadang Datuk kepada Dato’ Bandar.

”Kalau gitu, sahaya akan drafkan tarikh musyawarah untuk dua belas purnama agar ia menjadi panduan kepada semua dan juga pada klien-klien kita. Tapi, ingat! tarikh musyawarah perlu dipatuhi. Sebab Datuk Dato’ Bandar yang dulu tidak pernah menurunkan kuasa ini kepada timbalannnya. Dia memang tamak haloba mahu mempengerusikan musyawarah. Disebabkan ketamakannya, mengikut amalan ajaran kitabnya. Musyawarah hanya berjalan seratus dua puluh kali atau kurang dalam seabad.”

Semua perwakilan diam saja. Ada juga perwakilan yang berborak sesama mereka membincangkan hal-hal ejakulasi dan masturbasi. Tidak kurang pula, ada yang mengata belakang mengenai Dato’ Bentara Luar.

Dato’ Bentara Luar menyambung. ”Maka dengan sendirinya cadangan lukisan pelan reban sebijik-sebijik dibawa kepada kelulusan pentadbiran dan di bawa ke Mesyuarat Mangku Bumi terbatal dengan sendirinya. Hah ha ha ha..,” sambil ketawa besar.

Termagu-magu Ketua Mafia. Semua perwakilan melongo.

”Jelas semuanya? Provok dan psiko Datuk Dato’ Bandar.

”Baik, agenda seterusnya adalah membentangkan lukisan pelan reban mega.


.